(Video) PKR TOLAK NGIGAU MAHATHIR NAK JADI PM KE-9

Amat lucu, di tengah-tengah Tun Mahathir menebarkan propaganda bahawa dia sudah mempunyai jumlah 111+ sokongan ahli parlimen untuk melayakkan dirinya diangkat sebagai PM ke-9, PKR pula mengumumkan bahawa calon PM belum lagi diputuskan.

Pada 27 Mei lalu heboh apabila Khalid Samad mengumumkan bahawa PH sudah mempersetujui bahawa Tun Mahathir akan diangkat sebagai PM.

Beberapa jam setelah pengumuman Khalid yang terkenal sebagai mulut celupar bak murai gila, pembantu politik DS Anwar, Farhash Wafa Salvador terus membantah kerana PKR tidak pernah bersetuju untuk memilih Mahathir semula.

Yang melucukan, soal jumlah sokongan ahli parlimen yang melebihi 111+ ke atas Mahathir diterjemahkan sebagai dongeng wayang kulit, belum lagi selesai, kini terbangkit pula soal perbalahan siapa calon PM Pakatan Harapan.

Nampaknya Mahathir tidak serik dengan pergelutan rebut kuasa dalam kandang PH sehingga membawa parti itu tumbang pada Mac lepas.

Dua hari lalu (16 Jun), Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa calon PM Pakatan Harapan belum diputuskan, malahan Saifuddin membidas laporan media yang cuba mengangkat Mahathir sebagai PM ke-9.

Kenyataan Saifuddin serta pendirian PKR, parti komponen yang mempunyai komposisi besar ahli parlimen PH, amat menggusarkan Mahathir.

Pastinya Mahathir amat gelabah kerana nafsu tamak kuasanya pasti tergugat sekiranya Anwar tidak bersetuju mengangkat dirinya (Mahathir) sebagai PM ke-9.

Bukan itu sahaja, Anwar juga telah dinasihatkan supaya jangan mempercayai Mahathir, apatah lagi mengangkatnya sebagai PM kerana dia hanyalah PM ‘boneka DAP’.

Malahan kehadiran Mahathir dan PPBM dalam PH ditafsirkan sebagai usaha untuk meruntuhkan PH.

Telahan tersebut menjadi benar pada Februari lalu apabila Mahathir dengan sengaja mengadap DYMM Agong untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai PM, lantas membubarkan PH sebagai parti pemerintah.

Kini dengan kegilaan kuasa yang masih lewah, pemimpin politik tertua dunia itu sanggup mengadap dan ‘menyembah’ Anwar di ibu pejabat PKR, supaya membenarkan dia diangkat semula sebagai calon PM.

Pendedahan Mahathir merayu Anwar untuk menyerahkan jawatan PM kepadanya telah didedahkan oleh bekas setpol Mahathir, Zahid Md Arip.

Ramai yang terkejut kerana sifat egosentrik Mahathir kini cair kerana kegilaannya untuk menjadi PM semula, sedangkan jumlah sokongan majoriti yang didongengkannya sedang ditertawakan oleh rakyat jelata.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga telah mengugut dan berjanji akan berjuang habis-habisan bagi menjatuhkan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM.

Adakah Mahathir masih pekak dan buta ketika rakyat jelata menolaknya sebagai PM, dia masih terhegeh-hegeh merayu-meroyan untuk menagih jawatan itu lagi.

Zahid Md Arip sendiri menyeru ahli-ahli PPBM supaya meninggalkan Mahathir yang hanya mempunyai sokongan 4 ahli parlimen, agar menyokong Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin, pastinya demi menyelamatkan negara daripada kerakusan nafsu serakah manusia gila kuasa dan kekayaan dunia.

Nampaknya kemelut perbalahan antara Anwar-Mahathir terus berlarutan meskipun PH telah tumbang.

Malahan terkini telah tertular bahawa DS Anwar bersetuju dengan saranan DS Najib supaya kes skandal Forex-BNM yang melibatkan Mahathir, dibuka semula setelah ditutup oleh kaldai DAP, Tommy Thomas, sebagai kes NFA atau “No Further Action”. Pastinya Anwar juga bersetuju untuk menjadi saksi pendakwaan.

Malahan kami teruja sekali sekiranya kes pembunuhan akauntan Jalil Ibrahim dalam kes BMF yang telah disahkan oleh CIA melibatkan Mahathir, juga dibuka semula supaya generasi muda tahu siapakah Mahathir sebenarnya.

Malahan dengan pendedahan Tengku Razaleigh Hamzah, kami juga terkeliru dengan kematian Tun Fuad Stephen, bekas Ketua Menteri Sabah bersama-sama semua penumpang pesawat dalam tragedi ‘Double 6’.

Adakah kemalangan pesawat itu dirancang untuk menyekat tuntutan Sabah ke atas hak royalti Petronas milik mereka? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: