(Video) KENAPA MASIH MAHU BERSEKONGKOL DENGAN PENGKHIANAT BANGSA?

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Apabila DS Anwar Ibrahim dan PKR mengambil keputusan untuk tidak menyokong Mahathir sebagai PM9, ramai dalam kalangan rakyat melihat bahawa itu adalah satu keputusan yang bijak.

Ketika PM7 berkuasa, rakyat melihat dengan terang lagi bersuluh bagaimana undang-undang negara menjadi undang-undang rimba apabila pembela Ketua Parti Komunis Malaya, Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara.

Lihatlah bagaimana dia telah menggugurkan sekurang-kurangnya 15 tuduhan terhadap pemimpin PH, termasuk kes rasuah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Apabila Tommy Thomas menggugurkan kes dua ADUN DAP dan 10 individu yang terlibat dengan aktiviti pengganas antarabangsa LTTE, mengapakah PM7 hanya mendiamkan diri?

Ketika dia berkuasa sebagai PM7 dia juga membiarkan negara dirompak oleh pemimpin rakus DAP setelah banyak aset negara dijual wewenangnya sedangkan hutang kerajaan PH terus meningkat mencecah RM1 trilion.

Sebagaimana persoalan yang dibangkitkan oleh DS Mohamad Hasan, ke manakah perginya RM92 bilion yang diambil oleh Lim Guan Eng sedangkan tiadapun rekod ia disalurkan kepada kementerian ataupun kebajikan kepada rakyat?

DS Anwar juga sudah sekian lama dianiaya sehingga disumbat ke penjara. Anehnya PM7, juga bekas PM4 yang berkuasa ketika Anwar disumbat ke penjara mengaku pula menyesal bertindak sedemikian rupa terhadap Anwar.

Tapi DAP, Amanah dan Warisan masih buta atau sememangnya mereka masih mahu memperkudakan bekas PM-7 itu sebagaimana kata pemimpin DAP, gunakan “Melayu untuk memperkosa Melayu.”

Rakyat tidak hairan dengan gelagat dan prinsip cauvinis DAP, tetapi rakyat hairan dengan sikap Amanah yang bertindak sebagaimana kerbau yang dicucuk hidung oleh DAP.

Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Presiden Amanah, adalah pemimpin yang tidak ada nilai dalam parti sendiri sebagaimana ditonjolkan oleh Pemilihan Amanah yang lalu dan dia adalah pemimpin Syiah yang tersohor sebagai Menteri “Pertahanan Terbodoh Dunia.”

Anwar diperbodohkan mungkin kerana Anwar sendiri cuba meloloskan dirinya daripada penjara sebelum PRU14 tempoh hari, sedangkan dalam hatinya masih mendidih terhadap manusia yang menendangnya keluar daripada kabinet 1997 sehingga kemudiannya terbentuk Reformasi.

Anehnya penubuhan utama Reformasi adalah untuk menentang pemimpin pengkhianat itu atas dasar menentang kronisme, nepotisme dan kolusi.

Ramai bekas pejuang Reformasi amat marah apabila pemimpin ikonik mereka telah tunduk bagaikan kerbau dicucuk hidungnya untuk bersekongkol dengan pengkhianat bangsa yang telah menyumbatnya ke penjara.

Demontrasi Anti-Mahathir di ibu pejabat PKR

Rakyat tahu bahawa Presiden Warisan sedang dalam radar SPRM dengan kes rasuah RM1.5 bilion. Malah itulah yang menjadi faktor mengapa Warisan mudah dijadikan kerbau yang dicucuk hidungnya oleh bekas PM7.

Usul undi tidak percaya Mahathir, juga menjadi tidak relevan tanpa sokongan PKR.

Pastinya DAP di belakang semua kemelut ini, apabila PKR berpecah, PAS juga telah berpecah, dan akhirnya Bersatu ciptaan DAP juga dilihat telah memecahkan kuasa politik Melayu.

Malahan pemimpin PH harus sedar siapakah yang telah mengadap DYMM Agong untuk membubarkan kabinet PH?

Tidakkah Majlis Presiden PH pada 21 Februari telah bersetuju bahawa Mahathir akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar selepas APEC November 2020?

Jadi, mengapakah dia harus menonong mengadap DYMM Agong untuk meletakkan jawatan, dan keluar daripada parti gabungan PH, lantas membubarkan kabinet PH?

Dia telah berkata, “Saya letak jawatan kerana dalam pengakuan di hadapan DYMM Agong saya tidak dapat sokongan dari penyokong saya. Saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri.”

“Izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir” dan “Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah”.

Kenapakah dia mengaku salah, sedangkan dunia tahu, inilah manusia hati batu yang tidak mudah mengaku salah, dan akan memutar-belitkan setiap kenyataannya?

Tidak lain dan tidak bukan, itulah tindakan khianatnya terhadap Anwar, dan pemimpin PH, sehingga dia terasa amat bersalah.

Sebagaimana biasa, setelah dia bersalah, dia akan menghalakan kesalahannya kepada orang lain.

Dengan dongeng ciptaannya, dia mencanangkan bahawa satu dunia mengutuk bekas PM6, DS Najib, sedangkan dunia tahu media Barat boleh dibeli dengan wang ringgit.

Sebagaimana kata bekas Ketua Editor, New York Times, John Swinton,“We are the tools and vassals of rich men behind the scenes. We are the jumping jacks, they pull the strings and we dance. Our talents, our possibilities and our lives are all the property of other men. We are intellectual prostitutes.”

Lihat sahaja setelah kabinet PH dibubarkan, dia terus pula menuduh TS Muhyiddin sebagai pengkhianat dan kemudiannya mengutuk DS Anwar dengan alasan bahawa Anwar ‘gila-gila’ mahu menjadi Perdana Menteri.

Kini dia sedang meronta-ronta untuk menjadi PM ke-9, 10, 11, 12 dengan syarat dia masih belum dicampakkan ke kubur untuk mengusung bersama agenda tersembunyinya yang lewah dengan pengkhianatan terhadap bangsa Melayu.

Hairannya manusia oportunis dalam DAP dan Warisan, serta manusia bodoh dalam Amanah masih mahu bersekongkol dengan pengkhianat bangsa sedemikian.

Semoga pemimpin PAS dan PN sedar akan hakikat ini.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: