TUN MAHATHIR CUBA PERBODOHKAN RAKYAT?

Dr Mamat Desa

Apabila Tun Mahathir dan anaknya DS Mukhriz serta tiga khadamnya termasuk Syed Saddiq dan Maszlee Malik duduk pada blok pembangkang dalam parlimen, maka secara automatisnya mereka bukan lagi ahli PPBM (Bersatu) yang menerajui kerajaan.

Mereka juga telah menolak PH, dan mereka sebenarnya adalah ahli parlimen ‘Bebas’ tanpa parti.

Tindakan Mahathir dan khadamnya itu, menunjukkan betapa ‘tidak amanah, tidak bermaruah dan tidak bersatu’-nya mereka terhadap parti, bertentangan dengan falsafah yang dilaung-laungkan oleh parti Bersatu itu sendiri.

Mungkin Mahathir dan khadam-khadamnya tersasul, sehingga perkara mudah sedemikian pun mereka tidak faham.

Jika dalam analogi pasukan bola sepak, awak bermain dan berada dalam pasukan pihak lawan di atas padang, maka awak bukan lagi berada dalam pasukan asal yang didaftarkan.

Maka wajarlah Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya, mengutuskan surat untuk mengingatkan mereka bahawa mereka berlima bukan lagi ahli parti Bersatu.

Dengan itu Mahathir bukan sahaja kehilangan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu, malahan dia dan empat ahli parlimen Bersatu itu juga telah kehilangan status keahlian Bersatu.

Eloklah parlimen bersidang hanya sehari sahaja pada 18 Mei lalu, supaya kegenjotan sedemikian yang mengelirukan status pembangkang dan kerajaan dapat diperbetulkan sebelum apa-apa tindakan penggubalan undang-undang berlangsung.

Kemudian semalam (28 Mei) heboh pula dalam media sosial apabila Mahathir dilaporkan membuat kenyataan bahawa dia sudah mempunyai 129 ‘akuan bersumpah’ (SD) ahli-ahli parlimen yang menyokongnya.

Lantas, dia berhak menuntut daripada DYMM SPB YDP Agong, untuk mengembalikan kuasa Perdana Menteri kepadanya kerana dia sudah mempunyai sokongan majoriti.

Mahathir akan memohon mengadap DYMM Agong dalam masa terdekat untuk mempersembahkan jumlah sokongan serta memohon untuk mengangkat sumpah sebagai PM ke-9.

Dengan itu Mahathir tidak perlu lagi lari ke luar negara sebagaimana diujarkan oleh Raja Petra Kamaruddin pengarang Malaysa Today, untuk mengelak tindakan undang-undang ke atas segala penyelewengan kuasa, kronisme, dan nepotisme yang selama ini rapat ditutup dan disembunyikan.

Dengan pelantikan Mahathir sebagai PM ke-9 itu, maka lagi sekalilah DS Anwar Ibrahim akan tercanguk di sebelahnya sebagai ‘Bakal PM’.

Adakah DS Anwar juga mudah diperbodohkan lagi?

Anehnya, DS Anwar tidak pula mengetahui akan kedudukan jumlah sokongan 129 ahli parlimen yang dikatakan menyokong Mahathir itu.

Kata Anwar sebagaimana dipetik daripada ‘Malaysia On Air’ “Ini bukanlah masa yang tepat untuk negara kita sekali lagi berhadapan dengan sunami politik di mana negara sekali lagi menyaksikan perubahan kerajaan. Ini semua kerja gila.”

Kami tidak pasti, adakah sokongan 129 ahli parlimen terhadap Mahathir, dan naratifnya yang di luar pengetahuan DS Anwar itu adalah benar belaka, atau sekadar propaganda perang saraf (psywar) Mahathir untuk memperbodohkan rakyat?

Bagaimanakah Mahathir boleh mendapatkan sokongan 129 sokongan MP, kecuali dengan bayaran yang amat lumayan?

Bagaimanakah DYMM Agong dapat menerima kebenaran naratif 129 sokongan MP, sekiranya Mahathir sendiri sudah tidak berparti?

Adakah PM TS Muhyiddin Yassin akan hanya berdiam diri dan merelakan Mahathir diangkat untuk kali ketiga sebagai PM tertua dunia yang akan terus menjadi boneka DAP?

Rakyat percaya sekiranya benar, TS Muhyiddin akan mengusulkan kepada DYMM Agong supaya Parlimen dibubarkan dan dengan itu PRU-15 akan diadakan.

Sempatkah Mahathir menubuhkan parti baru, melobi ahli-ahli baru, dan membayar ahli-ahli parlimen untuk melompat parti, sedangkan dia seperti tidak sedar bahawa rakyat sudah lama menolaknya, rakyat sudah lama menarik balik mandat Mei 2018 yang diberikan kepadanya?

Rakyat sudah lama menghantar referendum semasa lima PRK Semenyih, Rantau, Cameron Highlands, Tanjung Piai, dan Kimanis kepada Mahathir.

Kalau Mahathir benar-benar wira atau panglima negara, marilah berhadapan dengan rakyat pada PRU15, dan dia tidak perlu memperbodohkan rakyat dengan propaganda psywar yang dangkal.

Bagi rakyat, menyokong Mahathir samalah seperti menyokong bangsa DAP!

*****

Advertisement

4 thoughts on “TUN MAHATHIR CUBA PERBODOHKAN RAKYAT?

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: