(Video) LIM GUAN ENG AKAN DIHERET KE MAHKAMAH

Seelok-elok PKP dilonggarkan, beberapa Bahagian Angkatan Anak Muda (ARMADA) PPBM Selangor dan Wilayah Persekutuan, telah membuat laporan polis semalam ke atas bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan sekongkolnya bekas Peguam Negara, Tommy Thomas kerana salah guna kuasa dalm kes membatalkan pembekuan akaun ahli perniagaan yang merupakan kroni DAP.

Meskipun tindakan ARMADA wajar dipuji, namun ia dilihat agak aneh, kerana semasa PH berkuasa, tiada pula mereka membuat laporan polis, apabila terbangkit banyak isu salah guna kuasa oleh Peguam Negara, mahupun Lim Guan Eng.

Rakyat tidak pula melihat ARMADA membuat aduan atas kes pembebasan orang-orang yang disyaki membunuh anggota Bomba, Muhamad Adib Mohd Kassim, kes pembebasan pemimpin DAP dalam penglibatan mereka dengan pengganas LTTE, kes rasuah pembelian banglo dengan harga rendah oleh Lim Guan Eng apabila pemilik banglo itu mempunyai kepentingan dalam kerajaan Pulau Pinang, kes rasuah terowong bawah laut, dan banyak lagi kes yang cuba disembunyikan dan ditutup oleh Tommy Thomas.

Penyalahgunaan kuasa oleh Tommy Thomas yang bertindak atas arahan Lim Guan Eng ketika PH berkuasa, bukanlah perkara aneh ketika PH berkuasa, kerana Tommy telah memperakui bahawa jawatan Peguam Negara yang diberikan kepadanya adalah atas lantikan politik.

Malahan Tommy pernah memperakui bahawa dia tidak boleh menderharkai pihak kerajaan yang melantiknya sebagai Peguam Negara.

Prinsip sedemikian tidak akan menegakkan sistem perundang-undangan negara sebagai bebas dan saksama kepada pihak yang dibicarakan.

Perkara yang amat kotor dan jijik adalah fakta bahawa Tommy Thomas adalah peguambela Lim Guan Eng dalam kes rasuah pembelian banglo daripada pembeli yang ada kepentingan dalam projek kerajaan DAP Pulau Pinang.

Lantikan Tommy Thomas telah meletakkan sistem kehakiman negara dalam keadaan yang amat jijik dan kotor dalam sejarah Malaysia sehingga ada yang menterjemahkannya sebagai ‘Undang-undang Rimba’ atau ‘Law of the Jungle’.

UNDANG-UNDANG RIMBA – TOMMY THOMAS DIDESAK LETAK JAWATAN – KOREK ...
Dipetik daripada Blog Cungkil

Bukan itu sahaja, malahan Ketua Suruhanjaya SPRM juga merupakan lantikan politik oleh pihak PH, supaya mudah bagi mereka menutup kes-kes rasuah yang melibatkan pemimpin PH, sebaliknya tidak akan melepaskan setiap kes meskipun tiada bukti, ke atas pemimpin UMNO.

Hari ini pemimpin PH yang sama menerajui kerajaan ‘Undang-undang Rimba’ itu sedang berjuang kononnya untuk merampas kuasa semula daripada kerajaan PN yang diketuai TS Muhyiddin Yassin.

Dalam kes membatalkan ‘pembekuan akaun ahli perniagaan’ kroni DAP, Lim Guan Eng dikatakan telah mengarahkan Tommy Thomas meskipun wang kerajaan bernilai RM4 juta belum dipulangkan.

Pastinya tindakan tersebut difahami rakyat sebagai tindakan yang berat sebelah kerana ahli perniagaan tersebut adalah kroni DAP.

Arahan Lim Guan Eng juga melibatkan beberapa dokumen penyiasatan pada Mei tahun lalu yang telah diambil tindakan oleh Tommy Thomas ketika PH berkuasa.

Pihak Tommy pula telah mengarahkan SPRM menarik balik pembekuan ke atas 4 akaun bank milik ahli perniagaan berkenaan yang ditafsirkan sebagai bercanggah dengan prosedur perundang-undangan.

Sebarang permintaan untuk melepaskan akaun yang dibekukan mestilah dibuat menerusi peguam pihak yang disiasat itu.

Apabila ia dibuat oleh seorang menteri, ia bukan sahaja menyebabkan konflik kepentingan politik tetapi juga mendedahkan butiran sulit penyiasatan kepada ahli politik berkenaan.

ARMADA juga telah dikatakan mengarahkan setiap bahagiannya membuat laporan polis ke atas Lim Guan Eng untuk memperkukuhkan lagi dampak gesaan siasatan ke atas bekas Menteri Kewangan itu.

Nampaknya gerakan ‘ganyang’ Lim Guan Eng oleh pihak ARMADA telah turut membuktikan bahawa kerajaan PH yang didominasi oleh DAP bukanlah kerajaan yang ‘bersih’ daripada rasuah sebagaimana menjadi dongengan mereka.

Jelaslah bahawa konsep ‘Malaysia Baharu’ yang diperjuangkan oleh PH hanyalah retorik murahan yang sebenarnya merupakan ‘Malaysia Haru-Biru’.

*****

2 thoughts on “(Video) LIM GUAN ENG AKAN DIHERET KE MAHKAMAH

Add yours

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑