ANWAR, JIKA KAMU HENDAK MENIPU SEKALIPUN, JANGANLAH LIBATKAN RAJA-RAJA MELAYU!

Oleh Dr Mamat Desa

Beberapa hari lalu, khalayak media terkejut apabila tertular berita bahawa DYMM Sultan Johor telah memberi perkenan supaya Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim untuk “merampas semula pentadbiran kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN).”

Selari dengan itu, kami telah dihubungi oleh rakan-rakan penganalisis untuk mengesahkan keesahan berita tersebut namun tidak berani memberi komentar kerana ia membabitkan kenyataan istana Johor dan juga Pahang.

Namun langkah terbaik kami adalah tunggu dan lihat. Kami syak inilah satu lagi ‘psywar’ atau perang saraf Anwar untuk menarik sokongan ahli parlimen supaya memberikan sokongan kepadanya.

Kenyataan kononnya DYMM Sultan Johor memberi perkenan kepada Anwar telah disahkan sendiri olehnya sebagaimana laporan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard) ketika dia berjumpa Anwar pada Rabu, 3 Jun.

Anwar bersungguh-sungguh menyatakan keyakinannya bahawa Sultan Johor telah mencemar duli menghubunginya supaya dia terus berusaha mengambil alih kerajaan dengan syarat ‘kerajaan baru itu wajib tanpa Mahathir.’

Lebih daripada itu Anwar juga menyatakan bahawa Pemangku Sultan Pahang, DYM Tengku Hassanal juga memberi perkenan kepadanya setelah dia menjelaskan situasi semasa sokongan majoriti ahli parlimen terhadapnya.

Anwar juga cuba meyakinkan khalayak dengan kenyataannya bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM, DS Azam Baki juga telah menghubunginya beberapa kali (sebagai sokongan).

Empat hari lalu beberapa rakan pula menelefon saya dan memaki-hamun Anwar kerana sudah terdedah dan tertular pula berita ‘Sultan Johor perkenan Anwar terajui Kerajaan’ sebagai satu dongeng dan pembohongan yang amat menjengkelkan.

Hari ini, 11 Jun MYKMU yang memetik laporan SuaraTV, mendedahkan bahawa DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ’terganggu’ dengan kenyataan palsu Anwar Ibrahim dan penipuannya bahawa baginda telah memberi perkenan kepadanya untuk mengambil alih kuasa pentadbiran negara.

Isu merampas semula kuasa pentadbiran ini telah dimomok-momokkan oleh PH pada hujung Mei lagi, apabila Mahathir dilaporkan sudah mempunyai 129 ‘akuan bersumpah’ ahli parlimen yang membentuk jumlah majoriti penyokong kepada PH.

Kontradik kepada kenyataan Mahathir itu, Anwar telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan bahawa “Ini bukanlah masa yang tepat untuk negara sekali lagi berhadapan dengan sunami politik. Ini semu kerja gila.”

Kenyataan 129 sokongan yang membentuk sokongan majoriti terhadap PH adalah di luar pengetahuan Anwar, malahan bagi Anwar adalah ‘cerita gila’.

Nampaklah sangat bahawa puak PH, baik Mahathir mahupun Anwar kini cuba untuk menunjukkan bahawa masing-masing mempunyai sokongan untuk melayakkan mereka berdua menjadi Perdana Menteri.

Sayangnya mereka berdiri atas pentas pembohongan dan fitnah yang kini dilontar terhadap Raja-Raja Melayu.

Tabiat berbohong dan menipu, serta janji palsu Anwar turut disahkan oleh bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari yang mendakwa “Anwar mula berbohong apabila dia mula membuka mulutnya.”

Segalanya seperti tayangan semula ‘wayang PH’ sebelum dan semasa PRU14 yang menipu rakyat dengan fitnah, janji palsu, pembohongan dan manifesto mereka yang setaraf dengan kertas tisu tandas untuk bangsa DAP mencalit najis.

*****

Advertisement

4 thoughts on “ANWAR, JIKA KAMU HENDAK MENIPU SEKALIPUN, JANGANLAH LIBATKAN RAJA-RAJA MELAYU!

Add yours

  1. Anuar ini dah mula ikut Tok Mahadir nak guna Raja2 pula buat sokongan minta PDRM siasat segera sebap Raja2 kita tidak tahu menahu tentang perkara ini dan tidak masuk campur urusan Pati2 cuma mereka mahu Negara dan Rakyat seniantasa berada dalam keadaan yang baik dan negara Malaysia aman

    Like

  2. Aslmmualaikum kpd yg brugama islam,salam sejahtera kpd yg lain2
    Sya meminta makamah raja2 Melayu mengambil tindakan terhadap pengiat politik kita yg mengaitkn nama raja2 melayu utk meraihkn sokongan rakyat.Dn sya percaya dn yakin sekiranya belaku kepincangan dlm pentabiran beliau dgn mudah juga beliau menolak dn menyalahkn sultan dn raja2 melayu kononnya yg memberi restu dn menyokong beliau dlm tindak tanduk pebuatan beliau..
    Sekali lagi sya yg maseh taat dn setia pd rajs2 melayu.Agar raja2 melayu mengambil tindakan pada pihak2 yg mengunakan nama raja dn sultan utk menjln angenda politik mereka.
    Kerana keputusa atau titah raja2 kita adalh satu keputusan yg telah ditimbang dn dihalusi dari segenap sudut.
    Jgn sewenang2nya mengunakan nama2 raja atau sultan dlm pembohongan atau agenda politik negara..
    Ampunkn patik tuanku,
    Patik x rela tgk org merpemainkn nama raja yg kami sayangi dh hormati dgn sewaneng2nya.
    Mohon dipetimbangkn oleh,Majlis raja2 Melayu kita.
    Hidup melayu bemaruah.Insaallah

    Like

    1. Terima kasih atas seruan dan pandangan Sdr Azroy.
      Harap dapat dipepanjangkan kepada pihak Raja-Raja Melayu.
      Kami hanya ada akses kepada warganet, malangnya kami tiada akses kepada istana Raja- Raja Melayu.
      Kami berharap ada yang bantu kita nanti.

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: