TOLONG JANGAN BAWA VIRUS COROMADEY94 KE DALAM PN

Semalam, 19 Jun, PKR telah dengan rasminya menolak Tun Mahathir sebagai calon PH untuk diangkat sebagai PM ke-9 kerana mereka melihat dia sedang ‘dijangkit virus Coromadey94‘.

Sebaliknya PKR dan akar umbinya mahu DS Anwar Ibrahim yang menjadi calon PH sebagai PM.

Cukuplah virus penyakit yang dibawa oleh Mahathir yang sering berdolak-dalik tentang penggantinya yang telah dijanjikan untuk diberikan kepada Anwar.

Akhirnya kerana virus Coromadey94 telah menular kepada setiap komponen PH, dan dengan desakan Ahli Majlis Presiden PH pada Februari lalu, pemimpin tertua dunia itu telah bertindak melulu, mengadap DYMM SPB YDP Agong, untuk membantu membanteras Coromadey94 itu.

Dampaknya kerajaan pimpinan PH dibubarkan dan dikenakan sekatan yang ketat.

Namun rakyat dan penyokong serta ahli-ahli PKR amat sedih melihat Mahathir telah menularkan virus perosak Coromadey94 sehingga PKR terpecah kepada kem DS Azmin Ali dan kem DS Anwar Ibrahim.

Sebelum itu dia juga telah menularkan virus yang hampir sama terhadap UMNO dan penyatuan kaum Melayu-Islam tetapi telah berjaya dinyahkan sehingga dia menubuhkan parti PPBM yang juga mula terjangkit dengan virus baharu Coromadey94 ciptaan DAP.

Setelah Mahathir ditolak PKR sebagai bakal PM ke-9, ‘bouncer’ upahan Mahathir, DS Khairuddin Abu Hassan telah mencadangkan kepada Mahathir supaya menyertai PN, atas alasan bahawa PH adalah gabungan parti ‘berpenyakit’ dan penuh virus.

Khairuddin telah heboh mengatakan bahawa terdapat usaha untuk memberi laluan mudah kepada Anwar Ibrahim, yang juga disifatkannya sebagai ‘manusia yang telah dijangkiti penyakit’ sebagai calon PM akan datang.

Nampaknya Khairuddin lupa tentang virus yang telah disebarkan Mahathir sehingga rakyat melihat ‘kerajaan akan bankrap’ ‘hutang negara RM1 trilion’ ‘DS Najib perompak-lanun, sedangkan mahkamah tiada bukti untuk sabitkan Najib dengan kes,’ ‘aset milik bumiputera dijual secara wewenang,’ dan ‘PH terpaksa berhutang sana-sini’.

Khairuddin tidak nampak virus yang dibawa oleh Mahathir, sebaliknya menghalakan pengimbas virus kepada Anwar dan hanya nampak Anwar dan konco-konconya sahaja yang berpenyakit.

Bagi Khairuddin pengimbas virus juga menunjukkan kebanyakan pemimpin-pemimpin PKR juga telah terjangkit yang menjadikan mereka terlalu taksub dengan Anwar yang dilihatnya mempunyai penyakit ‘gila’.

Khairuddin juga melihat virus sedang menjangkiti penyangak hingusan seperti Farhash Wafa Salvador, Abdullah Sani serta beberapa lagi yang disifatkannya sebagai ‘otak udang’ dalam PKR yang parah dijangkiti sejak kebelakangan ini.

Lantas, Khairuddin sebagai ‘bouncer’ upahan Mahathir, telah menawarkan diri untuk menjadi orang tengah antara Mahathir dan PN supaya Mahathir diterima untuk menyertai pakatan parti politik itu.

Adakah Khairuddin lupa dengan tuduhan Mahathir terhadap TS Muhyiddin Yassin yang dilabelkannya sebagai ‘pengkhianat’ ‘kerajaan tebuk atap’ dan ‘kerajaan pintu belakang’.

Malahan akhir-akhir ini kerana terlalu meroyan untuk mendapatkan kembali kerusi PM, Mahathir juga telah melabelkan Muhyiddin sebagai ‘lebih teruk daripada Najib’ akibat virus yang disebarkannya.

Rakyat tidak hairan atas segala tuduhan Mahathir itu kerana di Malaysia ini hanya ada seorang sehaja yang terbaik iaitu ‘Mamak Kerala’ dan dia sahaja yang paling layak untuk menjadi PM7,8,9,10 dan seterusnya.

Lucunya Khairuddin meletakkan syarat bahawa Mahathir hanya akan menyertai PN, tanpa ada UMNO di dalamnya.

Dia butakah dengan piagam Muafakat Nasional yang telah dimaterai antara UMNO dan PAS?

Sekiranya UMNO diusir keluar, PAS juga akan keluar.

PN juga pasti akan menjadi parti ciput sebagaimana Bersatu dipandang hina oleh DAP semasa bersekongkol dalam gabungan PH.

Lucu bangat apabila Khairuddin berkata, dia mahu Mahathir menyertai PN tanpa UMNO demi menyelamatkan Malaysia dan meneruskan perjuangan ‘Malaysia Baharu.’

Sedangkan dia lupa selama 22 bulan Mahathir berkuasa, virus Coromadey94 telah menjangkiti PH dan PKR sebegitu teruk sehingga mereka tercungap-cungap hendak bernafas bagaikan ikan yang tersadai di darat.

Malahan pemimpin tertua dunia itu juga kini dilihat tercungap-cungap ketika melafazkan setiap ayat daripada mulutnya kerana terlalu teruk terjangkit.

Cukuplah sekiranya virus Coromadey94 menyerang PH, dan PKR.

Bersatu di bawah Muhyiddin telah terselamat kerana berjaya menggunakan pendekatan jarak sosial dengan menjauhkan diri daripada PH apabila Muhyiddin meninggalkannya.

UMNO dan PAS pula sentiasa jauh untuk dijangkiti.

Janganlah PN menjadi bodoh untuk membuka pintu kepada virus Coromadey94, kerana kelak semua rakyat Melayu akan mati bergelempangan, sedangkan bangsa DAP yang mencipta virus itu ketawa keseronokan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: