MAHATHIR TIDAK KERUAN KELUAR-MASUK PH

Pada 23 Februari, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM (Bersatu) dalam satu mesyuarat khas telah membuat keputusan dan mengisytiharkan bahawa ia telah keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Dengan itu juga semua ahli parlimen Bersatu secara automatisnya keluar daripada PH.

Pada tarikh yang sama, sebelah petang 24 Feb, Berita Harian melaporkan bahawa Mahathir telah mengadap DYMM Agong di Istana Negara untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan sebagai PM.

Mahathir juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PPBM berkuat kuasa serta-merta.

DYMM Agong telah perkenan menerima peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai PM.

Pada 1 Mac, TS Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8, menggantikan Tun Mahathir. Istiadat pertabalan dilakukan di Istana Negara oleh DYMM Agong.

Pada 18 Mei, Mahathir membuat kejutan, mengatakan bahawa Bersatu masih bersama PH, dan mendakwa perisytiharan Bersatu keluar PH yang dibuat pada 24 Februari adalah keputusan peribadi TS Muhyiddin Yassin.

Tindakan Mahathir diterjemahkan sebagai ‘tidak keruan’ kerana kuasa politiknya akan hilang sekiranya dia tidak mendapat sokongan PH.

Namun siapakah dia yang cuba mengemis pada PH setelah penganiayaan yang dibuat terhadap DS Anwar Ibrahim.

Malah peletakan jawatannya sebagai PM juga dilihat sebagai penganiayaan terhadap PH, kerana ia membawa dampak yang amat buruk apabila PH kehilangan kuasa sebagai kerajaan pemerintah.

 Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya yang pernah menggemparkan negara sebagai lulusan ijazah Sarjana Muda Universiti Antarabangsa Cambridge, AS, yang tidak wujud, mendakwa tiada keputusan rasmi Bersatu keluar daripada PH.

Persoalannya, masih bolehkah, rakyat dan khalayak media menerima pakai kenyataan Marzuki?

Kontradik dengan apa yang didakwa Mahathir dan Marzuki, Ketua Penerangan Bersatu, Radzi Jidin mengesahkan bahawa keputusan Bersatu keluar daripada PH bukanlah keputusan peribadi TS Muhyiddin Yassin, sebaliknya ‘diketahui dan disokong oleh Tun Mahathir sendiri.’

Malahan tegas Radzi, Marzuki bukanlah lagi Setiausaha Agung Bersatu, dia telah digantikan oleh DS Hamzah Zainuddin (kini Menteri Dalam Negeri).

Rentetan daripada keputusan Bersatu keluar daripada PH yang telah dibuat pada 23 Februari, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu juga secara rasminya telah memutuskan untuk keluar daripada gabungan Pakatan Harapan dan membentuk gabungan baharu bersama UMNO, PAS, Parti Bersatu Sabah, Gabungan Parti Sarawak, dan Parti Solidariti Tanahairku. Gabungan baharu itu dinamakan Perikatan Nasional.

Radzi turut menegaskan keputusan Bersatu keluar daripada PH tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana telah dibahas di pelbagai peringkat dalam parti selama berbulan-bulan sebelum dimuktamadkan oleh biro politik pada 21 Februari dan MPT Bersatu pada 23 Februari.

Pemimpin Bersatu di pelbagai peringkat tidak selesa dengan tindaktanduk parti DAP dan mereka rata-rata mahu Bersatu keluar daripada PH.

Walau apapun tanggapan rakyat, Radzi menegaskan bahawa Mahathir telahpun meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu pada 24 Februari 2020. 

Menurut perlembagaan parti, tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Bersatu yang membenarkan MPT mengembalikan semula jawatan pengerusi kepada pemegangnya yang telah meletak jawatan.

Anggota MPT Bersatu Wan Saiful Wan Jan juga menegaskan bahawa keputusan Bersatu untuk keluar PH adalah muktamad. Lantas, mana-mana ahli MPT Bersatu yang menafikannya, dianggap sebagai cuba menipu ahli parti.

Majoriti Sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA)  juga menyokong pendirian Bersatu keluar daripada PH.

Kemuncak kepada kontroversi Bersatu keluar daripada gabungan PH, ialah pengesahan ROS bahawa Mahathir bukan lagi Pengerusi Bersatu berdasarkan surat peletakan jawatan Mahathir sendiri.

Sekiranya ‘undi tidak percaya’ Mahathir di parlimen gagal, maka dia sewajarnya meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen supaya kelak ‘usul undi tidak percaya’ tidak menjadi budaya politik Malaysia yang boleh merosakkan urusan tadbir urus negara.

Lantas, apa yang rakyat lihat sekarang ialah tindakan tidak keruan Mahathir yang keluar-masuk PH kerana keserakahan nafsu ‘gila kuasanya’ yang tidak pernah tuntas.

*****

Advertisement

2 thoughts on “MAHATHIR TIDAK KERUAN KELUAR-MASUK PH

Add yours

  1. Ambil tindakan geng mahadir berhimpun langgar PKB, denda melebihi 2 ribu RM,jika tindakan tidak ambil, bagaimana mereka yg telah dipersalahkan,tindakan wajib dibuat jika tidak kerajaan sekarang zalim,

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: