(Video) MUJAHID AKAN KALAH TERUK PADA PRU15

Oleh Dr Mamat Desa

Mujahid Yusuf Rawa sebenarnya berada dalam keadaan yang amat tertekan pada waktu ini, apabila dia memikirkan tentang kedudukan kerusi parlimennya di Parit Buntar.

Kes penjualan aset Tabung Haji (TH), yang diamanahkan kepada Mujahid, telah ditepis sebagai ‘bailout’, lantas menunjukkan betapa besarnya penipuan kerajaan PH.

Bailout ditafsirkan sebagai memberi bantuan dana kepada sesebuah syarikat yang mengalami masalah kewangan untuk menyelamatkannya daripada kebankrapan.

Kontradiknya Tabung Haji tidak mengalami masalah kewangan pun kecuali setelah PH berkuasa dan merosakkan kedudukan ekonomi negara, dengan bursa Kuala Lumpur mencatatkan rekod terburuk di dunia, pelabur asing lari meninggalkan negara dan hutang negara bertambah sehingga mencecah RM1 trilion semenjak PH berkuasa.

BN yang berkuasa selama 60 tahun telah berhutang dengan kadar yang amat rasional sebanyak RM686 bilion, tetapi PH berkuasa selama 22 bulan sahaja telah mengumpul hutang sebanyak RM320 bilion, tanpa membayar balik mana-mana hutang sebelumnya.

Bayangkan sekiranya PH terus berkuasa sehingga tamat penggal pada 2023, hutang kerajaan PH akan menjangkau RM872 bilion. Sekiranya disatukan dengan hutang sebelumnya, ia akan menjadi RM1.55 trilion meskipun PH berkuasa hanya satu penggal.

Mujahid dipersepsikan sebagai sombong dan bongkak kerana gagal melihat TH yang berdiri atas ‘akta Tabung Haji’ dan bukannya di bawah akta perbankan, lantas pengeluaran dan pengagihan hibbahnya adalah berbeza dengan ‘interest’ yang dikeluarkan oleh pihak bank.

Pemimpin PH sombong dan angkuh- YouTube

Nampaknya Mujahid cuba membohongi masyarakat Islam sehingga meleret kepada isu hibbah TH yang difitnah ‘tidak halal’. Ia amat melukai hati 9.3 juta pencarum daripada kalangan umat Islam yang menabung untuk menunaikan fardu Haji.

Banyaklah lagi kegenjotan pemikiran Mujahid apabila dia keliru dengan isu ‘gay’ dan sungguh memalukan apabila dia mengatakan bahawa ‘bukan semua gay di Malaysia megamalkan seks songsang’, ibarat mengatakan bahawa ‘bukan semua jamban dijadikan tempat berak’.

Kredit kepada Gerakan Pengundi Sedar

Kegenjotan minda dan penyalahgunaan kuasa Mujahid sebagai bekas Menteri Hal Ehwal Agama yang kini menjadikan dirinya kemurungan, apatah lagi PH tidak lagi berkuasa.

Lantas, kes penyalahgunaan kuasa pemimpin PH semasa mereka berkuasa dengan kerakusan menjahanamkan ekonomi negara dengan hutang dan lelongan aset negara dengan alasan songsang bahawa negara akan bankrap dan ekonomi negara amat teruk, tidak lagi boleh disandarkan kepada bekas Peguam Negara Tommy Thomas.

Justeru, bagaimanakah kedudukan masa depan Ahli Parlimen Parit Buntar itu yang tenggelam dengan pelbagai isu serta diinjakkan lagi dengan kesombongan dan keangkuhan dirinya sendiri.

Daripada rekod keputusan PRU14, Mujahid di Parlimen Parit Buntar telah memperoleh 16,753 undi dengan majoriti 3098, manakala BN mendapat 13,655 dan Pas mendapat 12,312.

Dengan gabungan BN dan PAS dalam Muafakat Nasional, jumlah undi yang akan diberikan kepada Muafakat Nasional adalah 25,967 dengan majoriti 9214, iaitu itu kira-kira 300% lebih tinggi daripada majoriti yang diperoleh Mujahid.

Oleh itu, sekiranya parlimen dibubarkan, dan PRU15 diadakan maka Mujahid akan mengalami kekalahan teruk, malahan dengan kesedaran pengundi terhadap penipuan, pembohongan, janji palsu manifesto, dan fitnah PH, pastinya Mujahid akan memperoleh undi jauh lebih rendah daripada 16,753.

Pola keputusan sedemikian juga akan menimpa calon parlimen PH di Tambun, Lumut, Tanjung Malim, Raub, Indera Mahkota, Kuantan , Temerloh, dan banyak lagi, kecuali mereka bersekutu dengan Muafakat Nasional.

Sebagaimana telahan penganalisis politik mahupun ahli politik sendiri, PH akan kalah teruk pada PRU 15 nanti. Atas asalan itu jugalah mereka amat takut sekiranya parlimen dibubarkan.

Jika Mujahid mahu menyelamatkan diri, maka lebih baiklah dia mempertaruhkan nasibnya bertanding di kawasan yang didominasi oleh bangsa Cina-DAP, seperti Bagan atau Jelutong. Namun adakah mereka akan memberi laluan kepada Mujahid?

Walau apapun altenatifnya, rakyat sedang melihat kemurungan Mujahid yang mungkin akan dijemput oleh SPRM tidak lama lagi bagi membongkar penyelewengan dalam TH, yang amat melukakan 9.3 juta pencarum daripada kalangan umat Islam.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: