ANWAR MASIH MENIKUS DENGAN MAHATHIR

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Sesiapa sahaja yang peka meneliti perkembangan terkini yang melanda PH, akan nampak dengan nyata bahawa terdapat perbalahan antara DS Anwar dan Tun Mahathir.

Tun Mahathir, tanpa berlapik, dan tanpa kesantunan bahasa terus terbuka menyerang Anwar apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak layak diangkat menjadi Perdana Menteri (PM) kerana dia tidak popular dalam kalangan kaum Melayu yang membentuk majoriti komposisi rakyat mahupun komposisi pengundi.

Anehnya Mahathir sendiri tidak sedar bahawa dia kini jauh lebih tidak popular dalam kalangan rakyat yang kini banyak mempersoalkan sikap nepotisme, kronisme dan kolusi semasa 22 tahun dia berkuasa.

Dipetik daripada Korek Bongkar Dedah

Malahan dialah yang telah merosakkan UMNO, dan pura-pura ‘menangis keling’ pada perhimpunan Agung UMNO 2002 untuk menyembunyikan pelbagai skandal nepotisme dan kronismenya sepanjang dia berkuasa.

Dia tidak pula mengutuk dirinya sendiri ketika menonong mengadap DYMM Agong untuk menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai PM, yang mengakibatkan pembubaran kabinet dan kerajaan PH pada Feb 2020 lalu.

Pemimpin DAP kelihatan lebih berani daripada Anwar untuk menuding jari pada Mahathir dan menyalahkannya sebagai punca kepada tumbangnya kerajaan PH, meskipun Mahathir mempunyai pelbagai alasan dan putar-belit untuk mematahkan tohmahan pemimpin DAP itu.

Sebaliknya Anwar masih menikus dengan segala kesopanan dan kesantunan bahasa, berperi dan berkias, sedangkan di hadapan rakyat dia bercakap berdegar-degar bagaikan wira di medan perang yang sedikitpun tidak gentar bertarung nyawa.

Anwar telah menggesa rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP dan Amanah supaya kekal di “landasan perjuangan.”

Baculnya Anwar kerana tidak berani menyebut siapakah yang telah “terkeluar daripada landasan perjuangan”?

Kemudiannya tanpa berani menyebut nama Mahathir, Anwar menegaskan bahawa PH tidak terdesak untuk “bergantung di dahan rapuh yang kemudiannya menikam” PH sehingga tak semena-mena PH tumbang dan kecundang tanpa diserang musuh.

Lagi sekali Anwar masih berbidalan, berkias dan berperi tanpa berani menyebut nama “dahan rapuh” yang menjadi musuh dalam selimut, duri dalam daging dan gunting dalam lipatan.

Dengan sikap menikusnya juga Anwar tidak berani menyebut nama Mahathir tetapi khalayak tahu apabila dia berkata, “Sepertimana yang telah berlaku sebelum ini, letak jawatan ikut sesuka hati tanpa rujukan kepada sesiapa, kucar kacir kita, langgar prinsip dan juga manifesto.”

Kami ingin mengatakan kepada Anwar, jika kamu hendak menundukkan harimau, maka kamu hendaklah bertindak sebagai singa, bukannya menjadi kambing yang hanya berani menanduk-nanduk batu di hadapan kawanan kamu, tetapi terus tunduk di hadapan harimau tua yang tidak bertaring itu.

Kontradiknya pemimpin DAP pula yang berani melabelkan Mahathir sebagai ‘harimau kertas’ yang mudah dilenyek oleh kucing tempang.

Khalayak tahu, tiada orang lain yang ‘meletakkan jawatan’ sehingga tumbangnya PH, kecuali Mahathir.

Inilah masanya jika Anwar mahu mengajar Mahathir tentang penderitaan disumbat ke penjara, yang menyebabkan anak-anak hidup tanpa ayah di sisi, manakala bagi isteri pula berjuang tanpa suami yang terperosok dalam penjara.

Sebagaimana kata Nurul Izzah pada Mac tahun lalu dalam wawancara bersama Straits Times, “Mahathir telah banyak merosakkan negara ini.”

Setelah Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM ke-7 dan digantikan dengan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-8, dia lantas memberontak dan mahu mendapatkan semula jawatan PM.

Anwar dan PKR menolak kemahuan Mahathir apabila dia mencalonkan dirinya sendiri sebagai bakal PM ke-9, sekiranya usul undi tidak percaya terhadap TS Muhyiddin Yassin berjaya.

Lantas Mahathir mengheret DAP, Amanah dan Warisan Sabah untuk mengangkat pula DS Shafie Apdal sebagai PM ke-9 tanpa melupakan anaknya Mukhriz sebagai Timbalan PM.

Sebelum mencadangkan Shafie Apdal, Mahathir meminta untuk menjadi PM ke-9 selama 6 bulan lagi. Aneh sungguh sekiranya 22 bulan dia gagal, apatah lagi 6 bulan? Pasti ada muslihatnya yang penuh rahsia.

Hakikatnya Mahathir lupa, bilangan majoriti ahli parlimen yang dicanangkannya sejumlah 130 yang membentuk majoriti untuk merampas kuasa daripada Muhyiddin tidak akan berjaya tanpa sokongan Anwar dan PKR.

Mengapa Mahathir mahu mengangkat Shafie Apdal, dan bukannya Anwar, sedangkan Warisan hanya mempunyai 9 ahli parlimen? Malahan Shafie kini sedang berada dalam radar SPRM yang akan membuka semula kes rasuah RM1.5 bilion.

Dalam waktu-waktu Mahathir kehilangan taring begini, Anwar seharusnya berani menegakkan haknya dan menyerang Mahathir habis-habisan.

Jika Mahathir mengatakan bahawa Anwar tidak lagi popular dalam kalangan kaum Melayu, malah Mahathir lebih jauh tidak popular.

Tiada siapa pedulikan Mahathir, berbeza dengan populariti DS Najib Razak

Untuk mengembalikan popularitinya Anwar harus menentang Mahathir habis-habisan secara terang-terangan sebagai jantan yang ada harga diri.

Populariti Anwar terjulang semasa gerakan Reformasi apabila dia secara terbuka dan terang-terangan menyerang Mahafiraun dan Mahazalim di jalanan.

Inilah masanya Anwar bangun daripada mimpi ngerinya dan menentang musuh yang telah menghancurkan maruah dan nama baiknya serta keluarganya suatu ketika dahulu, tanpa perlu menikus, bergurindan, berperi dan berkias dengan penuh kesantunan bahasa!

***

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: