(Video) ANGKA-ANGKA 111+ HANYALAH DONGENG WAYANG KULIT PH

Oleh Dr Mamat Desa

Akhir-akhir ini PH kelihatan lincah mendesak ahli-ahli parlimen (AP) supaya melompat parti bagi memperkukuhkan angka 111+ supaya mereka dapat merampas kuasa semula.

Tetapi mereka lupa dengan kata-kata Mat Sabu bahawa AP yang melompat parti adalah pelacur politik yang hina dan tidak bermaruah.

Anehnya dia sendiri melompat dari PAS ke PAN, parti anak luar nikah yang ditubuhkan oleh DAP.

23 FEB 2020 – MAHATHIR DAKWA ADA 130 AP

Pada 23 Feb 2020, ketika terbangkit kemelut rebutan jawatan PM antara Mahathir-Anwar, Tun Mahathir mendakwa dia mempunyai sokongan 130 AP, yang mewajarkannya diangkat sebagai PM.

Namun sebelum itu dia meragui sokongan AP terhadapnya, dan telah mengadap DYMM Agong serta meletakkan jawatannya sebagai PM.

DYMM Agong lantas mencemar duli dan membuat bancian, dan memilih TS Muhyiddin Yassin sebagai PM menggantikan Mahathir.

Tetapi perangai darah Kerala yang tebal dalam diri Mahathir tidak akan pernah berpuas hati dan mahu jawatan PM dikembalikan kepadanya.

Dia bukan sahaja menentang pelantikan TS Muhyiddin sebagai PM, namun dia juga menyatakan bahawa dia tidak suka kepada DAP mahupun Anwar.

Pastinya dia tidak mahu Anwar menghalang strateginya untuk mendapatkan semula jawatan PM daripada TS Muhyiddin.

28 FEB 2020 – ANWAR DAKWA PH ADA SOKONGAN MAJORITI AP

Pada 28 Feb, DS Anwar pula muncul dan mengatakan bahawa PH mempunyai majoriti untuk melayakkannya sebagai PM.

Kenyataan Anwar amat menggusarkan Mahathir, kerana dia tidak mahu Anwar pula yang memintas hasratnya untuk menjadi PM semula.

29 FEB 2020 – MAHATHIR ADA 113 SOKONGAN AP

Media melaporkan dua AP telah menafikan sokongan mereka terhadap Mahathir.

Malahan, media tiada maklumat tentang berapakah sebenar-benarnya jumlah AP yang menafikan sokongan mereka terhadap Mahathir, walaupun dia mendakwa mempunyai 113 sokongan AP.

1 MAC 2020 – MAHATHIR DAKWA DAPAT 114 AP

Pada 29 Feb dan tersebar pada 1 Mac, Mahathir sudah meroyan, dan dia mahu menyakinkan pihak istana, bahawa dia mempunyai sokongan 114 AP.

Namun Mahathir hanya membuat perkiraan rambang kerana ada beberapa AP yang menafikan sokongan mereka kepadanya.

28 MEI – MAHATHIR KATA 129 SOKONGAN AP

Pada 28 Mei, mungkin setelah pelbagai usaha membeli AP digerakkan, Mahathir mendakwa bahawa dia mempunyai 129 sokongan AP pula.

Jesteru, dia telah megusulkan ‘undi tidak percaya terhadap Muhyiddin’ yang dibawa ke sidang parlimen pada 18 Mei.

Walau bagaimanapun sidang parlimen tersebut hanyalah sekadar mempersembahkan Titah DiRaja bagi Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen setelah PN membentuk kerajaan pada Mac.

Walau bagaimanapun pada waktu itu Mahathir telah disahkan oleh ROS, sebagai bukan lagi ahli Bersatu.

Lantas bagaimanakah seorang PM boleh menerajui pentadbiran negara dengan hanya 4 orang ahli parlimen yang berada dalam ‘partinya’?

10 JUN 2020 – ANWAR DAKWA DIA ADA 107 SOKONGAN AP

Berbeza pula dengan jumlah 129 sokongan AP yang diumumkan pada 28 Mei, Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa dia mempunyai 107 sokongan MP.

Mungkin Anwar mahu menakutkan Mahathir dengan kiraan bahawa meskipun ada 129 sokongan AP, tetapi 107 daripadanya menyokong Anwar dan bukannya Mahathir.

Angka-angka 111+ itu digawatkan pula dengan berita “Dakwaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) sokong Tun M kembali berkuasa, kerja gila”

Justeru, kenyataan yang dibuat oleh GPS menunjukkan bahawa perkiraan sokongan AP terhadap PH telah dibuat secara rambang, tanpa ada hitam-putih untuk mengangkat kebolehpercayaan terhadap angka-angka 111+ itu.

Untuk menambah kekusutan dan kegelabahan Mahathir-Anwar dalam gerakan mereka ‘merampas kuasa’, timbul pula persoalan ‘Siapakah yang akan diangkat menjadi PM ke-9, Anwar atau Mahathir?’

12 JUN – TIADA KEPUTUSAN DAN KEBUNTUAN SIAPA PM PAKATAN HARAPAN

Kemelut siapakah yang akan diangkat menjadi PM ke-9 bagi kerajaan angan-angan Pakatan Harapan merupakan satu lagi krisis dalaman PH yang dikitar semula.

Ia seakan-akan mengulangi kemelut rebutan kuasa Anwar-Mahathir yang berlarutan ketika 22 bulan PH berkuasa.

Rasa loya bila memikirkan bahawa Mahathir akan diangkat semula menjadi PM ke-9 sekiranya ‘rampasan kuasa’ PH menjadi.

Anwar pula telah bertindak gelojoh menjual nama Raja-Raja Melayu dengan mendakwa bahawa dia mendapat perkenan istana untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan.

Gelagat Anwar yang menonjolkan dirinya sebagai penipu, sebagaimana yang rakyat ketahui selama ini, pastinya mengundang kemurkaan pihak istana yang dibabitkannya.

Orang kuat Mahathir pula, Marzuki Yahya dan Dr Maszlee Malek tetap tegar mahu Mahathir menjadi PM, manakala pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Ronnie Liu memilih Anwar.

Sama-sama lah kita tonton kisah dongeng daripada Tok Dalang yang mabuk kuasa dalam PH.

Namun kami pasti rakyat tidak akan berdiam diri dengan dongeng angka 111+ tersebut, kerana rakyat lebih rela PRU15 diadakan daripada membiarkan orang mabuk kuasa daripada PH diangkat menjadi PM.

*****

Advertisement

One thought on “(Video) ANGKA-ANGKA 111+ HANYALAH DONGENG WAYANG KULIT PH

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: