Oleh Dr Mamat Desa
Barry Wain dalam bukunya ‘Malaysian Marverick- Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ mendedahkan bagaimana Perdana Menteri ke-4, telah memperjudikan dana negara berjumlah RM100 bilion.

Skandal yang ditutup dan disembunyikan oleh pemimpin BN ketika itu kerana gentar dengan kuasa diktator Mahathir, juga telah didedahkan oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop.
Sebagaimana modus operandinya, Mahathir sering bersembunyi di sebalik kroni-kroninya supaya segala tindakan kleptokrasinya itu dapat ditepis dan dituding kepada orang lain.
Malahan Mahathir sering mememik bahawa pemimpin UMNO ‘perasuah’ dan menggunakan media untuk memutar-belit dan menggambarkan dirinya sebagai tokoh yang menentang rasuah.
Samalah seperti kes tragedi menyayat hati kematian orang Kampung Memali yang diletakkan kesalahan ke atas Tun Musa Hitam, dan berbohong bahawa dia berada di China ketika tragedi.

Dr Rosli Yaakop menamakan beberapa orang kroni utama Mahathir iaitu Gabenor Bank Negara sendiri, Jaafar Hussein, Penasihat Bank Negara, Nor Mohamed Yaakob dan Menteri Kewangan Daim Zainuddin.

Kedua-dua kroni Mahathir iaitu Jaafar Hussein dan Nor Yaakob bertindak atas arahan Mahathir sendiri, mempertaruhkan keselamatan aset negara sebagai spekulator Forex secara besar-besaran tanpa mempedulikan risiko terhadap rizab asing Bank Negara.
Sebagaimana dijelaskan, pada tahun 1992, Bank Negara telah mempertaruhkan dana negara dengan membeli Pound Sterling British yang kemudiannya menyusut mendadak. Akibatnya Bank Negara telah mengalami kerugian yang amat besar.
Malaysian Marverick menganggarkan kerugian antara USD27 bilion hingga USD33 bilion. Ia lebih daripada RM100 bilion.

Orang kuat DAP, Lim Kit Siang juga telah mendedahkan dalam bukunya tabiat kleptokrasi Mahathir.
Namun siapakah yang berani mengambil tindakan terhadap pemimpin utama kerajaan yang memerintah ala-Gestapo, sehingga menyebabkan masing-masing menutup rapat mulut mereka.

Pada 15 Jun 2020, Presiden PKR, Anwar Ibrahim telah menyatakan sokongannya terhadap saranan DS Najib Tun Razak supaya kes skandal Forex-BNM dibuka dan disiasat semula.
Ia bukanlah soal kerugian daripada tabiat spekulator, sebaliknya ia melibatkan kerugian wang negara, apatah lagi melibatkan Bank Negara yang menjunjung amanah rakyat.
Namun akibat keserakahan nafsu pemimpin yang gilakan kuasa dan wang ringgit atau gejala kleptokrasi, maka skandal Forex-BNM telah mengorbankan wang rakyat dan negara dalam jumlah yang amat besar.
DS Anwar Ibrahim menyambut baik saranan DS Najib, dan menempelak secara sinis terhadap gelagat Mahathir yang suka memburuk-burukkan dan memaki-hamun pemimpin yang diciptakannya sebagai musuh.
Kata Anwar, “Saya ucap terima kasih, ini cara kita wacana. Tak payah maki-hamun, kecam begitu-begini.”

Pastinya Anwar merujuk kepada klise dan apa yang warganet tafsirkan sebagai wirid Mahathir, “Lanun Bugis, Perompak, Penyangak, Kleptokrat” dan macam-macam lagi, yang lebih memaparkan sikap tabiat maki-hamun kaum India kasta rendah.
Ironinya mahkamah yang membicarakan kes dan pertuduhan terhadap DS Najib, gagal untuk membuktikan bahawa terdapat pembabitan tertuduh, sebaliknya condong kepada salah urus tadbir pihak di lapangan yang diberikan tanggungjawab dalam pengendalian pelaburan 1MDB.

DS Najib juga membangkitkan tuduhan liar Mahathir tehadapnya, sedangkan kes skandal Forex-BNM disapu ke bawah tikar.
Kata Najib dalam satu sesi tazkirah secara langsung di Facebook DS Anwar, “Kalau begitu siasat soal skandal Forex. Saya setuju. Saya tidak ada masalah dan halangan. Boleh siasat, yang penting tak curi satu sen. Saya tak ambil RM1 bilion, tak ambil tanah balak dan saya tak ambil saham. Itu penting. Kemudian nak siasat Forex ke, siasat 1MDB, silakan.”
DS Najib juga menggesa supaya kes yang digugurkan oleh Peguam Negara lantikan DAP, Tommy Thomas juga dibuka dan dibicarakan semula oleh Peguam Negara yang baharu.
Antara kes yang dipadamkan oleh Tommy Thomas ialah kes skandal Forex-BNM dari 1991-1994 semasa Mahathir berkuasa, yang sehingga kini tiada sesiapa didakwa atau didapati bertanggungjawab atas kehilangan dana yang begitu besar.
Selain itu, DS najib juga menggesa siasatan dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab atas usaha menyorok skandal tersebut daripada parlimen dan pengetahuan awam selama bertahun-tahun.

Dalam catatan di Facebooknya, DS Najib telah mempersoalkan adakah Mahathir bersetuju “skandal Forex-BNM” itu disiasat, dan dia musykil mengapa Anwar tidak mengadu selepas kerajaan PH menarik semula laporan polis dan mengklasifikasikan kes Forex-BNM sebagai NFA – “no further action” selepas PH memang PRU14 yang lalu.
Nampaknya Anwar bersetuju untuk meneruskan siasatan ke atas kes skandal Forex-BNM itu kerana ia melibatkan wang yang besar bersamaan dengan RM300 bilion atau 20% saiz ekonomi negara ketika itu.
Secara tidak langsung sebagaimana Barry Wain dan Lim Kit Siang canangkan ke seluruh dunia dalam buku mereka, Anwar juga ‘bersetuju’ agar Mahathir diheret ke mahkamah, kali ini bukan oleh Tommy Thomas, sebaliknya Peguam Negara, TS Idris Harun.
Sehingga kini seluruh negara tidak tahu ke mana hilangnya wang sebegitu banyak yang jauh lebih besar daripada kes 1MDB, siapa yang bertanggungjawab memberi kelulusan kepada BNM, dan siapa yang menyorok laporan BNM tentang skandal tersebut.
******
Memang tepat dan sesuai pada waktunya untuk siasatan dibuka semula untuk megetahui siapa sebenranya “Raja Kleptokrasi Malaysia”..! Alhamdulillah …
LikeLike
Terima kash atas pandangan yg amat rasional.
LikeLike
Rakyat terlalu suka memuja-muja pemimpin yang pandai membutakan mata dan memekakkan telinga rakyat. Apabila sudah terdedah rakyat tuntut keadilan supaya pemimpin sedemikian tidak dikecualikan daripada undang-undang.
LikeLike
Saya sangat2bersetuju Tun M diheret ke Mahkamah biarkan dia rasa diatas perbuat nya sendiri
LikeLike
Terima kasih atas pandangan puan yg terbuka
LikeLike
Demikianlah juga yang dituntut oleh kebanyakan rakyat. Terima kasih atas respons Pn Hajah.
LikeLike