(Video) GUAN ENG MIMPI LANGGAN PELACUR POLITIK

Oleh Dr Mamat Desa

Presiden Amanah, Mat Sabu yang pernah digelar ‘Menteri Pertahanan Terbodoh Dunia’, pernah memberi ceramah bahawa ahli politik yang boleh dibeli diumpamakan sebagai pelacur.

Dimuat naik daripada YouTube

Jelas sekali dalam hal ini Mat Sabu tidaklah ‘bodoh’ seperti yang dilabelkan kerana pandai menilai ahli politik yang dikatakannya ‘berintegriti dan ada digniti’ atau lebih mudah dalam bahasa ibunda disebut ‘bermaruah’ berbanding yang tidak bermaruah kerana ‘melompat parti’.

Selari dengan hujah-hujah Mat Sabu itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng beberapa hari lalu telah memuatnaik tanggapannya dalam sindiran bahawa ada ‘burung kenyalang’ yang hinggap di hadapannya.

Bagi Guan Eng ia satu petanda bahawa ‘harapan akan terus bersinar untuk Malaysia Baharu’.

‘Malaysia Baharu’ bagi rakyat adalah Malaysia yang haru-biru, celaru dan huru-hara apabila sistem perundang-undangan dilacuri dan dinodai oleh Peguam Negara lantikan DAP yang menjadikan pentas undang-undang negara sebagai undang-undang rimba.

Malaysia baharu Lim Guan Eng itu juga adalah Malaysia yang tertegak melalui pembohongan, fitnah, penipuan dan janji palsu yang berjaya memperbodohkan pengundi pada PRU14.

Daripada mesej Twitternya, amat mudah diterjemahkan bahawa Guan Eng mahu menyatakan bahawa terdapat Ahli Parlimen dari Sarawak yang akan melompat parti, sebagaimana hujah Mat Sabu, ‘pelacur politik yang mudah dibeli’.

Dimuat naik daripada Twitter

Tanggapan Guan Eng juga dilihat sebagai respons terhadap kenyataan Tun Mahathir bahawa PH telah mendapat sokongan daripada ahli parlimen GPS atau Gabungan Parti Sarawak untuk memperkukuhkan usul ‘undi tidak percaya’ yang akan menjatuhkan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, menegaskan bahawa “Ahli-ahli Parlimen Sarawak tidak semudah apa yang difikirkan oleh mereka. Kita bertamadun dan kita tidak mudah digugat.”

Itulah antara reaksi Abdul Karim terhadap kenyataan Mahathir dan dongeng yang cuba dibina oleh Lim Guan Eng.

Kontradik dengan kenyataan Mahathir dan dongeng Guan Eng, Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang telah keluar daripada Pakatan Harapan dan kini bersama-sama dengan GPS untuk menentang usaha Mahathir menjatuhkan kerajaan PN.

Kerajaan ‘22 bulan PH’ bukanlah jatuh kerana pengkhianatan TS Muhyiddin Yassin atau rampasan kuasa sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pemimpin PH, sebaliknya ia adalah manifestasi Mahathir sendiri yang tidak tahan dengan tekanan konco-konconya supaya dia menyerahkan kuasa kepada DS Anwar Ibrahim, bekas banduan kes sodomi.

Malahan Anwar kini sedang menghadapi kes ‘kesahihan Lembaga Pengampunan’ terhadapnya dan pembebasannya dari penjara.

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mencabar Lembaga Pengampunan dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan nasihat yang diberikan kepada DYMM Agong oleh lembaga tersebut pada 16 Mei 2018.

Mohd Khairul Azam mempersoalkan komposisi Lembaga Pengampunan ketika itu yang didakwa ditubuhkan secara salah dan tidak menepati keperluan undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sekiranya tuntutan peguam tersebut disahkan benar oleh mahkamah maka Anwar akan kehilangan statusnya sebagai ahli parlimen.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: