(Video) BANGSA DAP DI SEBALIK BUKU ‘REBIRTH’ DAN PENCABULAN JATA NEGARA

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Buku kontroversi ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope In New Malaysia’ suntingan Kean Wong, tanpa perlu berselindung adalah manifestasi suara bangsa DAP.

Daripada judul buku itu sahaja, pembaca sudah tahu bahawa buku tersebut adalah penzahiran suara biadab bangsa DAP, dan konco-konconya dalam PH.

Kosa kata ‘Reformasi’ sudah sebati dengan gerakan yang telah mati kerana hipokrasi pejuangnya yang terpesong daripada landasan asal untuk menentang ‘bapa kleptokrasi yang telah mengkayakan anak-anaknya, dan kroninya melalui kolusi, nepotisme dan kronisme.’ Namun sebaliknya bapa kleptokrasi dan pemimpin kakistokrasi berkenaan telah menjadi konco politik pemimpin hipokrit ‘reformasi’ itu.

Manakala kosa kata ‘Hope’ adalah dogma yang menjadi klise Pakatan Harapan yang dipetik daripada fahaman Evangelical yang merupakan mazhab Kristianiti.

Chiong Yoke Kong, ADUN DAP yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Pemuda DAP (DAPSY) dengan pantas mengecam pihak polis yang menyiasat kes hina Jata Negara dan menuduh kerajaan PN sengaja memperbesarkan isu dan cuba mengekang kebebasan berkarya.

Penganalisis politik tidak hairan dengan kenyataan Chiong Yoke Kong itu setelah agenda tersembunyi DAP didedahkan oleh Mohamad Razali Abdul Rahman, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam DAP, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

Malahan ramai pemimpin tertinggi DAP adalah bangsa Cina penganut Kristian Evangelis dan hal ini juga didedahkan oleh Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah sebagaimana dicatatkan dalam beberapa buah buku tentang agenda Evangelis-Zionis yang dilihat lebih berbahaya daripada pengganas Isis mahupun Daesh.

Dipetik daripada Cungkils.com

Senator TS Prof Dr Ibrahim mendedahkan bahawa DAP banyak menggunakan penyamaran (camouflage) untuk mengelabui mata rakyat dengan hipokrasi mereka; pemimpin DAP berbuka puasa bersama umat Islam, memberi sumbangan kepada masjid, Cina DAP berhujah dalam kempen politik menggunakan ayat Al- Quran, dan menunjuk-nunjuk bahawa mereka telah membantu sekolah tahfiz.

Senator TS Prof Dr Ibrahim Abu Shah- dipetik daripada YouTube

Rakyat juga tertanya-tanya adakah penubuhan Sekolah Demokrasi DAP yang berjaya melahirkan orang-orang tertentu dalam kalangan masyarakat Melayu Islam itu sebahagian daripada agenda DAP untuk memusnahkan Islam?

Buku ‘Rebirth’ suntingan Kean Wong itu, memperkuatkan lagi dampak bahayanya bangsa DAP apabila kulit mukanya mencabul Jata Negara dengan imejan yang membunuh rasa kecintaan kepada negara dan mencabul simbol kedaulatan negara.

Muka Depan buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia’

Setiap simbol yang membina Jata Negara mendukung maknanya yang murni dan terkandung di dalamnya falsafah keagungan negara yang tidak boleh dipersendakan.

Namun Kean Wong dan konco-konconya dalam penerbitan buku ‘Rebirth’ itu telah mencabuli semua simbol keagungan itu dengan falsafah genjot, kotor dan jijik yang mudah ditafsirkan sebagai penghinaan yang tidak boleh dimaafkan.

Lihat sahaja simbol bayi telanjang, manusia yang menyamar (camouflaging) melalui watak harimau, imej wanita yang separuh bogel, serta buaya yang setiap satunya menggantikan simbol-simbol asal Jata Negara yang menjunjung kedaulatan nusa dan bangsa.

Kini setelah isu kontroversi pencabulan Jata Negara itu tertular dan membangkitkan kemarahan rakyat jelata, Kean Wong dan Penerbit buku genjot itu, teraba-raba mencari eskapisme dengan berdalih bahawa ia adalah seni tampak untuk menyatakan kebebasan bersuara dan berkarya.

Apa ertinya seni tampak pada muka buku jika kandungannya penuh dengan politik kebencian yang lewah dengan kritikan tidak berasas?

Jelas sekali sebagaimana yang didedahkan oleh TS Dr Ibrahim Abu Shah, gejala penyamaran bangsa DAP ini cuba menyerapkan falsafah ‘politik kebencian’ dan penghinaan bukan sahaja terhadap pencabar politik mereka, tetapi melampaui kedaulatan negara.

Prof Datuk Dr Teoh Kok Seong dari UKM telah melahirkan rasa kecewanya yang amat sangat terhadap regim politik sedemikian biadab yang menjadikan Jata Negara sebagai mangsa emosi dan ‘politik kebencian’ mereka.

Prof Teoh khuatir sekiranya sesuatu yang lebih dahsyat dan berbahaya kepada keharmonian negara akan dicetuskan kerana sikap biadab mereka sedemikian.

Kes pencabulan simbol kedaulatan negara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah ia telah berulang kali dinodai dan dicabuli, misalnya pengibaran bendera terbalik, mengubah jumlah bucu bintang dalam jalur gemilang, mengubah lirik lagu ‘Negaraku’, memperlekehkan kuasa DYMM Agong, menghina agama Islam dan banyak lagi tindakan biadab mereka yang menggugat keharmonian negara.

Prof Teoh menegaskan bahawa golongan ini tidak boleh dibiarkan dan dibebaskan hanya dengan ucapan mohon maaf, sebaliknya dilucutkan taraf kewarganegaraan mereka, kerana tiada lagi nilai kecintaan terhadap negara.

Amatlah wajar sekiranya di tengah-tengah kebiadaban bangsa DAP ini, kerajaan PN mewujudkan semula ‘Akta Keselamatan Dalam Negeri’ atau ISA.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: