(Video) KHALID SAMAD NAIK MINYAK BILA TS MUSA AMAN DIBEBASKAN

Bagaikan gajah jantan naik minyak kerana tiada seekor pun betina yang mahu melayani nafsunya, begitulah juga gelagat Khalid Samad, apabila mahkamah membebaskan TS Musa Aman daripada pendakwaan.

Khalid seperti mencabar keputusan Mahkamah Tinggi ketika dia mencatatkan “Bukan bisu, pekak atau buta tetapi berakal dan waras. Saya tahu takde kes. Semuanya telus. Hanya didakwa atas sebab politik.”

Kenyataan Khalid itu jelas menghina mahkamah atau ‘contempt of court’ kerana dari aspek semantik dia menyarankan bahawa terdapat kes-kes yang dipengaruhi oleh tekanan politik.

Dia menambah bahawa dalam kes Musa Aman, “dia tahu memang ada kes, tetapi atas politik juga ditarik balik kes.”

Maksudnya Khalid membidas dan mencabar mahkamah kerana keputusan hakim telah dipengaruhi campur tangan politik.

Walau bagaimanapun sebagaimana musang yang cilik, dan hipokrit, dia cuba menyelamatkan diri dan mengelakkan tindakan balas ke atasnya apabila dia mencatatkan, “Teguran bukan terhadap mahkamah tetapi yang gila nak jadi PM.”

Siapakah yang maksudkan “gila nak jadi PM”?

TS Muhyiddin sudahpun ditabal menjadi PM, dan bukan lagi hendak jadi PM.

Orang yang gila nak jadi PM ialah Mahathir. Mahathirlah yang dilihat oleh rakyat dan seluruh dunia yang gila nak jadi PM.

Belum puas menjadi PM ke-4 selama 22 tahun, nak jadi PM ke-7, 22 bulan, PM Interim 2 hari, dan kini nak jadi PM ke-9 pula. Adakah dia takut kontrak dan kekayaan kaum keluarga hasil daripada nepotisme dan kronisme dibongkar satu-persatu?

Malah peguam tersohor, TS Shafee Abdullah sudah memberi amaran bahawa sudah sampai masanya Mahathir diheret ke mahkamah kerana kenyataan-kenyataan subjudis yang mengganggu proses perbicaraan.

Khalid buta untuk membuat ‘homework’ tentang kes TS Musa Aman yang didakwa berhubung pengubahan dana di luar negara yang berlaku antara 2004 hingga 2008.

Kes TS Musa tidak pernah didakwa di luar negara walaupun dakwaan kes itu berlaku di luar negara dan bukan di Malaysia.

Pihak anti-rasuah Hong Kong (ICAC) telah banyak kali menjawab dan memberi respons kepada kerajaan Malaysia, termasuk kerajaan huru-hara PH bahawa tiada kes yang boleh didakwa ke atas Musa mengenai pengubahan dana berkenaan sebagaimana yang dibawa ke mahkamah.

Sehingga awal tahun ini (2020) ICAC tetap tekal dengan keputusannya bahawa tiada unsur kesalahan berhubung kes TS Musa walaupun diasak dengan soalan yang sama oleh pihak SPRM dan pendakwaraya.

Jadi, apakah lagi yang hendak diperbicarakan?

Semuanya didesak oleh Peguam Negara lantikan politik PH, iaitu Tommy Thomas.

Lantas ia membangkitkan lagi sikap bodoh dan bebal Khalid, atau sememangnya dia buta seperti yang dia sendiri sarankan.

Jabatan Peguam Negara juga telah memaklumkan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas Musa Aman kerana sokongan afidavit Gani Patail pada 5 Jun 2020 yang juga merupakan bekas Peguam Negara.

Khalid sebagai politikus rakus PH tidak pula mahu mencabar kenyataan Hakim yang eksklusif menjelaskan mengapa pendakwaan ditamatkan.

Nampaknya Khalid yang pernah dilabelkan sebagai ‘tidak siuman,’ ‘ahli parlimen Carlsberg,’ dan ‘broker tanah Kg Baru’ telah menembak pemimpin puaknya sendiri, dan tanpa sedar dia juga menghina mahkamah.

Kontradiknya, Khalid gagal melihat konspirasi daripada Ketua Menteri Sabah, DS Shafie Apdal dan anak saudaranya ke atas kes TS Musa Aman.

Dimuat naik daripada YouTube

Khalid juga gagal untuk menyelidik siapakah di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan TS Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah pada Mei 2018 seelok-elok selepas PRU14. Sila rujuk video yang dimuat naik di atas.

Mengapakah Khalid tidak melalak apabila 15 kes digugurkan begitu sahaja oleh Tommy Thomas ketika PH berkuasa.

Tidakkah kes ‘pembunuhan panggota Bomba Adip Kassim’ satu campur tangan politik? Tidakkah kes ‘pemimpin DAP yang bersekongkol dengan pengganas antarabangsa LTTE’ juga campurtangan politik? Bagaimana pula dengan kes ‘terowong bawah laut’ dan ‘pembelian banglo murah atas dasar kronisme’ yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng?

Malahan rakyat dan pengamal undang-undang melabelkan undang-undang era PH sebagai undang-undang rimba.

Banyak lagi yang Khalid bebal ini boleh melalak tetapi dia menjadi bisu, pekak dan buta apabila kes-kes berkenaan melibatkan konco-konco PH-DAP kerana dia hanyalah kaldai DAP.

*****

4 thoughts on “(Video) KHALID SAMAD NAIK MINYAK BILA TS MUSA AMAN DIBEBASKAN

Add yours

    1. Apa yang dimaksudkan ialah dalam artikel tersebut ada sisipan video yg berkaitan dengan isu. Sebab itu kami letakkannya dalam kurungan. Jika saudara baca, saudara akan temui video tentang kes TS Musa Aman.
      Jika kami bermaksud video Khalid maka tidak perlulah kami masukkan kosa kata itu dalam kurungan.
      Walau apapun fahaman dan persepsi pembaca, video itu ada kerelevenannya dengan isu yang dikendong artikel tersebut.
      Harap saudara faham.

      Like

  1. Yg gila nk jadi pm bkan tun m,tetapi ds anuar ibrahim yg gila nk jadi pm,harap penulis ni teliti dulu sebelum menulis.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: