(Video) MASIH ADAKAH INTEGRITI, KEBOLEHPERCAYAAN DAN KEESAHAN PRU?

Oleh Dr Mamat Desa

PRU15 sudahpun terhidu kehadirannya, manakala PRU14 telah dicemari dengan pelbagai penipuan, janji palsu, fitnah dan manifesto ’tisu tandas’ (bukannya watikah amanat yang dimuliakan).

Lantas mandat rakyat yang diberikan telah dinodai dan diperkosa sedemikian rupa sehingga kehadiran kerajaan PN diterjemahkan sebagai penyelamat kepada kebobrokan kerajaan PH yang lahir daripada PRU14.

Walau apapun natijah kesan daripada PRU14 yang telah merodong kehidupan rakyat, namun pastinya rakyat dan para pengundi menuntut integriti, kebolehpercayaan dan keesahan PRU15.

Justeru, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pastinya tidak mahu para pengundi, apatah lagi rakyat, mencurigai kebolehpercayaan, keesahan serta integriti dalam mengendalikan pilihan raya umum negara.

Dahulu Bersih sering melalak di jalan raya kononnya memperjuangkan pilihan raya yang bersih, telus dan berintegriti, namun Bersih diam membisu apabila terbangkit isu Mykad palsu, isu pelancong China dan India yang beratus ribu masuk ke negara ini, tetapi tidak keluar-keluar dan kes penangkapan warga China dalam sindiket perjudian dalam talian.

Apa yang lebih menjelekkan Bersih dipimpin oleh golongan oportunis yang mendukung agenda politik parti-parti tertentu, sebaliknya mendiamkan diri sekiranya ada isu yang menyebelahi pihak mereka.

Negara dan rakyat telah dikejutkan dengan penemuan golongan dan individu tertentu yang mengaku ‘rakyat negara ini’ tetapi tidak boleh bertutur dan tidak faham bahasa kebangsaan, tidak tahu menyanyikan ‘Lagu Kebangsaan’, apatah lagi untuk menyebut lima ‘Rukun Negara’ sedangkan mereka sudah berusia lebih daripada 21 tahun dan telah mendaftar sebagai pengundi.

Mungkin menyanyi lagu ‘Negaraku’ atau menyebut lima ‘Rukun Negara’ bukan kayu pengukur, tetapi secara kasarnya sebagai rakyat Malaysia yang tulen mereka seharusnya boleh menguasai dua perkara tersebut.

Rakyat juga terkejut apabila muncul kelompok kaum Cina entah dari mana datangnya memohon untuk mendapatkan taraf warganegara, sedangkan usia mereka bukan lagi remaja sebaliknya adalah golongan yang hampir separuh abad. Mengapa dalam usia yang lanjut baharu memohon taraf kewarganegaraan? Adakah mereka baharu keluar dari gua yang tersorok di pedalaman?

Negara juga dikejutkan dengan kes pengundi tulen yang tidak dapat mengundi kerana dia dikatakan telahpun mengundi atas bukti bahawa kad pengenalannya telah ditandai sebagai telah mengundi.

Lantas, tidakkah ini juga membangkitkan kecurigaan tentang berlakunya penipuan atau mungkin juga komplot serta konspirasi yang mencairkan integriti, keesahan dan kebolehpercayaan pilihan raya?

Pernah juga timbul, pengundi yang mendaftar dengan menggunakan alamat orang lain untuk mendaftar sebagai pengundi di kawasan tertentu kerana mahu memenangkan calon-calon tertentu.

Persoalan rasuah dan penipuan adalah persoalan utama, namun terbangkit juga persoalan adakah kerajaan dan SPR khususnya peka dan telah bertindak terhadap semua gejala ini yang menodai integriti, keesahan dan kebolehpercayaan pilihan raya negara?

Adakah pihak Jabatan Statistik (JS) juga peka terhadap kewujudan pengundi-pengundi yang mencurigakan yang sebenarnya JS boleh menyelaraskan dapatan bancian dan data yang mereka ada dengan SPR?

Saranan Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia (KPPUM) melalui Timbalan Presidennya Zamil Ibrahim, untuk mempertahankan integriti, keesahan dan kebolehpercayaan pilihan raya negara dilihat sebagai saranan yang baik.

PERTAMANYA, Sistem imbas atau scanner ‘Mykad Thumb’ atau ‘Ibu jari Mykad’ hendaklah digunakan di pusat-pusat mengundi untuk mengesan dan mengenal pasti Mykad palsu dan tulen, supaya warganegara asing tidak dipergunakan untuk menipu sebagai pengundi.

Sekiranya wujud pengundi ‘hantu’ atau pengundi tipu maka mereka hendaklah ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang mengikut akta yang sedia ada dan dihalau keluar daripada negara ini.

KEDUA, Sesi temuduga hendaklah digerakkan untuk memastikan pengundi yang telah mendaftar benar-benar rakyat Malaysia, subjek yang tulen, dan bukannya seseorang yang menggunakan kad pengenalan subjek lain yang telah mati mahupun hidup.

KETIGA, Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen dan PDRM hendaklah ditempatkan di pusat-pusat mengundi sewaktu mengimbas dokumen pengesahan diri sebelum seseorang itu mengundi agar penipuan dapat dikesan dan tindakan dapat diambil segeran jika berlaku penyamaran diri.

KEEMPAT, Pihak petugas SPR hendaklah memastikan bahawa mereka mempunyai SOP yang berkesan, tegar dan tuntas bagi mengesan dan mengenal pasti warganegara asing dari negara mana sekalipun yang cuba menyamar dengan menggunakan Mykad palsu atau menggunakan Mykad milik orang lain dengan niat untuk menipu sebagai pengundi. Jika terdapat golongan seperti ini, maka anggota PDRM hendaklah bertindak menahan mereka dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Kami percaya dengan kes Mykad palsu yang dijual kepada pendatang asing, rakyat dan pengundi yang sah di negara ini amat mencurigai golongan pendatang asing yang menyamar sebagai pengundi.

Daripada mata kasar, penduduk tempatan senang mengenali kaum Melayu Nusantara yang dicurigai namun amat sukar mengenali kaum Cina dari China dan kaum India dan negara India, apatah lagi sekiranya mereka pandai menyembunyikan identiti mereka yang sebenarnya.

KELIMA, Langkah yang paling berkesan ialah bagi Jabatan Pendaftaran Negara mewujudkan Mykad baharu dengan teknologi yang boleh mengesan sebarang kepalsuan. Data tempat kelahiran, cap jari, maklumat persekolahan, genetik, ibu-bapa dan lain-lain lagi yang boleh menjamin ketulenan warganegara bagi melayakkan subjek mendaftar sebagai pengundi yang sah.

Kami tidak mempercayai Bersih, kerana Bersih yang diketuai oleh manusia seperti Ambiga Sreenevasan dan Marina Chin Abdullah hanyalah oportunis politik yang bertindak mengikut aliran politik dan parti yang mereka sokong.

Rakyat lebih mempercayai PDRM, Jabatan Imigresen, SPR, Jabatan Pendaftaran dan juga Jabatan Statistik yang boleh membekalkan maklumat terkini tentang kelahiran dan strata penduduk mahupun pengundi di seluruh negara dalam soal integriti, kebolehpercayaan dan keesahan PRU.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: