(Video) KERAJAAN WARISAN SABAH AKAN TUMBANG

Sejumlah 24 ADUN Sabah menolak kehadiran ‘majlis perakuan sokongan kepimpinan negeri’ kepada DS Shafie Apdal pada 15 Mei lalu.

Perkembangan ini telah dilihat sebagai isyarat bahawa kedudukan kerajaan Warisan Sabah itu akan tumbang setelah kerajaan PH di Johor, Perak, Melaka dan Kedah tersungkur

Hanya 19 daripada 43 ADUN Sabah yang bersekutu dengan Warisan telah hadir.

Dipetik daripada YouTube

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Abdul Aziz Julkarnain menterjemah ketidakhadiran 24 ADUN Sabah itu sebagai suatu petanda kegoyahan kerajaan Warisan pimpinan Shafie yang mendominasi kerajaan Sabah.

Fenomena politik yang melihat kejatuhan kerajaan PH di Johor, Perak, Melaka dan Kedah menjadi faktor gelombang kejatuhan kerajaan negeri pimpinan PH, apatah lagi apabila Putrajaya telah pun berada dalam kuasa Perikatan Nasional.

Kerajaan Warisan Sabah terbentuk apabila 6 ADUN BN berpaling tadah pada 11 Mei, kurang 48 jam setelah kerajaan BN Sabah membentuk kerajaan.

Gejala melompat parti itu, pastinya disebabkan oleh tumbangnya kerajaan BN di Putrajaya selepas PRU14, justeru kerajaan Warisan yang ketika itu menguasai 29 DUN telah meningkat kepada 35 DUN (terkini 48 ADUN).

Anehnya ketika itu, belum lagi Musa Aman menyerahkan kuasa Ketua Menteri, TYT Sabah telah menabalkan DS Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri baharu.

Tindakan melantik Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah telah membangkitkan isu keesahannya dan menjadi satu lagi faktor kegoyahan kerajaan negeri Sabah.

Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman telah memfailkan kes berhubung kedudukan jawatannya di mahkamah dan proses perundang-undangan sedang berjalan.

Gejala ketidakhadiran pada majlis yang diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua Menteri, seumpama referendum untuk menyatakan ketidakpuasan hati 19 ADUN kerajaan yang diabaikan tanpa diberikan jawatan tinggi dalam kerajaan negeri.

Di samping itu beberapa ADUN, terutama daripada Warisan dan UPKO telah menunjukkan kecenderungan mereka untuk berpaling arah dan bersekutu dengan parti pembangkang negeri kerana percaya kerajaan negeri tidak seharusnya menentang kerajaan persekutuan yang bukan lagi dikuasai PH.

Gabungan kerajaan Warisan-UPKO-PH mempunyai 48 Adun, termasuk 5 yang dilantik.

Blok pembangkang, iaitu PPBM, PBS dan UMNO memerlukan 18 Adun tambahan bagi membentuk kuasa majoriti untuk menumbangkan blok kerajaan.

Pemimpin UPKO, PKR serta DAP negeri juga turut mengesyaki bahawa kerajaan negeri pimpinan Shafie kini sedang goyang. 

Sekiranya pihak ADUN kerajaan negeri sendiri sangsi dan tidak lagi menyokong kerajaan negeri, apakah Shafie akan kekal lama?

Inilah antara tekanan yang sedang dihadapi oleh Shafie Apdal sehingga mendesak kerajaan negeri untuk mengadakan majlis taat setia kepadanya dan kepada kerajaan negeri.

Antara faktor yang mendesak kepimpinan negeri menolak kerajaan Shafie Apdal adalah isu projek Lebuh Raya Pan-Borneo yang seakan-akan terbengkalai.

Sebaliknya rakyat melihat berlakunya tumpuan kepada pembangunan parlimen Semporna, yang sebelumnya sering menjadi sasaran dan mangsa serangan lanun dan perompak Abu Sayaf.

Malahan terdapat pandangan bahawa pemimpin di Semporna lebih diutamakan dan diberikan kedudukan eksklusif dalam kerajaan negeri.

Ia memberi kesan kepada pembangunan negeri yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat serta ekonomi Sabah, dan bukannya parlimen Semporna semata-mata.

Sebelum ini PRK Kimanis telah dengan jelasnya menunjukkan bahawa rakyat telah menolak kerajaan Warisan.

Di samping itu isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang lebih menguntungkan pendatang asing juga menjadi faktor hangat kemarahan rakyat peribumi Sabah terhadap Ketua Menteri.

Bagi Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, DS Bung Moktar Radin, kejatuhan kerajaan Sabah memang sudah dijangkakan setelah tumbangnya kerajaan PH kerana fenomena lompat parti dalam kalangan ADUN Sabah adalah sesuatu yang normal dan menjadi tradisi.

Menurut Bung Moktar, “Mereka boleh beralih parti dan sokongan pada bila-bila masa sahaja dan tidak ada masalah besar untuk mereka (ADUN) beralih arah,” sebagaimana dilaporkan oleh Astro Awani.

Rakyat Sabah sedang menunggu perkembangan akhir yang dijangkakan berlaku dalam sebulan-dua ini, rentetan daripada kejatuhan PH di Johor, Perak, Melaka dan Kedah.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: