RENCANA UTAMA
Oleh Dr Mamat Desa
Pada Mei 2019, dengan penuh keangkuhan dan gimik politik, Tun Mahathir telah membuat kenyataan media bahawa rakyat tidak lagi menerima BR1M, nelayan tidak lagi dibantu, dan pelbagai bantuan kerajaan BN tidak lagi diteruskan, kerana PH tidak makan rasuah seperti kerajaan BN.

PH tidak mampu hendak laksanakan BR1M kerana PH tiada duit, dan PH tidak mencuri, jadi PH tiada duit untuk diberikan kepada rakyat.
Kata Mahathir rakyat mendapat wang daripada kerajaan terdahulu supaya rakyat tutup mata terhadap jenayah (rasuah) yang dilakukan oleh BN.
Dengan retorik sedemikian khalayak media yang buta, memuji dan memuja Mahathir sebagai pemimpin hebat yang berjuang untuk selamatkan negara daripada bankrap.
Lantas kenyataan Mahathir mewajarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjual aset negara wewenangnya demi menyelamatkan negara.

DS Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO telah membangkitkan persoalan ke manakah perginya wang milik negara berjumlah RM157 bilion hasil penjualan aset negara dan dana yang dijarah daripada Petronas oleh kerajaan PH?
Tidakkah berlaku penyelewengan dana negara, dan penyelewengan dana negara itu adalah rasuah!
Untuk mencabar kenyataan Mahathir, beberapa kes rasuah yang melibatkan pemimpin PH, kini telah didedahkan oleh pihak SPRM dan pelbagai media, sebagaimana berikut.

- Kes Mahathir (PPBM) dan Lim Guan Eng (DAP)
Rasuah Lim Guan Eng dan Mahathir yang tersembunyi di sebalik penjualan aset negara dan penjarahan wang Petronas, terbongkar apabila Menteri Kewangan PN, DS Tengku Zafrul memberi jaminan bahawa kerajaan cukup sumber kewangan untuk melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang berjumlah RM250 bilion.

Bagi DS Zafrul, kerajaan tidak perlu membuat pinjaman asing sebagaimana rakusnya pentadbiran kewangan Lim Guan Eng semasa PH berkuasa.
Namun apa yang menjadi kemusykilan rakyat, mengapakah Lim Guan Eng dan pentadbiran Mahathir begitu terdesak membuat pinjaman sehinga hutang negara melonjak kepada hampir RM1 trilion, sedangkan hutang negara sedia ada tidak luak?

- Kes Terowong Bawah Laut – Lim Guan Eng (DAP)
Pada hujung Jun lalu, SPRM telah menahan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam yang dikaitkan dengan kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Chew adalah bekas Timbalan Bendahari DAP Pulau Pinang.
SPRM mendapat bukti dan ramai saksi sudah dipanggil termasuk Exco Pulau Pinang selain individu dari pejabat kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk siasatan.
SPRM juga telah mengesahkan bahawa enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut itu telah dibuka.
- Kes Syed Saddiq (PPBM)
SPRM telah dilaporkan merampas wang tunai RM600,000 daripada dua ahli ARMADA, PPBM, yang dipercayai wang parti yang telah disalah guna.
Kedua-dua mereka pada awalnya dipanggil untuk siasatan kes kehilangan wang bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dalam siasatan mereka, SPRM kemudiannya telah menemui wang tunai berjumlah RM600,000.
Selain itu SPRM turut merampas sebuah kereta dianggarkan bernilai RM100,000 milik seorang anggota ARMADA berkenaan yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan.

- Kes Mat Sabu (PAN)
Presiden PAN, Mat Sabu juga tidak terkecuali daripada kes rasuah apabila seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan SPRM berkaitan kes rasuah yang melibatkan RM500,000.
Penahanan pegawai itu mempunyai kaitan dengan kes Setiausaha Politik Mohamad Sabu berhubung projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta.
Lelaki itu dikatakan melakukan kesalahan di Kementerian Pertahanan ketika bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Mat Sabu.

- Kes Salahuddin Ayub (PAN)
Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, juga telah ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung sogokan jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000.
Sogokan itu dipercayai sebagai dorongan daripada sebuah syarikat untuk mendapatkan projek di bawah kementerian berkenaan.
SPRM juga sedang menyiasat kemungkinan wujud kes rasuah lain yang berkaitan dengan kes tersebut.

- Kes Shafie Apdal (Warisan)
Presiden Warisan, DS Shafie Apdal, rakan sekongkol kepada PH, juga mempunyai rekod dalam fail rasuah SPRM.
Siasatan SPRM ke atas Mohd Shafie pada 21 April 2017 menyebabkan adik-adiknya, Yusof dan Hamid, Datuk Peter Anthony (Menteri Sabah), Azis Jamman (Kini Timbalan Menteri KDN), Amarjit Sing (Kini Pengarah Air), Jamawi Jaafar, Arifin, Sinkung dan beberapa lagi ditahan reman.

Walau bagaimanapun Peguam Negara, Tommy Thomas telah menutup kes Shafie atas alasan tidak cukup bukti.
Keputusan yang dibuat Peguam Negara itu memang telah dijangka. Dua kes Shafie Apdal sepatutnya didakwa sebelum PRU14 iaitu sebelum PH berkuasa.
Walau bagaimanapun rakyat yang mahu menegakkan keadilan, pastinya sedang menunggu tindakan SPRM terhadap Shafie.
Meskipun fail terhadap kes telah dibuka oleh SPRM, malahan ada yang sedang berjalan, namun Mahathir tidak boleh menyimpulkan bahawa PH bersih daripada rasuah.
Sebagaimana pemimpin PH mencanangkan bahawa DS Najib akan dipenjarakan kerana kes 1MDB, begitulah juga kedudukan kes rasuah pemimpin PH. Hanya masa dan keadilan yang akan menentukan.
****
Ini semua kerana melayu malas, sebab itu kerajaan beri dedak kpd rakyaat. Dibawah PH, semua diberhentikan kerana menteri2 PH tak cukup makan, habis jual asset2 org Malayu THaji, PNB, Mara, GLC dan jaras Petronas. Mahathir pulak dari dulu dah pulon Kerajaan melalui kroni2 dan anak2nye. Kroni nya Vincent Tan, Ananda keishnan byk lgi, melayu Kadir Yasin (MRCB), Halim Saat, samsudin telekom, Daim dll.
LikeLike