Ada naratif yang mendakwa bahawa DAP telah membuat kajian dan dapatannya menunjukkan bahawa Mahathir telah membangkitkan kebencian rakyat terhadap PH.
Sebagai pemimpin ikonik PH, DS Anwar Ibrahim sepatutnya memisahkan dirinya daripada Mahathir sebagaimana DAP mencanangkan kebencian mereka terhadap Mahathir pada 2017.

Setelah tertular rakaman audio mesyuarat khas MPT Bersatu, amat jelas Mahathir mengaku bahawa dia “tidak suka kepada DAP dan Anwar”.
Sekiranya audio itu tulen, maka ia memperkukuhkan lagi prasangka kebencian Mahathir terhadap Anwar, lantas itulah alasan mengapa dia tidak mahu menyerahkan kuasa PM kepada Anwar.
Bagi DAP, itulah satu-satunya punca yang paling utama kejatuhan kerajaan PH pada Februari lalu.
Malahan tindakan Mahathir itu juga telah memusnahkan kuasa anaknya DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Rentetan itu berlaku “rampasan kuasa oleh orang kuat Mahathir dalam Bersatu,” sebagaimana dakwaan ADUN DAP Sungai Pelek, Ronnie Liu.
Ronnie mahu Mahathir memohon maaf kepada rakyat, tetapi dia tidak pula meminta Mahathir dan kerajaan PH memohon maaf atas penipuan, fitnah, penyelewengan kuasa Peguam Negara, Tommy Thomas serta Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan penglibatan DAP dengan pengganas komunis serta LTTE.
Bagi Ronnie sekiranya Mahathir tidak meletakkan jawatan dan menyerahkan kerusi PM kepada Anwar, pasti PH masih berkuasa.
Walau bagaimanapun pemimpin ikonik PH, DS Anwar Ibrahim telah meletakkan syarat kepada Bersatu sekiranya mereka mahu kembali bersama Pakatan Harapan, maka mereka tidak boleh ‘mengkhianati PH’.
Dengan kenyataan Anwar itu jelaslah dia memperakui bahawa PH tumbang akibat pengkhianatan Bersatu, khususnya Mahathir yang berkeras tidak mahu menyerahkan kuasa PM kepadanya sebagaimana yang telah dijanjikan.

Sebelumnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah bertaruh dengan Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Mahathir akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.
Malah Kit Siang berjanji akan meletakkan jawatannya sekiranya Mahathir gagal menyerahkan kuasa PM kepada Anwar.
Jelaslah bahawa Kit Siang bengap dan diperbodohkan oleh Mahathir, apabila keyakinan Kit Siang itu hanyalah janji kosong Mahathir sebagaimana janji-janji kosong Mahathir dalam manifesto PH yang disamatarafkan dengan kertas tisu tandas dan bukannya ‘kitab suci.’
Meskipun sudah berpuluh tahun mengenali Mahathir dan dua kali disumbat di Penjara Kemunting oleh Mahathir, Kit Siang masih mudah diperbodohkan pemimpin yang pernah diangkat oleh Ranker dan Fandom sebagai ‘diktator terkenal dunia.’

Walau bagaimanapun janji bangsa DAP seperti Kit Siang untuk meletakkan jawatan hanyalah seperti anjing menyalak bukit; bukit takkan berubah.
Kini PH sebagai pembangkang, lagi sekali terpaksa dibayangi oleh musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, dan duri dalam daging, apabila Mahathir yang tidak mahu bersama PH berada dalam blok pembangkang.
Anwar sebagai Ketua Pembangkang pun tidaklah sekuat mana lagi apabila kerusi parlimen PKR secara signifikannya berkurangan apabila ramai yang mengikut jejak DS Azmin Ali untuk menyertai blok kerajaan.
Siapakah yang lebih berkuasa dalam blok pembangkang sekarang ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Lim Kit Siang.
Mahathir dan Anwar hanyalah ‘semut merah’ dalam blok pembangkang yang sebenarnya dikuasai Lim Kit Siang.
*****
Tinggalkan Jawapan