(Video) RED BEAN ARMY: MUSUH NEGARA SETARAF SUBVERSIF KOMUNIS

PRU-14 Mei 2018, telah membuktikan betapa fitnah, kempen kebencian, pembohongan, janji palsu telah mempengaruhi jiwa dan minda rakyat sehingga mereka memberikan mandat kepada parti yang penuh huru-hara dalam sejarah negara.

Gerak kerja fitnah, kempen kebencian, pembohongan, dan janji palsu itu adalah sebahagian daripada agenda ‘Red Bean Army’ (RBA) atau tentera pemfitnah DAP yang diwujudkan untuk mempengaruhi jiwa dan minda rakyat, terutamanya pengundi muda, melalui media sosial.

Gerakan RBA itu saling tidak tumpah sebagaimana gerakan subversif komunis yang mahu kuasa politik negara jatuh ke tangan pihak cauvinis Cina.

Lihat sahaja pembohongan yang lewah pada PRU14 tentang GST yang dikatakan menghimpit rakyat, sedangkan penolakan GST adalah agenda taikun-taikun Cina untuk menipu kerajaan dari aspek pembayaran cukai.

Mereka lebih suka kerajaan mengguna pakai SST kerana terdapat ketirisan yang boleh mereka gunakan untuk mengelakkan cukai.

Lebih 160 buah negara di seluruh dunia telah mengguna pakai GST yang dimomok-momokkan oleh RBA sebagai satu bencana kepada rakyat. Cukai GST hanya 6% sedangkan pelaksanaan SST yang didongengkan sebagai membantu rakyat adalah 16%.

Penipuan ini dibuktikan sendiri oleh PM yang amat tidak bertanggungjawab dan merupakan boneka DAP, apabila dia sendiri hairan mengapakah dengan SST harga sayur Cameron Highlands naik 650%.

Banyaklah lagi senarai penipuan dan pembohongan yang dimainkan oleh RBA ini yang dipertahankan oleh PH semasa kempen PRU14.

Perkara yang menyedihkan ialah apabila RBA dan konco-konconya dalam kepimpinan tertinggi PH memfitnah bahawa hutang negara adalah RM1 trilion yang boleh menghumban negara kepada kebangkrapan.

Anehnya Tun Mahathir masih menghebahkan fitnah tersebut sehinggalah Lim Guan Eng mendedahkan semasa pembentangan Bajet 2019 bahawa hutang negara ketika BN berkuasa hanya RM686 bilion, suatu normaliti hutang negara yang berkadar sekitar 50% berbanding KDNK. Jepun misalnya berhutang sebanyak USD 3.59 trilion dengan kadar 224% berbanding KDNK manakala US, Peranchis, Belanda, dan banyak lagi berhutang hampir 100% berbanding KDNK.

Hipokrinya mereka apabila PH memerintah hanya selama 22 bulan sahaja, hutang negara meningkat hampir RM1 trillion, sedangkan hutang terdahulu tidak luak langsung.

Orang kuat dan penasihat Tun Mahathir sendiri, Datuk Kadir Jasin telah menyalahkan para menteri PH sebagai tidak tahu menjalankan tugas.

Bagaimanakah mereka boleh menjalankan tugas sekiranya mereka memperoleh mandat rakyat melalui fitnah, pembohongan dan penipuan.

Secara kasarnya Red Bean Army adalah balaci-balaci DAP yang diupah dan ditugaskan untuk menabur fitnah, pembohongan, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu dan agama Islam, menghebahkan dasar dan janji-janji palsu PH, untuk mempengaruhi masyarakat melalui media sosial terutamanya FB.

YouTube- Membongkar apakah ‘pejuang siber DAP’ yang digelar “Red Bean Army”.
Segala rencana jahat mereka telah didedahkan oleh Shen Yen Aun, Bekas Pemimpin Pemuda DAP.

Meskipun majoriti antara mereka adalah terdiri daripada kaum bukan-Melayu tetapi mereka menyamar dengan menggunakan nama Melayu untuk mengelabui pengguna media sosial supaya agenda mempengaruhi kaum Melayu berjaya mencapai sasaran.

Bayangkan apabila seorang RBA mempunyai puluhan identiti FB, dengan menggunakan puluhan telefon bimbit dan diupah antara RM3000-RM7000 sebulan tanpa payrol.

Pemimpin DAP semasa PH berkuasa pernah memperakui bahawa mereka telah membiayai 1,430 pusat ‘Red Bean Army’ di seluruh negara dengan bajet perbelanjaan RM10 juta kerana mereka tahu tentang pengaruh media sosial kepada rakyat terutamanya pengundi muda.

Bayangkanlah sekiranya seorang RBA mengendalikan lebih 65 identiti FB dengan menggunakan puluhan telefon bimbit untuk menyebarkan fitnah dengan ribuan maklumat palsu, fitnah dan pembohongan dalam media sosial, pastinya sedikit-sebanyak minda dan jiwa mangsa pasti terpengaruh.

Gerakan RBA ini bukanlah satu gejala media sosial yang baru wujud tetapi ia telah digerakkan sejak tahun 2006 sebelum PRU12 lagi.

Menjelang PRU14 mereka sudah pun bertapak secara terancang mengikut zon dan negeri di seluruh negara.

Sekiranya ada blog yang cuba mempertahankan kebenaran, Raja-Raja Melayu, agama Islam, hak dan keistimewaan kaum Melayu-Bumiputera sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan, maka RBA akan menjadikan mereka sebagai sasaran serangan.

Lebih daripada itu mereka juga menyerang institusi Raja-Raja dan menyuntik konsep negara republik sebagaimana DAP meracuni pelajar mereka dalam ‘Sekolah Demokrasi’ ciptaan mereka.

Selain itu, mereka juga cuba memperjuangkan pluralisasi agama, liberalisme sosial, LGBT, dan pemurtadan umat Islam atas alasan mempertahankan hak asasi manusia.

Mereka sebenarnya telah berjaya mencapai matlamat untuk memecah-belahkan kaum Melayu apabila kuasa politik Melayu telah berjaya dipecahkan kepada UMNO, PAS, PAN, PKR dan PPBM.

PAN ditubuhkan sebagai alternatif kepada PAS dan PPBM  ditubuhkan sebagai alternatif kepada UMNO atas saranan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang.

Pada 2013 Gabungan NGO Islam yang diketuai oleh Datuk Nadzim Johan, pernah menggesa kerajaan supaya menubuhkan RCI (Suruhanjaya Siasatan Di-Raja) untuk menyiasat kegiatan Red Bean Army yang didapati aktif menularkan mesej berbaur hasutan dan fitnah yang boleh memberi dampak menggugat keamanan dan integrasi nasional.

Malangnya tiada tindak balas kerajaan terhadap gesaan tersebut sehinggalah pada PRU14 kerajaan BN tumbang kerana fitnah, pembohongan dan janji palsu PH.

Kini PH dan DAP telah tersungkur, setelah negara diperintah oleh kerajaan huru-hara selama 22 bulan.

Adakah kini RBA sedang digerakkan semula untuk menghina institusi Di-Raja, hak dan keistimewaan kaum Melayu-Bumiputera, kedudukan agama Islam dan mendesak secara halus untuk mewujudkan negara republik?

Hanya rakyat yang waras dan tidak mudah dipengaruhi oleh RBA sahaja yang tidak akan termakan dengan hasutan mereka.

*****

Advertisement

One thought on “(Video) RED BEAN ARMY: MUSUH NEGARA SETARAF SUBVERSIF KOMUNIS

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: