(Video) NAJIB UMPAMA BARAH YANG MENULAR DI BADAN MAHATHIR – YM RAJA ANNUAR ADNAN

Dr Mamat Desa

Sebagai insan yang pernah dibesarkan di negeri utara tanahair, saya amat suka berbual dengan sesiapa sahaja yang saya temui jika mereka bercakap loghat utara.

Datuk-nenek dan ayah-ibu di utara telah lama meninggal, lantas amat jarang saya pulang, kecuali pada hari raya untuk ziarah kubur almarhum ayahanda dan sedekahkan pahala membaca surah Yassin.

Hari ini saya terbaca tulisan karya YM Raja Annuar Adnan (RAA) bertajuk ‘Najib umpama barah yang menular di badan Mahathir’ yang amat menarik, melukiskan suatu analogi tentang DS Najib Tun Razak yang amat terkesan kepada Tun Mahathir disiarkan dalam blog Taipingmali.

Ia bukan sahaja menarik kerana terdapat di sana-sini bahasa loghat utara, tetapi ia juga menarik kerana analogi yang diberikan, bagi saya adalah terkesan sekali.

Lantas saya cuba mencari siapakah YM Raja Annuar dan saya temui dalam FB beliau bersama dengan karya tersebut.

Dengan itu di sini, saya amat berbesar hati untuk berkongsi artikel tersebut agar ia dapat kita cernakan dalam minda yang sihat tetapi kritis, mungkin untuk mencari kebenaran dan menilai secara peribadi tanpa kongkongan politik, siapakah antara DS Najib dan Tun Mahathir yang lebih matang dalam berpolitik, yang lebih mulia hatinya, lantas siapakah yang lebih berjaya memenangi hati rakyat.

Saya tidak mahu menjawab persoalan itu, tetapi pembaca nilailah sendiri dengan fikiran yang waras, dan tidak terpengaruh dengan fitnah media mahupun mahkamah media yang sering menghantui dan cuba mempengaruhi minda khalayak saban hari.

Di samping itu saya akan cuba menyelitkan imejan media yang boleh menyokong hujah-hujah YM Raja Annuar Adnan sebagai mana berikut:

NAJIB UMPAMA BARAH YANG MENULAR DI BADAN MAHATHIR

Orang Utara mesti dah biasa dengan perkataan ‘MAKAN DALAM’.  Ada jugak yang sebut ‘TERBAKAQ’. Maksudnya, sesuatu yang sangat terkesan dalam diri, yang boleh membuatkan seseorang itu panas hati, bengang, tension atau kesan yang tidak baik pada diri. 

Jangan buat main tau, sebab benda ni boleh buat orang lain jadi naik darah, sakit jantung, hidup tak tentu arah, sakit jiwa, gila dan silap-silap boleh buat orang tu mengamok tak tentu pasai. 

Kalau penyakit, dia macam barah. Dia attact dari dalam. Jadi, apa yang aku nak bagi tau, Najib tu tak ubah macam barah yang menular dalam diri Mahathir. 

Ni la yang sebenaqnya apa yang dah jadi pada Tun Mahathir. Dia menderita kerana Najib.

Macam mana boleh jadi macam tu?

Kejadian dia lebih kurang macam ni la. Bayangkan kita main badminton. Hang tak henti-henti dok smash, tapi setiap kali hang smash selamba ja aku angkat. Sampai lembek hang smash tapi loi ja aku lambung balik sambil makan keropok super ring. Mesti lama-lama hang akan give up, hang maki diri sendiri bodo la, haramjadah la sebab hang dah terbakaq sangat. Hang mesti sound aku, “Hoi! Hang nak main ka tak nak?” Boleh jadi bodo tau kalau main badminton macam tu. 

Macam tu la Najib balaih kat Mahathir. Hangpa bayangkan apa yang Mahathir tak buat kat Najib? Apa yang Mahathir tak kata kat Najib? Dia tuduh Najib dengan lebih 40 pertuduhan, dia angkut barang-barang Najib dari rumah Najib, dia tuduh Najib perompak, penyamun, pencuri. Dia blok passport Najib. Dia kacau anak bini Najib. Tak cukup dengan tu dia tuduh Najib bersubahat bunuh Altantuya. Sama macam cerita kita main badminton tadi, Mahathir smash gila babi. Tapi kita nampak Najib steady ja. Relaks ja dia angkat balik. 

Aku respek sangat-sangat dengan cara Najib. Najib tak balaih dengan maki hamun macam Anwar. Najib tak buat demonstrasi macam PH. Najib tak buat mogok lapaq pun macam puak-puak nun. Sebaliknya dia siap tunjuk dia enjoy pi makan-makan. Najib tunjuk dia enjoy life. Dia pi main gym. Dia main FB. Dia join budak-budak muda, dia pi main bowling, dia join busker, dia merayau sana sini. Rakyat pula berebut-rebut bergambaq, berebut-rebut bersalam. Beribu. Siap melekat gelaran BOSSKU. Memang makan dalam cara Najib. Tu dia habaq hang! 

Mau Mahathir tak terbakaq. Bila Mahathir keluaq kat publik, tak sapa ambik pot. Kalau ada pun mungkin sekoq dua bangla. Mungkin sebab muka Mahathir macam muka tok depa.

Itulah kehebatan Najib. Tak sangka kan? Dengan strategi macam tu ja boleh buat Mahathir menderita. Lain macam betui cara Najib. Najib tak lawan api dengan api. 

Apa yang Najib buat tu betui-betui makan dalam. Mahathir jadi serba tak kena. Dia jadi mati akai. Buntu! Buntu! Dia ingat Najib akan murung macam lakunan Nordin Ahmad dalam cerita Lela Majnun. Dia harap Najib akan datang sembah tapak kaki dia macam depa yang sembah kaki Ayah Pin. Dia jangkakan Najib akan putus asa dan minum clorox macam bangsa dia kat Kerala tu. 

Teringat Aku dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. Dulu Raja Namrud campak Nabi Ibrahim a.s dalam api. Api tu, kalau burung terbang belah atas pun boleh hanguih. Bayangkan kuat ka tak kuat api tu. Tapi dengan pertolongan Allah swt, api tu tak terkesan langsung pada Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim a.s selamba ja keluaq dari bara api bila api dah terpadam. Nak tau tak, langit, gunung, bumi dan para malaikat memohon agar Allah swt selamatkan Nabi Ibrahim a.s. Masa tu semua binatang cuba padamkan api tu kecuali cicak.  Cicak-cicak siap hembuih nak kuatkan api. 

Sekarang kita nampak macam firaun Mahathir pulak campakkan Najib dalam api. Setakat ni kita tengok Najib ok lagi. Tak lama lagi terpadamlah api itu. Kita rakyat yang sayangkan Najib tak putus-putus doakan keselamatan Najib. Kita juga berusaha ‘padamkan api’ dengan cara menepis segala macam fitnah terhadap Najib. Tapi DAP dan segelintir pengkhianat Melayu bertindak tak ubah seperti cicak-cicak tu. 

Ni yang buat Mahathir mengelupoq tak tentu arah. Api dah nak padam. Dia nak kenakan Najib tapi dia yang kena teruk. Dia nak bakaq Najib tapi dia yang terbakaq. Mahathir hilang jawatan PM, parti PPBM pun dah menyampah kat dia. Nak harap PKR? Sorry la, dendam Anwar pada dia tak yah cerita la. 

La ni, bila Mahathir tengok Najib tak lut, dia target orang Melayu pulak. Dia salahkan kita sebab kita sokong Najib. Dia kata kita bacui. Hangpa tau apa maksud bacui? Maksudnya pengecut, maksudnya kita tak da teloq. Kurang ajaq betui orang tua kerepot tu. Berani dia kata kita tak da teloq? Phuuiiiii (Curi style Diva).

Ah, kata la apa pun, tak dak kesan la. Sebenaqnya Mahathir dah nyanyok. Nanyok sebab semua smash dia pada Najib tak bagi kesan langsung. Dapat bola tanggung pun tak menjadi. Smash orang umoq dekat 100 tahun tau aja la. Tak jadi kudey pun. Mahathir dah give up la tu. Sebab tu dia attack kita pulak. 

Jadi, tak salah kalau aku katakan bahawa Najib boleh membenamkan Mahathir dan Mahathir akan mati beragan. 

RAJA ANNUAR ADNAN

14 Mei 2020

******

6 thoughts on “(Video) NAJIB UMPAMA BARAH YANG MENULAR DI BADAN MAHATHIR – YM RAJA ANNUAR ADNAN

Add yours

  1. Saya x boleh kata apalah sbb yg tertulis bnyk benarnya. Seperkara lg x ada apa yg perlu dimarah sngt kat Najib tu! Apa yg x kena? Klu nak ikut Mahadhir ni x bnyk yg bolih dibanggakan. Buat lebuhraya ada tol…Mana kemudahan untuk rakyat? Kroninya adalah!? Buat KLCC apa untungnya pada rakyat!? Pengswastaan apa jd yg untung sapa Kroninya!? Buat kilang besi entah mana hilangnya!? Wawasan 2020!!! Dia tahu xakan berhasil maka dia letak jawatan!!! Habis cerita. Skrg dia lihat MALAYSIA boleh berjaya, maka dia nak tunjuk yg buat kejayaan ini hasil laluan dia!? Dengan rasa x senang dan busuk hati dia sangup memfitnah bg nak menaikkan
    NAMANYA SEMULA!!! Inilah @ skrg tengoklah akibatnya.YANG PENTING PERLEMBAGAAN HARUS DIJAGA DAN ORG MELAYU PERLU @ MESTI SEDAR MAINAN POLITIK OLEH ORG YG MAHU MEROSAKKAN NEGARA MALAYSIA MP MP HARUS @ MESTI BERLAKU JUJUR DAN AMANAH….. WALLAH HU ALAM BIS SAWAB

    Like

  2. Saya ingin menceritakn sedikit sebanyak kesan sumpah laknat yang d ucapkan kepada najib tun razak.

    Tun m menjadi pm ke 4 hanya 22 tahun.

    Tun m mengetuai ph selama 22 bulan.

    Najib tun razak melafaz sumpah laknat nya pada 20. Disember, 2020. Dn kejatuhan pimpinan ph pada 28 feb, 2020.

    Maknanya.

    Tun m jangan lupa putika sumpah laknat yang s lafaz kan seseorang itu.

    Tun m pm ke 4
    Hanya 22 tahun
    Tun m pm ke 7.
    Hanya 22 bulan
    Najib tun razak melafaz kn sumpah laknat dalam masa 66 hari sahaja tuhan sudah jalan kan permohonan lafaz laknat najib razak.

    Tun m ketulahan.
    No. 22thn = pm ke 4
    No. 22bln = pm ke 7
    No. 66hari = ketulahan

    Menteri besar kedah
    No. 18 = anak tun
    M.
    Tersungkur
    D kedah.
    Selapas ini tuhan akan perlihat kan lagi tulah2 yang paling dasyat dn mengerikan

    Like

  3. Madet dah mula bkaq hati mwlayu2 dgn mengatakan bacul dgn dap saperti di dok megapi supaya kita melayu begaduh sakan dgn cina2

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: