KHALID SAMAD GELABAH, SETPOLNYA DITAHAN POLIS KERANA ‘BROKER’

Bekas Menteri WP YB Khalid Samad yang sebelum ini sibuk berkempen dalam kalangan pemilik tanah di Kg Baharu KL supaya menjual tanah mereka, kini gelabah kerana Setpolnya (Setiausaha Politik) ditahan dan direman polis kerana dibabitkan dengan kes ‘broker’ DO (Arahan Pembangunan) palsu.

Khalid juga sebelum ini amat popular dalam kalangan masyarakat Kg Baharu KL, dengan gelaran negatif ‘broker tanah’ kerana tawaran membeli tanah dengan harga di ‘bawah harga pasaran’.

Dalam satu laporan akhbar (Harian Metro), Khalid seperti cuba melindungi Setpolnya, Azli Yusuf, apabila dia “mendakwa broker berkenaan menggunakan nama Azli yang dikatakan telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya.”

Khalid juga telah mendedahkan bahawa penahanan reman setpolnya itu “berdasarkan aduan daripada sebuah syarikat arkitek yang mendakwa menerima Arahan Pembangunan (DO) palsu daripada seorang “broker”.

Mengapakah Khalid harus mengeluarkan kenyataan sedemikian, sedangkan maklumat itu sepatutnya dikeluarkan daripada hasil siasatan polis?

Dalam twitternya, Khalid juga mengeluarkan kenyataan bahawa “Saya diberitahu broker berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama (Azli) ini. Kepercayaan ‘cash is king’ memungkinkan broker berjaya. Broker kaya, yang nama dijual teraniaya.

Khalid tidak perlu membuat kenyataan itu semua dalam media sosial, sebaliknya dia harus keluarkan kenyataan tersebut kepada polis, kerana kes ini sudah dalam penyiasatan.

Nampaknya daripada kenyataan Khalid itu, dia sedang gelabah dan cuba membela Setpolnya dan cuba menepis serangan, sedangkan tiada serangan dibuat ke atasnya.

Kegelabahan Khalid bertambah-tambah lagi apabila pihak polis akan turut memanggilnya untuk mendapatkan keterangan dalam kes yang dikaitkan dengan Setpolnya itu.

Sebelum ini Malaysia Today pernah mempersoalkan Khalid yang sering mengeluarkan kenyataan karut.

Malahan Raja Petra Kamarudin pernah bertanya sama ada Khlaid Samad “Ada masalah mental?”

Khalid juga amat popular sebagai wakil pembangkang dalam kempen politik PRU14 yang mendabik dada bahawa kilang arak ‘Carlsberg’ akan ditutup sekiranya PH menang.

Samalah seperti janji DS Anwar Ibrahim yang berjanji akan menurunkan harga petrol kepada RM1.50 dalam tempoh 24 jam sekiranya PH menang pilihan raya, tetapi kontradiknya tiada apa yang mereka lakukan setelah menang PRU14 yang penuh dengan janji-janji palsu.

***

6 thoughts on “KHALID SAMAD GELABAH, SETPOLNYA DITAHAN POLIS KERANA ‘BROKER’

Add yours

  1. Kenspa perlu Kita takut pads DAPig kita patut hapus Kan kerusi Yang dia ada diparlimen dengan bersatu buat stratige contoh disekinchan rampas Dari DAPig. Ini. Ada melayu Tak cukup akal sokong dia

    Like

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑