Lima pemimpin Bersatu yang dikepalai oleh Tun Mahathir dilaporkan mendakwa TS Muhyiddin bertindak seperti ‘diktator’.

Hakikat ini sungguh melucukan, kerana selama ini satu dunia mengiktiraf Mahathir sebagai diktator.
Lihat sahaja senarai yang disediakan oleh Ranker dan Fandom; Mahathir adalah salah seorang yang disenaraikan sebagai ‘World Famous Dictators’.

Sejarah juga telah menunjukkan bagaimana pemimpin diktator yang lewah dengan pendekatan autoritarian telah bertindak menjatuhkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, PM Malaysia pertama.
Diktator itu juga telah menggerakkan media yang akur padanya untuk menjatuhkan Tun Hussein Onn, dan kemudiannya Tun Abdullah Badawi sebagai PM Malaysia.
Dia lupa dengan sikap diktatornya dia telah memecat DS Anwar Ibrahim sebagai Timbalan PM pada 1998, hanya kerana DS Anwar mahu memperbaiki sistem pentadbiran yang penuh dengan kronisme, nepotisme dan kolusi (salah guna kuasa).
Hari ini sikap diktatornya masih tebal apabila saban hari dia memburukkan nama DS Najib Razak, meskipun telah berjaya menjatuhkan DS Najib sebagai PM.

Mangsanya yang berikut adalah PM terkini, TS Muhyiddin Yassin. Dia telah mengisytiharkan kepada media bahawa dia akan sedaya-upaya menjatuhkan TS Muhyiddin Yassin pula meskipun sebelumnya dia berjanji akan menyokong TS Muhyiddin sekiranya dia (Muhyiddin) dilantik sebagai PM.
Jauh daripada itu, Mahathir sendiri mengaku bahawa dia adalah diktator.

Isu TS Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu memecat Mahathir sebagai ahli Bersatu tidak wujud sama sekali, kerana dalam suratnya yang sudah tersebar sehingga ke istana DYMM SPB YDP Agong, dan telah diperpanjangkan ke pejabat ROS, Mahathir dengan sendirinya dan secara peribadi tanpa dipaksa telah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu.

Hakikat yang ditunjukkan oleh Mahathir dan empat konconya semasa persidangan Parlimen 18 Mei, membuktikan bahawa mereka bukan lagi ahli Bersatu.
Kelima-lima mereka ini telah memilih untuk keluar daripada blok Kerajaan yang diketuai oleh Bersatu, dan sebaliknya telah duduk pada blok Pembangkang.
Pelajar darjah Enam sekolah rendah pun tahu, jika kamu memakai jersi pihak lawan dan berada di sebelah pihak lawan dalam gelanggang, maka sahlah kamu adalah pemain pihak lawan, walau bagaimana sekalipun permainan kamu.
Di sini tidak perlu hendak didebatkan, kerana Mahathir dan konconya itu sememangnya pandai berdebat. Cuma kami ingin berkongsi apa yang telah dihuraikan oleh Dr Kamarul Yusoff, seorang pensyarah kanan dan penganalisis politik, sebagaimana berikut:


*****
Tinggalkan Jawapan