KEADILAN SEDANG NAZAK

Apabila DS Anwar Ibrahim tiba-tiba mengadap PM TS Muhyiddin Yassin pada 14 April lalu, ramai dalam kalangan penganalisis politik tertanya-tanya apakah strategi dan agenda tersembunyi Anwar.

Sebagaimana biasa, tujuan Anwar menjadi rahsia, namun ada yang berpandangan bahawa Anwar cuba mencari jalan mengabaikan Mahathir, dalam agendanya untuk menjadi PM. Atau sebaliknya Anwar cuba mengadu pada Muhyiddin untuk mendapatkan simpati kerana PKR sedang nazak.

Walau apa pun tujuan Anwar, kini telah kelihatan di sana-sini hakikat sebenarnya tentang PKR yang dijangkiti barah tahap empat, dan sedang menempah keranda.

Lihat sahaja apabila Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Teluk Kemang, Farid Hashim, telah membuat laporan polis terhadap Presiden partinya sendiri kerana menularkan berita palsu mengenai “bilangan pendatang haram tanpa izin di negara ini dan dakwaan kedai nombor ekor beroperasi semasa tempoh PKP.”

Sebelumnya pada pertengahan April, Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat PKR, Ginie Lim Siew Lin yang juga merupakan ADUN Macap Jaya, mempersoalkan tindakan lembaga disiplin parti itu yang menggantung dan memecat sekurang-kurangnya 500 anggota parti, termasuk Ketua Wanita PKR Haniza Mohd Talha dan Adun Batu Lintang See Chee How.

Malahan orang kuat PKR seperti Naib Presiden PKR, Tian Chua juga ditekan dengan surat tunjuk sebab tentang kesetiaannya pada Anwar, jika tidak mahu ditendang daripada keahlian parti.

Bagi Ginie, PKR di bawah kepimpinan Anwar telah menyimpang jauh daripada prinsip terasnya iaitu  ‘keadilan’.

Adakah Anwar mempergunakan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk membuang ahli-ahli yang berani menegur kepimpinan parti, kerana pastinya pihak yang menentang tidak akan dapat memprotes dan membuat bantahan di jalanan sebagaimana menjadi budaya PKR?

PKR sebenarnya telah lama nazak dijangkiti barah.

Pada 2014 lagi, strategi ‘Langkah Kajang’ telah dilihat sebagai kemelut politik PKR yang menodai nama baik parti dengan agenda kotor Anwar menganiaya YAB Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim..

Malahan strategi tersebut tidak mendapat perkenan pihak istana Selangor.

Nazaknya PKR juga tertonjol apabila berlaku peristiwa gaduh yang tebal dengan gansterisme dalam kalangan ahlinya di sana-sini semasa pemilihan parti.

Pergaduhan yang berkaitan pemilihan parti PKR meletus di Keningau, di Kuala Langat, di Kuala Selangor, di Pulau Pinang dan paling memalukan semasa Kongres AMK di Melaka pada Disember 2019 lalu.

Adakah kejadian pergaduhan tersebut sebagai manifestasi ketaksuban ke atas sikap samseng Anwar yang telah melahirkan PKR di jalanan melalui gerakan Reformasi 1998 kerana menentang Mahathir?

Pada 5 Februari lalu pula, ramai penganalisis terkejut apabila terdapat seruan daripada Ketua Srikandi PKR sendiri, (Siti Aisyah Shaik Ismail?) yang cuba mendapatkan sokongan referendum ‘Undi Tidak Percaya kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim’ melalui change.org.

Sekiranya Wanita PKR, AMK dan Srikandi PKR sendiri mencabar kedudukan, integriti dan maruah Anwar sebagai Presiden, apa lagi yang Anwar harapkan daripada rakyat jelata?

Pukulan ke atas PKR yang amat memeranjatkan penganalisis politik ialah isu peletakan jawatan ADUN Sidam dan ADUN Lunas sehingga berkemungkinan menyebabkan runtuhnya kuasa PH pimpinan Mukhriz Mahathir.

Kedua-duanya telah mengisytharkan sokongan mereka kepada PM TS Muhyiddin Yassin serta PN Kedah, dan mereka telah hilang kepercayaan terhadap PKR dan kepimpinan Anwar.

Dengan pengumuman Dr Ling (ADUN Sidam) dan Azman (ADUN Lunas) itu, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir hilang majoriti di DUN Kedah.

Justeru dengan perkenan DYMM Sultan, kerajaan Kedah akan bertukar tangan kepada PN.

Dampaknya apabila Dr Ling mendakwa semenjak Anwar memimpin parti PKR pasca pemilihan 2018, PKR telah berpecah-belah.

Hari ini, rakyat sedang melihat episod-episod nazaknya PKR, dan hancurnya cita-cita Anwar untuk menjadi PM.

Ironinya Anwar lebih heboh dikatakan sebagai talibarut Yahudi dan penyokong kuat ‘gay’, juga heboh dikatakan sebagai kaldai ‘Freemason’, yang memperjuangkan liberalisme sosial dan pluralisme agama yang berani mengatakan bahawa semua agama itu sama, dan semua tuhan bagi semua agama itu sama (nauzubillahi minzalik).

Tiada apapun yang baik dalam PKR, ia hanyalah parti yang dilindungi oleh DAP yang telah membawa sial kepada PH.

Segala noda yang menyelimuti PKR dikotorkan lagi dengan status Anwar sebagai bekas banduan yang telah disabitkan dengan rasuah dan sodomi.

Kini PKR dilihat sedang menempah kerandanya sendiri.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: