DS Najib telah sekian lama menjadi musuh dan sasaran fitnah Tun Mahathir, tapi kini TS Muhyiddin Yassin pula diangkat sebagai musuhnya.

Usul undi tidak percaya terhadap TS Muhyiddin Yassin atas alasan tidak mempunyai sokongan majoriti, amatlah genjot kerana dalam Bersatu pun Mahathir hanya mendapat sokongan ciput sahaja.
Malahan Mahathir kini terkontang-konting sendirian kerana terasing daripada blok pembangkang.
Anehnya sebagai ahli Bersatu mengapakah dia berada dalam blok pembangkang, sedangkan Presiden Bersatu berada dalam blok kerajaan?

Pada satu rakaman audio yang tersebar dalam media sosial, Mahathir telah menyatakan bahawa dia tidak suka DS Anwar dan dia juga tidak suka DAP. Dengan itu adakah Anwar dan DAP masih bodoh untuk bersekongkol dengannya?
Kebencian Mahathir pada Anwar terbukti apabila dia tidak mahu menyerahkan kerusi PM kepada Anwar, dan lebih sanggup meletakkan jawatannya sebagai PM dan sekaligus meninggalkan Pakatan Harapan.
Apa salahnya sekiranya dia menyerahkan kuasa kepada Anwar dahulu dan kemudiannya jika dia mahu keluar daripada PH, dia bebas berbuat demikian?
Tiada lain yang rakyat nampak, dia sebenarnya membenci dan memusuhi Anwar.
Meskipun kini dia berdiri sebagai pembangkang, dia tetap tidak mahu bersama PH kerana dia tidak mahu bersama Anwar.
Mahathir boleh membeli sokongan AP untuk mendapatkan majoriti di parlimen, namun adakah Anwar akan menyokong Mahathir dan membiarkan Mahathir berkuasa kembali setelah penganiayaan yang telah dia buat terhadap Anwar?
Mahathir pernah berjanji, sekiranya TS Muhyiddin Yassin diangkat menjadi PM, dia akan menyokong, apatah lagi Muhyiddin adalah antara pengasas penubuhan Bersatu.

Tapi hari ini dia menuduh Muhyiddin pengkhianat, dan DS Najib sebagai pencuri, penyamun, perompak dan penyangak. Adakah dia ‘dewa yang suci’?.
Kepura-puraan Mahathir dan DAP, dalam lakonan mereka sebagai rakan politik yang mesra, amatlah menyakitkan hati Lim Kit Siang.
Lim Kit Siang telah menulis beberapa buah buku tentang penyelewengan Mahathir dan skandal Forex-BNM ketika Mahathir berkuasa dan kerana itu, dua kali Lim Kit Siang disumbat ke penjara.
Adakah Lim Kit Siang boleh melupakan begitu sahaja?
Mahathir telah menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, PM pertama Malaysia. Mahathir juga telah menekan Tun Hussien Onn agar meletakkan jawatan supaya kerusi PM dikosongkan untuknya.
Selepas itu Malaysia seperti diperintah oleh kerajaan Gestapo, kerana jika ada sesiapa yang berani menentang Mahathir, padahlah dia.
Tapi pada 1997-1998, Anwar yang tidak tahan dengan pemerintahan kronisme, nepotisme dan kolusi telah dengan beraninya bangun menentang Mahathir.
Akibatnya Anwar tersungkur dalam penjara.
Anwar bukan orang pertama menentang Mahathir ketika dia berkuasa kerana Tengku Razaleigh terlebih dahulu cuba menjatuhkan Mahathir melalui Semangat 46 dalam PAU. Tetapi Mahathir menang atas sokongan DS Najib dengan hanya 43 undi iaitu 761 berbanding dengan 718 yang menyokong Ku Li.
Tengku Razaleigh adalah tokoh politik dari istana, lantas tidak banyak yang Mahathir boleh lakukan terhadapnya.
Pada 2002 Mahathir tiba-tiba sedar, kononnya ramai pemimpin UMNO tidak suka padanya, dan daripada laporan SB, rakyat juga sudah membenci Mahathir.
Maka dengan tangisan ‘keling’ di atas pentas Mahathir mengumumkan bahawa dia akan meletakkan jawatan.
Kemudian dia memilih Tun Abdullah Badawi sebagai penggantinya, tetapi dia mahu Tun Abdullah menjadi bonekanya dan mengikut telunjuknya.
Tun Abdullah menentang Mahathir dan akibatnya dia disabotaj di Pulau Pinang pada PRU12 dan terpaksa mengundur diri, kerana Mahathir lebih sukakan DS Najib.
Apabila DS Najib juga menolak untuk dijadikan kaldai Mahathir, maka terpaksalah DS Najib menghadapi segala musibah fitnah dan serangan Mahathir.
Demikianlah juga pengakuan bekas Timbalan PM, Tun Musa Hitam bahawa sekiranya dia tidak mengikut telunjuk Mahathir, maka dia juga akan menerima nasib yang sama seperti DS Anwar dan DS Najib.

Kebencian Mahathir terhadap DS Hadi Awang, usahlah dipertikaikan lagi. Sehingga kini isu ‘Amanat Hadi Awang’ menjadi senjata Mahathir untuk membangkitkan isu kafir-mengkafir sesama umat Islam.

Lantas hari ini, DS Najib, TS Muhyiddin, DS Anwar, Lim Kit Siang, dan DS Hadi Awang telah menjadi musuh Mahathir.

Suatu ketika dahulu, Mahathir juga pernah dikategorikan sebagai 10 musuh besar media (Top-Ten Enemy of the Press) dan dia juga telah dikategorikan sebagai ‘World Famous Dictators’ oleh Ranker.

Terkini, apabila ROS pula telah mengesahkan bahawa Mahathir telah terlucut jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu, lantas dia melihat ROS pula sebagai musuhnya.
Mungkin selepas ini Mahathir akan mengusulkan pula undi tidak percaya terhadap ROS.
*****
Sya berpendapat slgi mnusia yg bernama Mahadir ngra akan terus huru haru jika tdk ditangani sebaik mngkin
Seorg yg sd gilakan kuasa gila kan pangkat gila kan wang wang sd mcm kecanduan mcm jug penagih dadah yg ketagih tahap kertikal dan ini sgt2 mnyusahkn
Bukan sja buat politik ngra tdk stabil tpi ekonomi dn kebajikan tdk trjaga, kata org sbb org tua ini sanggup buat apa sj demi memunhi hasrat politik kotor dgr bole cya jgn
LikeLike
Saya amat bersetuju dgn pandangan bernas Sdr Adam.. terima kasih
LikeLike
Pandang Sdr Adam benar sekali. Terima kasih.
LikeLike
Tertipu dunia. Sepatutnya hidup sepanjang hidup mencari kawan.
LikeLike
Benar sekali Sdr Suffian.
LikeLike