(Video) PARTI ‘APA AKU DAPAT’ ADALAH MANIFESTASI RASUAH, KRONISME DAN NEPOTISME

Setelah dia mengisytiharkan keluar daripada PH sehingga mengakibatkan kerajaan yang dikuasai PH tumbang, dan kemudiannya secara legal dia ditendang keluar daripada Bersatu, Tun Mahathir mahu menubuhkan pula parti ‘Apa Aku Dapat’ atau ‘AAD’.

Sama ada ia merupakan satu konotasi sarkastik atau tanda kenyanyukan atau suatu strategi yang cekal dan serius, Mahathir sebenarnya meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya; iaitu manifestasi terhadap amalannya yang tidak dapat dibuang dalam tabiat hidupnya iaitu kronisme, nepotisme, kolusi yang penuh dengan rasuah.

Hari ini setelah Mahathir tumbang, dan diberikan amaran bahawa segala tabiat rasuahnya akan didedahkan, Mahathir terus gelabah dan mahu kembali menguasai kerusi PM. Hanya dengan memiliki kuasa PM sahaja dia dapat menutup rapat segalanya.

Sebagaimana yang pernah didedahkan oleh DS Anwar Ibrahim, bahawa dia tahu banyak rahsia Mahathir dan kroninya. Anwar juga tahu beberapa bilion ringgit wang UMNO yang dicuri oleh Mahathir telah disimpan dalam satu akaun bank di Zurich.

Baru-baru ini, Raja Petra Kamaruddin dalam Malaysia Today, juga telah menghuraikan betapa banyaknya wang deposit yang telah dibayar oleh kroni Mahathir untuk mendapatkan projek ketika PH berkuasa, misalnya projek di tanah Kg Baru KL, tetapi terbantut apabila PH hanya mampu menjarah ekonomi negara selama 22 bulan sahaja.

Bagaimanakah wang akan dikembalikan sekiranya kuasa telah hilang?

Tidak lain dan tidak bukan Mahathir dan konco-konco dalam PH terpaksa melalakkan dongeng mereka ‘We have the numbers’ ‘Kami ada majoriti 130’ ‘Kami akan tentang Muhyiddin habis-habisan’ ‘Muhyiddin lebih teruk daripada Najib’, ‘Muhyiddin Pengkhianat’ ‘Muhyiddin pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ ‘pintu belakang’, dan macam-macam lagi wirid baru demi merampas semula kerajaan PH yang telah tumbang.

Semasa 22 tahun dia diangkat menjadi PM, rakyat sedar dengan taktik diktatornya dia telah menggunakan kuasanya (kolusi) untuk menutup rapat segala amalan rasuah.

Lihat sahaja kes pembunuhan akauntan, Jalil Ibrahim di Hong Kong dalam kes BMF yang telah didakwa oleh CIA melibatkan Mahathir dan gejala rasuah serta kerugian BBMB berjumlah RM17.8 bilion.

Bacalah buku tulisan Barry Wain ‘Malaysian Maverick- Mahathir Mohamad in turbulent times’ apabila dana negara RM100 bilion didakwa telah dijarah oleh Mahathir.

Rakyat juga masih ingat bagaimana kes skandal Forex-BNM ditutup sebagai ‘NFA’ (No Further Action) oleh kaldai DAP, Tommy Thomas yang hakikatnya adalah gejala penyelewengan daripada rizab asing Bank Negara (1991-1994) yang hanya boleh digerakkan oleh Perdana Menteri ketika itu.

Rakyat juga dikejutkan dengan pendedahan Dr Roslan Mohd Latif, profesional dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, lulusan Univ. of South Australia, yang mendakwa bahawa projek KLCC atau Menara Kembar Petronas sebagai hasil kronisme dan nepotisme Mahathir.

Pendedahan Dr Roslan selari dengan pandangan George Soros, bahawa Menara Kembar Petronas adalah lambang dan mercu tanda gejala rasuah Mahathir yang disifatkannya sebagai manusia ‘a corrupt moron’.

Antara lain kata Soros, “Jika kamu perlukan tanah tinggi untuk pencawang telekom, bukit tinggi yang berdekatan boleh kamu gunakan dengan percuma.

“Menara ini tiada gunanya dengan ketiggian 300 meter daripada bumi sedangkan ada satelit yang menjadikannya sesuatu yang tidak diperlukan. Ini adalah kerja si moron yang hanya akan merugikan wang. Perkara utama yang ditonjolkan ialah kamu sebagai si moron dan wang itu adalah milik rakyat Malaysia. Kamu dapat 20% daripada setiap projek, kamu ada hartanah di Jepun dan saham bernilai berbilion yang kamu miliki melalui rasuah.

“Tiga orang anak kamu mempunyai USD8 bilion. Daripada mana mereka perolehi wang itu? Sudah tentu daripada rasuah.

“Kamu dikenali sebagai Marcos Malaysia, mengkayakan diri kamu sendiri dengan wang berbilion.

“Kamu titiskan air mata keling (crocodile tears) semasa perhimpunan UMNO untuk berlakon bahawa kamu sedih dengan penyakit rasuah.”

Daripada luahan hati sahabat baiknya dalam kerja-kerja spekulasi mata wang asing itu, ia membenarkan bahawa Mahathir adalah perasuah yang hebat, yang pandai menyapu habuk dan najis kekotorannya ke bawah tikar, sambil berdiri sebagai diktator yang mentadbir negara ala-Gestapo dan menggertak orang-orang bawahannya supaya menutup rapat segala penyelewengan. Malangnya bau najis itu tetap tersebar.

Tidaklah aneh sekiranya DS Najib Tun Razak membidasnya bahawa parti ‘AAD’ adalah parti ‘Anak-Anak Daddy’.

Namun, hairan sungguh kenapakah hari ini lakonan ‘air mata keling’ atau ‘crocodile tears’ itu tidak menitis lagi setelah PKR menolak dia sebagai calon PM9.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: