Oleh Dr Mamat Desa
Sehingga ke hari ini, setelah PH tumbang, rakyat masih tertanya-tanya apakah agenda tersembunyi Setiausaha Agung DAP, yang juga bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, melalak-melolong bahawa negara menanggung hutang RM1 trilion.
Dengan itu ia mewajarkan Guan Eng untuk menubuhkan Tabung Harapan Malaysia (THM) dengan pembohongan untuk membayar hutang 1MDB.
Hakikatnya hari ini sejumlah RM203 juta telah hilang tanpa dapat dikesan sedangkan hutang negara terus meningkat.
Tidak lain yang rakyat lihat, ia adalah satu penindasan terhadap rakyat kerana ada individu yang prihatin dan dengan semangat patriotisme telah menderma kepada THM menggunakan wang simpanan hariannya yang dikumpul sejak lama.
Bukan itu sahaja Guan Eng juga telah menjaja ke sana-sini bahawa negara akan bankrap dan dengan itu ia mewajarkan Kementerian Kewangan meringankan beban belanjawan dengan membuang sebilangan penjawat awam yang ditanggapi sebagai antara penyebab belanjawan yang tinggi untuk dibayar gaji.
Sebaliknya rakyat amat sangsi dengan agenda Guang Eng itu kerana kira-kira 90% daripada penjawat awam adalah kaum Melayu. Hal ini bukanlah satu diskriminasi terhadap kaum lain, tetapi ia merupakan peruntukan Perlembagaan sebagai hak kaum Melayu-Bumiputera.
Lantas, mengurangkan jumlah penjawat awam adalah satu penindasan yang amat ketara terhadap kaum Melayu sedangkan ekonomi negara adalah kukuh tidak seperti pembohongan Guan Eng.
Setelah ramai penjawat awam dibuang kerja Guang Eng mengumumkan pula dasar kerajaan ‘Tiada yang Percuma’ dan ‘Rakyat harus Berkorban’ sebagai mewajarkan kementeriannya menghentikan program BR1M yang banyak membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin.
Kontradiknya Guang Eng hanya memberi RM30 (oneoff) kepada rakyat dalam program e-wallet yang dilihat rakyat sebagai satu kezaliman dan penghinaan terhadap rakyat.
Tindakan Guang Eng itu juga mendorong rakyat melihatnya sebagai penindasan terhadap rakyat.

Sebenarnya Lim Guan Eng awal-awal lagi telah menipu rakyat dengan perakuannya bahawa dia adalah akauntan bertauliah, tetapi sebenarnya dia bukan akauntan sebagaimana didakwa oleh Presiden MCA DS Dr Wee Ka Siong.

Guang Eng juga adalah OKT (orang kena Tuduh) dalam kes rasuah pembelian Banglo dan juga terkait dengan kes terowong bawah laut Pulau Pinang dan dikaitkan juga dengan kes membatalkan pembekuan akaun seorang taikun kroni DAP yang dibabitkan dengan kes jenayah komersil.

Tetapi sifat Cina penipu pada Guang Eng menjadikan dirinya licik bagaikan musang berbulu ayam, apabila dia melantik peguambelanya Tommy Thomas sebagai Peguam Negara untuk dijadikan pelindungnya dan kes-kes politik PH-DAP. Pada era PH juga sistem undang-undang negara dilabelkan sebagai ‘undang-undang rimba.’
Sebagai Menteri Kewangan, Guan Eng bukan berusaha untuk mengurangkan hutang negara, malah hutang negara telah meningkat daripada RM686 bilion ketika BN berkuasa, menjadi RM850.8 bilion pada tahun 2019 dan meningkat kepada hampir RM1 trilion ketika PH tumbang.

Lagi sekali Guang Eng menjadi penindas pada mata rakyat.
Bukan setakat itu, Kementerian Kewangan di bawah PH telah menjual aset Tabung Haji (TH) dan memaksa mengeluarkan hibbah terendah dalam sejarah sebanyak sebanyak 1.75% sahaja, sedangkan pada 2017, TH mengeluarkan 6.25% hibbah kepada pencarum dan pada tahun-tahun sebelumnya juga hibbah TH tidak kurang daripada 5%.
Bertambah sedihnya apabila pengurusan Guang Eng cuba menggambarkan bahawa hibbah TH sebelumnya sebagai haram, untuk mewajarkan tindakan mereka memberikan hibbah yang amat rendah.
Ia juga merupakan tindakan menzalimi dan menindas rakyat khususnya umat Islam yang mencarum untuk tujuan menunaikan fardu Haji.

Hari ini Menteri Kewangan yang baharu, DS Tengku Zafrul mempersoalkan mengapakah PH perlu berhutang melalui Bon Samurai, dan menjual sedemikain banyak aset negara, sedangkan kedudukan kewangan negara adalah kukuh.
Kenyataan DS Zafrul juga sekaligus menyangkal bahawa negara akan bankrap sebagaimana yang dicanangkan oleh Lim Guan Eng.
Pastinya undang-undang sedang menunggu untuk mengheret Guan Eng ke mahkamah dan mempertahankan tuduhan terhadap agenda penyelewengan kewangan negara.
Dalam sejarah negara, inilah kali pertama, Menteri Kewangan seperti Guan Eng dilihat sebegitu teruk mengendalikan kewangan negara, menzalimi dan menindas rakyat.
*****
Tinggalkan Jawapan