(Video) MAHATHIR ANIAYA DS NAJIB

Rakyat dan warganet pastinya masih ingat kisah menyanyat hati pada malam 16 Mei 2018 apabila kediaman DS Najib Razak digeledah oleh PDRM.

Bayangkanlah, enam buah kenderaan SUV PDRM, sebuah truck Black Maria, dan sembilan buah kenderaan PDRM dengan diiringi dua kereta peronda serta dua buah motosikal memasuki kediaman DS Najib Razak pada jam 10.15 malam.

DS Najib baharu sahaja pulang daripada Masjid Kg Baru menunaikan solat Terawih.

Tindakan pihak berkuasa, seakan-akan mahu menyerbu segerombolan pengganas, sebagaimana serangan pihak polis ke atas penduduk Memali pada 19 November 1985.

Tapi anehnya pihak yang menjadi buruan mereka hanyalah seorang pemimpin yang dikasihi rakyat, yang tidak bersenjata, kecuali bertongkatkan kebenaran, semangat dan kebergantungannya kepada Allah melalui kalimah “La haulawala quwataillah billah ilaziim,” “tiadalah daya kekuatan bagi hamba-Nya kecuali dengan perlindungan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung.”

Penggeledahan bukanlah dilakukan sepuluh minit atau dua puluh minit, malahan ia berlarutan sehingga melampaui tengah malam dan dilanjutkan sehingga ke esoknya.

Sedihnya apabila gambar DS Najib terbaring di atas sofa bersama isterinya, tertular. Masakan mereka boleh melelapkan mata di bilik tidur sekiranya bilik tidur juga menjadi sasaran penggeledahan.

Bagi pihak yang telah termakan fitnah dan pembohongan media, mereka gembira melihat mangsa fitnah Mahathir yang terkulai, hilang kekuatan dan menunggu apakah suratan nasibnya sama seperti peristiwa DS Anwar Ibrahim ditahan pada pukul 1 tengah hari, 20 September 1998 dengan kehadiran 15 buah kenderaan PDRM.

Hari ini rakyat terkejut dengan pengakuan kaldai PH-Mahathir-DAP yang mendedahkan gerakan memfitnah, menipu, dan membohongi rakyat dengan apa jua isu yang boleh memesongkan persepsi rakyat untuk membenci DS Najib dan kerajaan BN.

Dipetik daripada Blog Cungkil

Mahathir sejak sekian lama terus melalak bahawa DS Najib perompak, kleptokrasi, lanun Bugis dan macam-macam lagi label hina, seakan-akan dia mahu mempengaruhi pihak mahkamah dan rakyat.

Gelagat Mahathir dilihat melampau sehingga peguambela TS Shafee Abdullah mahu tindakan mahkamah diambil ke atas Mahathir yang kelakuannya mengandung unsur subjudis kepada perbicaraan yang sedang berlangsung.

Rakyat juga terkejut apabila bekas Peguam Negara TS Mohamed Apandi Ali mendedahkan bahawa dalang di belakang segala penganiayaan terhadap DS Najib Razak tidak lain dan tidak bukan, adalah Tun Mahathir.

Mahathir sebelum ini juga telah mendesak Tun Abdullah Badawi supaya menjadi bonekanya agar dia boleh campur tangan dalam hal pentadbiran negara.

Demikianlah juga dengan DS Najib yang menolak sama sekali campur tangan Mahathir dalam pentadbiran negara yang terus mahu menyuntik kronisme dan nepotisme sebagaimana dilakukannya selama 22 tahun dia berkuasa.

Mahathir telah mengarahkan pendakwaraya DS Gopal Sri Ram supaya memujuk TS Apandi pada Januari 2018 untuk komplot menangkap DS Najib di pejabatnya.

Mahathir telah mengatur segalanya dan polis di Putrajaya akan melakukan apa sahaja arahan Apandi yang pada ketika itu adalah Peguam Negara.

Malahan pihak ‘Hakim’ juga telah diarahkan supaya perintah tahanan reman dikeluarkan terhadap DS Najib.

Lantas Apandi bertanya Sri Ram, atas alasan apakah DS Najib hendak ditangkap?

Anehnya tiada jawapan tuntas daripada Sri Ram, sebaliknya hanya sekadar persepsi liar bahawa “rakyat kecewa dengan DS Najib”.

Apandi menolak agenda jahat Mahathir itu. Namun pada malam 16 Mei 2018 setelah PH menguasai Putrajaya, barulah kediaman DS Najib digeledah tanpa ada arahan Peguam Negara untuk menahannya.

Justeru pada 4 Jun 2018 setelah PH berjaya memperbodohkan rakyat pada PRU14, jawatan Apandi sebagai Peguam Negara ditamatkan Mahathir. Apandi digantikan dengan kaldai DAP, Tommy Thomas.

Hari ini dengan kehendak Allah kes 1MDB yang berpaksikan fitnah dan pembohongan Mahathir, masih berjalan walaupun PH sudah tumbang.

Rakyat pastinya berfikir bagaimanakah keadilan boleh ditegakkan dalam kes DS Najib sekiranya pendakwaraya adalah orang yang sama dalam komplot Mahathir untuk menganiaya DS Najib.

TS Apandi Ali juga berjanji ‘banyak lagi’ pendedahan yang akan dibuatnya atas segala komplot Mahathir untuk menganiaya Najib.

Lantas, adakah Sri Ram layak untuk menjadi pendakwaraya dalam kes DS Najib yang akan diketahui keputusannya pada Julai nanti?

Tidakkah terdapat kecenderungan di luar kes yang mengongkong minda dan tindakan pendakwaraya?

Kami bukan mahu mencabar prosiding mahkamah, tetapi kami hanya mempersoalan reliabiliti dan validiti pendakwaraya yang mengendalikan kes DS Najib.

Perkara utama yang kami juga ingin bangkitkan ialah penganiayaan Mahathir terhadap DS Najib yang kami percaya jauh mengelencong daripada isu 1MDB, sebaliknya mengendong kepentingan peribadinya sendiri.

*****

9 thoughts on “(Video) MAHATHIR ANIAYA DS NAJIB

Add yours

  1. Kata Adolf Hitler, pemimpin diktator German semasa Perang Dunia II : “Sesuatu pembohongan itu, jika diulang dan diulang kepada khalayak media, akhirnya pembohongan itu akan dipercayai benar. Lebih besar pembohongan itu, lebih signifikanlah kepercayaan ke atasnya.”

    Itulah Tun… Dia akan memekik dan menjerit kepada orang ramai… Pencuri.. Pencuri… Pencuri…ke arah Najib. Orang ramai pun kepung n tangkap Najib.. Tp mana barang yg dicuri..bila curi…kat mana curi..
    Tun berlalu pergi dgn senyum puas.. Tampa rasa berdosa sedikit pun…

    Like

  2. Mahathir ni bkn saja pakar politik tp pakar segala2nya. Sesiapa saja yg x setuju dgnnya akan menjadi mangsanya. Satu persoalan yg menarik perlu dijawab mahathir…knp dia lantik Zahid Mat Arip sbg setpol nya sdgkan zahid terpalit dgn isu FELDA?.

    Like

  3. Kan Mahathir pernah cakap ketika berucap ketika dulu,msa tu dia da bsara ,x ingt sape pm. Msa tu Pak lah or Najib…dia kata Anwar x salah apa2 tp saya bkuasa apa pun saya boleh buat,kemudian d susuli tepukan dan ketawa hadirin..sy tonton dkt YouTube.x pasti klu video bkenaan telah d pdm…Dr ucapan tun ketika itu ada kmungkinan Najib turut d plakukan spt kes Anwar dulu…smoga Allah mperlihatkn kebenaran kes Najib ini dan rakyat sedar n nmpak keburukan politik d negara kita…smoga tun panjang umur agar dpt lihat Kekuasaan Allah mengadili org yg di zalimi andainya semua ini adalah perbuatan Tun….insyaAllah amin

    Like

    1. Terima kasih Sdr Hasruddin.
      Ia membuktikan Mahathir sebagai diktator yg mnggunakan kuasa wewenangnya.
      Pemimpin begini akan dikutuk rakyat dan dunia seluruhnya.
      Allah Maha Adil. Kita tunggu dan lihat apa suratan Allah padanya. Namun sebagai rakyat yg bertanggungjawab kita harus saling ingat-mengingatkan.

      Like

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑