(Video) ‘SEKOLAH DEMOKRASI’ DAP SEWAJARNYA DIMANSUH

DAP telah mewujudkan ‘sekolah demokrasi’ dengan objektif mahu melahirkan tokoh politik Melayu daripada generasi muda yang mendukung pemikiran dan doktrin demokrasi ala-DAP.

Sekolah demokrasi DAP telah melahirkan lebih 600 graduat Melayu sejak ditubuhkan pada 2012.

Lebih 90% daripada graduat sekolah tersebut adalah orang Melayu.

DAP amat bangga kerana sekolah demokrasi itu berkesan apabila berjaya melahirkan ramai graduat Melayu seperti Syefura Othman, Dyana Sofya dan Edry Faizal Eddy Yusof. 

Malahan graduat mereka seperti Dyana Sofya telah diangkat menjadi pemimpin politik Melayu yang kuat mendukung doktrin anti sistem beraja dan condong kepada sistem negara republik.

Lihatlah bagaimana minda acuan graduat Sekolah DAP yang menganggap peristiwa berdarah 13 Mei sebagai dongeng

Hakikatnya demokrasi dalam kurikulum sekolah demokrasi DAP cuba melupakan kontrak sosial dan toleransi kaum Melayu yang bersetuju menerima pendatang kaum Cina dan India sebagai warganegara Malaysia.

Akibat toleransi itu, kadar populasi kaum Melayu-Peribumi menguncup apabila jumlah penduduk berkembang dengan penerimaan masuk kaum asing dari China dan India.

Ini jelas apabila jumlah pengundi bukan Melayu meningkat daripada 15.6 peratus pada 1955 kepada 43.7 peratus pada 1959.

Jumlah pengundi Melayu pula berkurangan daripada 84.2 peratus pada 1955 kepada 56.2 peratus pada 1959.

Sebelum merdeka, etnik pendatang dari China dan India, telah setuju menerima prinsip hak istimewa Melayu, Raja-Raja Melayu dan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Persetujuan ini diistilahkan sebagai ‘kontrak sosial’.

Seandainya kontrak sosial ini ditolak, maka peruntukan ‘jus soli’ kaum asing dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh ditolak, lantas mereka boleh dihantar kembali ke negara asal mereka.

Perkara pokok inilah yang cuba dipadamkan oleh DAP dalam ‘sekolah demokrasi’ acuan mereka yang menjurus kepada negara ‘Republik Rakyat’ sebagaimana terbentuknya ‘Republik Komunis Rakyat China’ yang menuntut soal sama-rata.

Malahan menurut TS Prof Dr Ibrahim Abu Shah, DAP cuba menjadikan Malaysia kerajaan Republik Kristian-Zionis

Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah

Konsep ‘sama-rata’ itu juga terungkap dalam falsafah ‘Malaysian Malaysia’ yang menjadi perjuangan DAP.

Hipokritnya DAP, apabila sistem pemilihan parti mereka sendiri sering kucar-kacir dan tidak demokratik.

Dalam pemilihan parti DAP, mereka juga cuba menempelkan wajah-wajah pemimpin Melayu yang sebenarnya hanya berfungsi sebagai boneka mereka sahaja.

Bekas pemimpin DAP daripada kalangan kaum Melayu seperti bekas Naib Pengerusi DAP YM Tunku Abdul Aziz, bekas Pengarah Strategik Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad dan bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Muhd Noor, semuanya telah mendedahkan sikap rasis DAP dan agenda jahat mereka.

DAP lupa bahawa Malaysia bukan negara monoetknik sebagaimana negara China atau India, dan mereka lupa rakyat asal negara ini adalah MELAYU-ISLAM yang telah bermurah hati menerima kaum pendatang daripada golongan buruh murahan British sebelum merdeka dahulu.

Semasa PH berkuasa, DAP juga pernah cuba menyerapkan falsafah demokrasi ‘ala-DAP’ untuk disuntik kepada belia Perak.

Modul kursus tersebut telah membangkitkan soalan “Adakah boleh kita menguna pakai sistem ‘beraja’ sekiranya kita tidak memerlukan anugerah pingat dan gelaran?”

 

Modul itu telah mendedahkan betapa cetek dan dangkalnya kefahaman DAP tentang sistem beraja Malaysia kerana ia hanya melihat kuasa Raja-Raja Melayu semata-mata sebagai saluran penganugerahan pingat.

Pengakuan Mohamad Razali Abdul Rahman, DAP mahu jadikan
negara in negara Kristian

Modul demokrasi ala-DAP itu bertentangan dengan hak Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dan  prinsip Rukun Negara iaitu ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’.

Dengan itu ia boleh mengheret sensitiviti rakyat untuk bangun membela Raja-Raja Melayu dan menentang pihak yang mempersoalkannya sehingga kepada bunuh-membunuh antara pihak yang meletakkan kedaulatan Raja-Raja dengan pihak yang cuba melupuskannya sebagaimana berlakunya 13 Mei.

Kuasa Raja-Raja Melayu dan DYMM Agong sekiranya diamati amatlah besar dalam Perlembagaan Persekutuan (PP).

DYMM Agong mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen dan baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera (Perkara 41PP).

DYMM Agong juga berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman sebagaimana kuasa DYMM Agong membebaskan DS Anwar Ibrahim dari penjara, meskipun tidak mengubah status ‘bersalah’ daripada kesalahan jenayah sodomi.

DYMM Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri dan membubarkan Parlimen (Perkara 40-2 PP).

Nampaknya isu kurikulum ‘sekolah demokrasi’ DAP untuk anak-anak muda Melayu, tidak boleh ‘disapu begitu sahaja ke bawah tikar’ dan sekolah berkenaan sepatutnya dimansuhkan sahaja.

Adakah agenda DAP dalam sekolah demokrasi mereka itu juga selari dengan dasar ‘bumi hangus’ apabila pelbagai strategi diatur untuk melumpuhkan ekonomi, pembuangan kerja penjawat awam, penjualan aset negara, pelantikan politik Peguam Negara, Hakim Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM. serta memusnahkan institusi ekonomi kaum Melayu? Hanya DAP sendiri yang boleh menjawabnya.

Jika mereka menolak sistem ‘Raja berperlembagaan’ maka bolehlah mereka bermigrasi ke negara ‘Republik Rakyat’ yang mereka impikan!

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: