KEANEHAN BLOK PEMBANGKANG DALAM PARLIMEN NEGARA

Tun Mahathir telah mengumumkan bahawa parti Bersatu tidak lagi berada dalam gabungan PH.

Lantas Mahathir berada dalam blok pembangkang sebagai wakil kepada parti tunggal yang tidak bersama gabungan PH sebagai pembangkang.

Agak aneh apabila pembangkang terdiri daripada dua kelompok dalam susunan kerusi parlimen terkini; satu adalah gabungan parti dalam PH dan satu lagi adalah kumpulan melukut Mahathir.

Rakyat tidak hairan sekiranya suatu ketika dahulu PAS tidak bersama DAP, kerana perbezaan ideologi, apatah lagi PAS mempunyai jumlah ahli parlimen yang signifikan ketika itu.

Jika hendak dikategorikan Mahathir sebagai mewakili parti Bersatu, maka ia juga satu perkara yang aneh kerana Bersatu berada pada blok parti kerajaan.

Mahathir pastinya tidak mahu berada dalam blok kerajaan kerana orang yang menjadi mangsa fitnahnya dan amat dibencinya, DS Najib Tun Razak, berada dalam blok kerajaan.

Masakan Mahathir akan menjilat ludahnya kembali?

Begitulah juga dengan TS Muhyiddin Yassin yang dilabel Mahathir sebagai pengkhianat, kini mengetuai blok kerajaan sebagai PM.

Anehnya dalam blok pembangkang pula, Mahathirlah yang dilabelkan sebagai pengkhianat yang telah menjatuhkan PH, dan anaknya sendiri DS Mukhriz daripada kerusi MB Kedah.

Jadi siapakah ‘kumpulan ciput melukut Mahathir’ ini dalam blok pembangkang sekiranya mereka tidak mahu bersekutu dengan PH?

Terkini nampaknya Mahathir cuba menjadi wira pembangkang apabila dia telah memulakan usul ‘undi tidak percaya’ terhadap Muhyiddin kerana bagi Mahathir, dialah yang mempunyai sokongan majoriti berbanding Muhyiddin.

Sedangkan dia lupa bahawa ahli parlimen Bersatu yang bersamanya hanyalah ciput sahaja, manakala DAP sudah melihat Mahathir sebagai pengkhianat yang menjadi punca tumbangnya kerajaan PH.

Anwar juga melihat Mahathir sebagai pengkhianat terhadap dirinya kerana tidak menunaikan janji peralihan kuasa.

Justeru, adakah Mahathir sedang bermimpi di siang hari, sampai mengigau bahawa dia mempunyai sokongan majoriti berbanding TS Muhyiddin?

Sebagaimana biasa, adakah Mahathir menjadi ‘musuh dalam selimut’, ‘duri dalam daging’ dan ‘gunting dalam lipatan’ bagi pembangkang khususnya Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Mat Sabu?

DS Anwar telah mengisytiharkan dirinya sebagai Ketua Pembangkang.

Tidakkah Mahathir juga mahu menjadi Ketua Pembangkang, untuk menunjukkan kapasiti dirinya sebagai PM ke-9 kerana dia telah mendakwa bahawa dia mempunyai sokongan majoriti?

Anehnya, bagaimana pula Anwar boleh dilantik sebagai Ketua Pembangkang sedangkan jumlah ahli parlimen PKR sudah secara signifikannya berkurangan apabila terdapat sekelompok besar yang telah meninggalkan PKR untuk turut bersama DS Azmin Ali menyertai gabungan Perikatan Nasional?

Nampaknya Anwar juga cuba menjadi wira, kerana sepatutnya Lim Kit Sianglah yang diangkat sebagai Ketua Pembangkang kerana DAP mempunyai jumlah ahli parlimen yang terbesar berbanding PKR.

Apatah lagi komposisi bukan-Melayu juga lebih besar daripada komposisi Melayu dalam pembangkang, yang membuka ruang lebih besar kepada kelantangan suara bangsa DAP melalui blok pembangkang.

Justeru, parlimen negara nampaknya amat aneh setelah PH tumbang akibat daripada peletakan jawatan Mahathir.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: