
Oleh Dr Mamat Desa
Banyak teori berlegar untuk menjawab kelicikan Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang bermula dengan kes kehilangan RM250 ribu yang disimpan dalam peti besi di rumahnya sendiri pada Mac lalu.

Kami tidak mahu menggangu siasatan polis kerana kes ini sedang dalam siasatan, namun persoalan yang dibangkitkan oleh laporan Saddiq sendiri membangkitkan persoalan yang amat signifikan kepada gejala penyelewengan dana dan rasuah pemimpin muda Bersatu ini.

Mengapakah ia terbangkit setelah kerajaan PH tumbang?
Adakah ia merupakah langkah untuk menyorokkan wang yang sedemikian banyak setelah PH ketiadaan tempat selamat untuk menyimpannya? Mengapakah Saddiq tidak menyimpannya di dalam bank? Adakah Saddiq takut jika dipersoalkan oleh pihak Bank Negara, dari mana datangnya wang yang mendadak sebanyak itu?
Apatah lagi setelah Tommy Thomas sudah tiada untuk membantu Saddiq dan pemimpin PH.
Saddiq yang terkenal dengan watak emosional itu juga pernah melemparkan kehinaan terhadap pemimpin UMNO-BN setelah PH tumbang Februari lalu.
Saddiq mendakwa pemimpin UMNO adalah perasuah (pastinya dia merujuk kepada kes 1MDB) yang dikatakan telah tersebar ke seluruh dunia dan memalukannya sebagai rakyat Malaysia.
Ironinya yang menyebarkan isu 1MDB ke luar negara adalah orang kuat Tun Mahathir sehingga dikatakan sanggup membayar tokoh DOJ Amerika Syarikat berjuta ringgit untuk mengotorkan nama pemimpin negara, supaya rakyat menolak BN semasa PRU14.

Sebaliknya kes tersebut masih lagi dalam perbicaraan yang tiada langsung sabitan rasuah terhadap mana-mana pemimpin UMNO-BN.
Ia lebih dilihat sebagai manipulasi dan putar-belit media untuk mengotorkan nama pemimpin UMNO dan lantas bertujuan membunuh karekter politik (character assassination) yang tidak mahu dijadikan kaldai dan boneka Mahathir.
Terkini, terdedah pula kes RM120 ribu yang dimasukkan ke dalam akaun ASB Saddiq, sebagaimana yang didedahkan oleh Lokman Adam.
Lokman Adam telah mengeluarkan kenyataan bahawa Syed Saddiq mendakwa wang RM120 ribu tersebut adalah sumbangan rakyat kepada Armada.

Kontradiknya dalam perlembagaan parti Bersatu, hanya Setiausaha Agung sahaja yang dibenarkan menyimpan wang sumbangan, itupun tidak melebihi RM50 ribu.
Wang sumbangan rakyat kepada Armada dikatakan berjumlah RM900 ribu dan RM120 ribu telah dimasukkan ke akaun ASB Saddiq. Ke mana perginya yang lain?
Wang yang dimasukkan ke akaun Presiden UMNO daripada kerajaan Arab Saudi tempoh hari telah dikatakan sebagai budaya kerajaan Arab Saudi memasukkan sumbangan mereka terus ke akaun peribadi pemimpin negara.
Ada juga yang mendakwa ia sebagai fardu zakat daripada kerajaan yang kaya itu terhadap negara-negara Islam demi membangunkan negara dan mempertahankan kuasa pemimpin Islam.
Tetapi dalam kes Saddiq ini, siapakah yang memasukkan RM120 ribu ke akaun ASB-nya?

Walau apapun motif kes kehilangan wang RM 250 ribu milik Saddiq, khalayak media dan rakyat tertanya-tanya adakah kehilangan wang yang disimpan dalam biliknya itu semata-mata merupakan langkah Saddiq untuk mengalih kes skandalnya dengan seorang wanita cantik?
Ini adalah isu moral yang jijik, yang dipersepsikan khalayak melibatkan hubungan seksual luar nikah. Ia menjadi lebih jijik apabila ia melibatkan bekas Menteri Belia dan Sukan yang masih muda dan menjadi ikon kepada generasi muda negara.

Ketua Pemuda UMNO Datok Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas penghinaan Saddiq terhadap UMNO setelah PH tumbang pada 28 Feb 2020 tempoh hari.
Kenyataan Saddiq terhadap UMNO adalah tuduhan-tuduhan yang hanya berdasarkan ‘mahkamah media’ dan tiadapun sebarang sabitan dalam kes yang sedang dibicarakan itu.
Walau apapun tuduhan terhadap kepimpinan UMNO, peguambela TS Shafee Abdullah yakin bahawa tiada hujah dan bukti yang berasas dan kukuh untuk menuduh ‘anak guamnya’ telah melakukan penyelewengan dana dan rasuah. Malahan terdapat banyak keraguan daripada pihak pendakwaraya.
Datok Dr Asyraf Wajdi membidas Saddiq, “Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah.”
Apa yang rakyat dan khalayak media lihat sekarang adalah ludah Saddiq yang telah jatuh ke mukanya sendiri.
*****
Tinggalkan Jawapan