RENCANA SISIPAN
Bekas Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng nampaknya cuba berkuntaw apabila kes skandal Terowong Bawah Laut, Pulau Pinang, masih dikategorikan sebagai kes aktif dalam rekod SPRM.
Kini kes berkenaan dibuka semula, setelah Bekas Peguam Negara (Undang-undang Rimba PH) Tommy Thomas yang cuba mengabaikan kes tersebut telah meletakkan jawatannya.

Guan Eng cuba melontarkan propaganda dengan matlamat untuk memperbodohkan rakyat, apabila mencanangkan bahawa dia telah menang kes saman terhadap Raja Petra Kamarudin – MalaysiaToday yang cuba digambarkan sebagai penyebar fitnah bagi kes terowong berkenaan.
Hakikatnya Raja Petra Kamarudin (RPK) berada dan bermastautin di Manchester England dan tidak langsung melayan kes saman tersebut, dan Lim Guan Eng sedar bahawa RPK tidak akan menghiraukannya.
Oleh sebab RPK tidak mencabar saman Lim Guan Eng, ia tidak bermakna Lim Guan Eng telah menegakkan kebenaran dan segala kenyataan RPK juga tidak bermakna fitnah dan pembohongan.
Adakah ia merupakan fitnah sekiranya beberapa hari lalu (1 Julai) Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jeffrey Chew Gim Eam direman empat hari bagi membantu siasatan kes projek terowong berkenaan?
Guan Eng menang saman melalui penghakiman terus atau ‘summary judgement‘, tanpa dicabar dan dipertahankan dalam perbicaraan oleh pihak tertuduh.
Di sini ‘Korek Bongkar Dedah’ (KBD) cuba berkongsi dengan khalayak media, supaya kuntaw Guan Eng tidak memperbodohkan rakyat dan diberikan pencerahan.
Berikut KBD memaparkan bidasan DS Najib Razak terhadap propaganda Lim Guan Eng yang cuba menegakkan benang basah dalam kes Terowong Bawah Laut berkenaan yang bernilai lebih RM6 bilion.
– Dr Mamat Desa
Catatan – Teks naratif berikut telah dipetik daripada FB DS Najib Razak supaya dapat memberikan pencerahan kepada khalayak blog dan media sosial.

DS Najib – Kan saya dah beri amaran awal-awal bahawa Guan Eng (Setiausaha Agung DAP merangkap Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) akan guna propaganda “menang” saman RPK (Raja Petra Kamarudin) untuk menipu penyokong-penyokong mereka?
Saya jawab satu-persatu.

NOMBOR 1
Kertas siasatan SPRM terbongkar merakamkan pengakuan pemilik syarikat terowong berkata projek itu telahpun dijanji akan diberi kepada mereka SEBELUM tender dibuka.
Lagipun itu bukan proses tender, ianya proses RFP (Request for proposal) yang bukan tender.
NOMBOR 2
Guan Eng menipu! SPRM tak pernah berkata pada November 2018 bahawa siasatan terowong telah berakhir dan tidak akan ada apa-apa pertuduhan ke atas projek ini.
Malah pada Mac 2019, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa 6 kertas siasatan kes terowong MASIH terbuka (https://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/3283-sprm-buka-6-kertas-siasatan-berkaitan-projek-terowong-dasar-laut-pulau-pinang)

Pada April 2019, seorang ahli perniagaan didakwa dalam mahkamah kerana menerima bayaran RM19 juta dari syarikat terowong dalam cubaan untuk menghentikan siasatan SPRM (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/548339/terowong-pulau-pinang-ahli-perniagaan-didakwa-tipu-rm19-juta)

Pada Sep 2019, ketua SPRM Latheefa Koya juga berkata kes terowong masih aktif dan masih dalam siasatan.
“6 Sep 2019: Pressed for undersea tunnel probe report, MACC says such info confidential while cases active”
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/09/06/pressed-for-undersea-tunnel-probe-report-macc-says-such-info-confidential-w/1787880

Tang mana (di mana) bahawa siasatan sudah siap pada November 2018 seperti dikata Guan Eng hari ini?
NOMBOR 3
Guan Eng juga memfitnah SPRM dalam kenyataannya.
SPRM tak buat laporan polis kerana fitnah.
SPRM buat laporan polis kerana kertas siasatan mereka yang mengandungi pengakuan boss syarikat terowong telah memberi pelbagai rasuah kepada pemimpin-pemimpin DAP telah terbocor.
Eh.. langsung tak bijak Guan Eng ni.
Kenapa SPRM perlu ambil kisah jika projek terowong kesayangan Guan Eng difitnah?
NOMBOR 4
Guan Eng saman RPK di Malaysia sedangkan RPK di UK. Sebab itu, Guan Eng “menang” kes di mahkamah kerana RPK langsung tak hirau kes.
Sebab RPK tak cabar kes di Malaysia ini, mahkamah telah perintah Guan Eng menang kes saman fitnah dia dengan cara penghakiman terus (summary judgment) tanpa perbicaraan.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/cubaan-propaganda-guan-eng-hari-ini-selepas-syarikat-syarikat-terowong-diserbu-d/10157172653910952/

NOMBOR 5
Jika ianya projek pembangunan penting, kenapa pulak tiada kerja pembinaan pernah bermula sejak projek itu diberi kerajaan DAP tujuh tahun dahulu pada tahun 2013?
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157172514220952

Tinggalkan Jawapan