(Video) MAHATHIR SUDAH TEMUI BONEKA UNTUK ANGKAT MUKHRIZ SEBAGAI PM

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Ramai terkejut bangat apabila Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa beberapa kepimpinan tertinggi PH telah bersetuju untuk mencalonkan Presiden Warisan, DS Shafie Apdal, sebagai PM.

Semuanya akan terlaksana sekiranya Mahathir menang usul ‘undi tidak percaya’ untuk menjatuhkan PM TS Muhyiddin Yassin dan membubarkan kerajaan PN.

Lucunya, sejurus setelah Mahathir membuat kenyataan tersebut, Presiden PAN, Mat Sabu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perkara tersebut perlu dibincangkan di Majlis Presiden PH dahulu.

Ini kerana kebanyakan pemimpin PH tidak tahu-menahu tentang hal tersebut dan ada kebarangkalian mereka tidak bersetuju dengan pencalonan Shafie itu.

Di tengah-tengah kemelut DS Anwar dan PKR menolak cadangan supaya Mahathir dicalonkan sebagai PM ke-9, nama Shafie Apdal pula yang dilonjak naik sebagai calon PM.

Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim, telah mengkritik keras dan turut mendakwa terdapat pihak yang menangguk di air keruh berikutan kemelut politik semasa terutamanya isu peralihan kuasa.

Dia juga seperti terkejut apabila sekonyong-konyong ada yang cuba menjadi juara dan tokoh hebat.

Tanpa menyebut nama sasarannya, Anwar membidas pihak oportunis yang lupa bahawa politik bukan sepak terajang untuk merebut kuasa, sebaliknya ia tertegak pada kecemerlangan urus tadbir dan persoalan kos sara hidup rakyat.

Lantas, timbul persoalan, adakah selama PH berkuasa selama 22 bulan, mereka sudah menunjukkan integriti serta kecemerlangan mengurus tadbir negara? Apa yang menjadi kenyataan ialah urus tadbir yang cacamarba, huru-hara, dan lintang-pukang.

Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin menyifatkan pilihan Mahathir itu sebagai melucukan.

Pemimpin blok pembangkang Sabah, Datok Dr Jeffrey Kitingan telah membantah kenyataan Mahathir itu dan menggesa rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dengan muslihat Mahathir.

Dr Jeffrey menekankan bahawa Shafie bukanlah anggota PH dan dia hanya menguasai 9 ahli parlimen, manakala Presiden PAN, Mat Sabu mempunyai 11 ahli parlimen dalam partinya.

Mahathir didakwa cuba ‘mempermainkan’ rakyat Sabah dengan menjadikan Shafie sebagai kaldainya dalam usaha menjatuhkan TS Muhyiddin dan kerajaan PN, sekaligus menghalang Anwar menduduki kerusi PM.

Hakikatnya bagi Dr Jeffrey, Mahathir mahu mengangkat anaknya Mukhriz sebagai PM, manakala Shafie hanyalah batu loncatan untuk mencapai cita-cita tersebut.

Presiden Parti Rakyat Sarawak, James Masing pula membidas Mahathir agar jangan memperbodohkan rakyat Sabah dan Sarawak dengan pencalonan Shafie itu.

Mahathir memberikan rasional bahawa kononnya Shafie adalah salah seorang pemimpin yang menentang kerajaan kleptokrasi sejak sebelum PRU-14, sedangkan daripada pendedahan DS Najib baru-baru ini, Mahathirlah kleptokrat ‘terhebat’ yang menjarah kekayaan negara melalui kolusi, kronisme dan nepotisme dan berjaya mengangkat anak-anaknya sebagai antara ikon terkaya Malaysia.

Mahathir juga mendakwa bahawa Shafie adalah pemimpin yang menjadi mangsa kerajaan BN yang telah disingkirkan dari jawatan Menteri.

Sedangkan Mahathir lupa DS Anwar Ibrahim jauh lebih awal disingkirkannya dan disumbatkan ke penjara, begitu juga dengan Lim Kit Siang, Mat Sabu dan Lim Guan Eng yang merengkok dalam penjara tanpa diberikan hak untuk membela diri.

Mahathir tidak pula menyebut kedudukan politik Shafie yang lemah dengan hanya 9 Ahli Parlimen dalam Warisan, dan pastinya akan menjadi parti melukut sebagaimana PPBM menjadi parti ciput sehingga DAP terang-terangan menjadikan Mahathir sebagai boneka mereka.

Mahathir juga sengaja melupakan rekod kes rasuah Shafie yang melibatkan berbilion ringgit, tetapi dilindungi oleh sistem ‘undang-undang rimba’ yang diterajui oleh Tommy Thomas.

Apa yang rakyat lihat, kes rasuah Shafie boleh dijadikan umpan oleh Mahathir untuk memerangkap Shafie supaya tunduk dan sujud sebagai bonekanya nanti.

Justeru, mudahlah bagi Mahathir menyusun agenda tersembunyinya untuk mengangkat anaknya DS Mukhriz sebagai PM.

Dalam masa yang sama Mahathir akan menjadi pemimpin bayangan atau pemimpin d’facto yang menjadi tok dalang bagi menentukan gerak tari bonekanya.

Premis yang cuba ditonjolkan di sini ialah sifat obsesif Mahathir yang amat tegar untuk mengangkat anaknya sebagai PM, sedangkan rekod Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah terbukti hambar dan lembab.

Mahathir sendiri amat obsesif untuk menjadi hantu jembalang yang membayangi setiap PM, agar mereka sentiasa tunduk kepada kehendaknya, meskipun dia sudah tidak berkuasa.

Semasa PH berkuasa Mahathir hanyalah pemimpin parti melukut, yang tidak bersuara, dan mengakui bahawa dia adalah boneka DAP. Inilah kesan ‘plutokrasi’ apabila Mahathir diangkat daripada parti ciput seperti PPBM, dengan bersandarkan kekayaannya semata-mata.

Fenomena PM boneka inilah yang ditolak oleh DS Najib Razak, sehingga dia diserang dengan cara yang tidak bermoral, manakala Tun Abdullah Badawi pula terus kecundang kerana wujudnya duri dalam daging, dan musuh dalam selimut yang mahu dirinya menjadi boneka.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: