Tun Mahathir yang popular dengan klisenya memaki-hamun dan menuduh DS Najib Tun Razak sebagai ‘penyamun, lanun Bugis, perompak, penyangak’ dan lain-lain label buruk sebagaimana gelagat samseng India dari kasta rendah, kali ini mendakwa pula Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin sebagai ‘pengkhianat’.
Kenyataan dan gelagat yang tidak bertamadun sedemikian tidak boleh dibiarkan dan sudah sampai masanya Mahathir didakwa di mahkamah kerana betindak subjudis kepada kes Najib, sebagaimana disarankan oleh peguam tersohor negara, TS Shafee Abdullah.

Adakah Mahathir cuba mempengaruhi mahkamah kerana kes 1MDB yang cuba dikaitkan dengan DS Najib sedang berlangsung?
Kes 1MDB sudahpun bermula sejak zaman PH berkuasa. Malah media PH ketika itu kerap kali mengeluarkan kenyataan bahawa “DS Najib akan dipenjarakan”, seakan-akan dia bersalah meskipun perbicaraan belum lagi selesai.

Seluruh dunia tahu bahawa Peguam Negara, Tommy Thomas, yang berperanan dalam sistem kehakiman negara adalah merupakan lantikan politik PH.
Hakikat ini diperakui sendiri oleh Tommy Thomas sendiri, bahawa dia adalah lantikan politik kerajaan PH.
Terkini Mahathir mendakwa dan menuduh TS Muhyiddin akan menggunakan kuasa untuk menentukan nasib enam wakil rakyat UMNO daripada hukuman penjara yang disifatkan oleh pengamal undang-undang sebagai ‘menghina mahkamah’.
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata, kenyataan Dr Mahathir turut disifatkan sebagai satu penghinaan kepada hakim-hakim yang menghakimi kes-kes berkenaan.
Di manakah letaknya keluhuran undang-undang sekiranya mahkamah tidak diletakkan sebagai kuasa yang bebas daripada campur tangan kuasa eksekutif?
Kuasa membebaskan tertuduh adalah kuasa mahkamah atau kuasa hakim yang menghakimi kes, dan bukannya kuasa mana-mana ahli politik, meskipun PM.
Nampaknya tuduhan Mahathir itu sendiri menunjukkan tabiat genjotnya yang kerap masuk campur urusan mahkamah sebagaimana dia berkomplot dengan Gopal Sri Ram untuk menangkap DS Najib tanpa apa-apa kesalahan, sebagaimana didedahkan oleh bekas Peguam Negara TS Apandi Ali.

Lantas rakyat tertanya-tanya, adakah selama ini pengguguran kes yang dibuat oleh Tommy Thomas, sedikit-sebanyak melibatkan campur tangan Mahathir?
Menurut Tan Sri Dzulkifli Ahmad, kenyataan Mahathir bahawa PM ‘Muhyiddin akan tentukan sama ada enam orang wakil rakyat akan didapati tidak bersalah’ adalah kenyataan menghina mahkamah serta penghinaan terhadap hakim yang menghakimi kes-kes berkenaan.

Sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian, Mahathir membuat tuduhan bahawa kerajaan PN akan tumbang sekiranya enam Ahli Parlimen UMNO disabitkan bersalah oleh mahkamah.
Atas alasan genjot sedemikian, maka Mahathir menuduh Muhyiddin akan memastikan bahawa keenam-enam pemimpin UMNO itu tidak bersalah.
Adakah Mahathir lupa dan tidak melihat bagaimana Tommy Thomas menggugurkan kes Forex-BNM seelok-elok dia dilantik sebagai Peguam Negara?

Bagaimana pula dengan kes penglibatan pemimpin DAP dengan pengganas LTTE, kes kematian anggota Bomba Adip Kassim yang digugurkan, dan banyak lagi kes yang ditutup begitu sahaja? Siapakah yang telah campur tangan?
Bersatu semasa PH berkuasa hanyalah parti ciput bagaikan melukut di tepi gantang yang terpaksa tunduk kepada kerakusan DAP yang mempunyai jumlah AP jauh lebih besar.
Sebagaimana pengakuan Mahathir bahawa dia adalah PM boneka DAP, maka adakah Mahathir terpaksa tunduk kepada gelagat Tommy Thomas yang menjadikan mahkamah seperti kandang undang-undang rimba?
****
Tinggalkan Jawapan