LIM KIT SIANG DIPERBODOHKAN MAHATHIR

EDITORIAL

Dr Mamat Desa

Sungguh melucukan apabila pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang amat percaya bahawa Tun Mahathir akan menyerahkan kerusi PM kepada Anwar Ibrahim ketika mereka masih berkuasa sebelum Mac lalu.

Lantas ketua pemimpin DAP yang ditafsirkan oleh kaum Melayu-Islam sebagai musuh dunia-akhirat, kecuali bagi golongan hipokrit, sanggup mempertaruhkan kerjaya politiknya, jika Tun Mahathir tidak menunaikan janji untuk menyerahkan kerusi PM kepada Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim.

Beliau yakin 200% bahawa Mahathir akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sehingga sanggup bertaruh dengan Timbalan Presiden DS Mohamad Hasan, bahawa dia akan meletakkan jawatan dan tidak akan bertanding pada PRU15, sekiranya Mahathir tidak menunaikan janjinya itu.

Katanya ketika berceramah di Sandakan pada 10 Mei 2019, “Saya akan melepaskan jawatan sekiranya jawatan perdana menteri tidak dilepaskan kepada Anwar dan jika ada Pilihan Raya Umum Ke-15 juga saya tidak akan bertanding.

Kit Siang memberi masa dua hari kepada DS Mohamad Hasan untuk menyahut cabarannya itu agar melakukan perkara yang sama sepertinya sekiranya kalah dalam pertaruhan itu.

Daripada janji Kit Siang itu, rakyat boleh menggulungkan beberapa premis yang antaranya:

  • Bangsa DAP ini memang kaki bertaruh atau kaki judi yang sanggup menggadaikan maruah, kerjaya, kepercayaan masyarakat, dan masa depan dia sendiri
  • Ketua bangsa DAP ini mudah diperbodohkan orang tua seperti Mahathir
  • Keyakinannya yang tinggi terhadap Mahathir seperti ada perjanjian sulit atau ugutan terhadap Mahathir, tetapi tidak diendahkan oleh pemimpin tua itu.
  • Dengan pertaruhan itu juga, rakyat tertanya-tanya adakah Kit Siang hanya mahu menguji sokongan rakyat kepada DAP yang dibuktikan merudum sebagaimana sokongan masyarakat Cina di PRK Tanjung Piai.
  • Setelah pertaruhan itu gagal, dan Kit Siang tidak menunaikan pertaruhannya, maka dia layak dan wajar diangkat sebagai pemimpin yang paling hipokrit di Malaysia.
  • Kit Siang tidak boleh dan tidak layak untuk bertanding pada PRU15, kerana itulah janji pertaruhan yang telah dibuat di hadapan khalayak ramai dan dibuktikan oleh rakaman media.

Malahan selepas gagal dalam pertaruhannya, Kit Siang telah melontarkan pertanyaan dalam blog rasminya sama ada beliau perlu melupakan impian ‘Malaysia Baharu’?

Dia juga meluahkan perasaannya untuk bersara setelah lebih 50 tahun dalam sepak-terajang politik cauvinisme dan rasisme yang kini telah tumbang pada Mac lalu.

Bagi DS Mohamad Hasan, perjalanan politik pemimpin d’facto DAP itu selalu diwarnai dengan taruhan, janji palsu dan kemungkiran.

Pada pihak majoriti pemimpin BN-UMNO, mereka yakin manusia seperti Mahathir tiada bezanya dengan Kit Siang yang hanya pandai bercakap, berjanji, dan memutar-belitkan kenyataan.

Malahan agenda tersembunyi DAP yang bersekongkol dengan penaja luarnya termasuk pertubuhan Yahudi, serta institusi yang ditubuhnya seperti Sekolah Demokrasi, tentera Siber RBA, dan Dong Zong, adalah musuh rakyat setaraf dengan gerakan subversif komunis.

Lihatlah bagaimana mereka menganjurkan perhimpunan bekas gerila komunis, menyeludup masuk abu mayat Ketua Parti Komunis Malaya dan bersekongkol dengan pengganas LTTE.

This image has an empty alt attribute; its file name is a-a-a-ut-r-aa-c-bo-doh-5.png
Dipetik daripada Blog Ibnu Hashim

Hipokrasi PH juga terbukti apabila Mahathir tanpa segan silu mengatakan bahawa manifesto PH yang dihebahkan kepada rakyat sebelum PRU14 bukanlah kitab (tak perlu dipatuhi), sebaliknya diterjemahkan oleh rakyat sebagai kertas tisu tandas bagi bangsa DAP gunakan untuk mencalit najis mereka.

Hari ini Mahathir sendiri telah membentuk blok pembangkangnya sendiri yang terpisah daripada blok PH.

Apakah relevannya tindakan Mahathir dan empat ahli parlimen yang masih dipukau dengan khlayalan bahawa PPBM (hitam) masih menguasai kerajaan?

Tapi hari ini rakyat menjadi mual dan loya dengan rebutan kuasa antara Mahathir dan Anwar, malah secara terang-terangan Mahathir mencanangkan bahawa Anwar tidak layak diangkat sebagai PM, dan bukannya kerana dia tidak mahu menunaikan janji.

Kini Anwar terus-terusan menjadi ‘bakal PM’ dan akan berdiri sebagai Ketua Pembangkang, sedangkan ahli-ahli PKR saban hari mengumumkan keluar parti, manakala Mahathir terkontang-kanting dengan penyokongnya yang ciput dan dipersepsikan oleh rakyat sebagai pemimpin tua yang sudah mengakhiri zamannya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: