(Video) HIPOKRASI LKS, TIADA PUN USUL DAP MEMBELA RAKYAT DI PARLIMEN

Sebelum ini saban hari Lim Kit Siang menjaja supaya sidang parlimen diadakan segera untuk membincangkan masalah rakyat yang tertekan akibat pandemik Covid serta Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin untuk membantu rakyat.

Malahan Lim Kit Siang menggesa rakyat menyokong petisyen supaya sidang parlimen dilanjutkan untuk memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan pandemik Covid.

Dengan itu juga Lim Kit Siang mahu sidang parlimen yang dijadualkan pada 18 Mei ini dilanjutkan untuk membuka ruang masa yang lebih demi rakyat supaya DAP-PH dapat memperjuangkan nasib rakyat kerana DAP amat menitikberatkan hal kebajikan rakyat.

Hebat sungguh Lim Kit Siang kerana ketika mereka berkuasa merekalah pejuang “Pakej RM30 Demi Rakyat” yang cukup untuk membeli tisu tandas untuk cuci berak bangsa DAP selama seminggu.

Apa yang mengejutkan tetapi tidak ramai yang mengetahui, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat telah mengeluarkan kenyataan media bahawa tiada langsung usul daripada DAP yang menjurus kepada dasar keprihatinan mereka terhadap rakyat (setakat semasa artikel ini ditulis).

Sebaliknya terdapat 7 usul daripada PH atau pihak pembangkang yang rata-ratanya secara ringkas adalah seperti berikut:

Daripada YB Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong:

  • PM TS Muhyiddin Yassin tidak mendapat keyakinan majoriti ahli parlimen (AP)
  • YB Langkawi mempunyai keyakinan majoriti ahli dewan rakyat.
  • Sidang parlimen yang dijadualkan satu hari (1) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
  • Mencadangkan agar sidang parlimen dilanjutkan daripada satu (1) hari kepada 8 hari.

Daripada YB Semporna, DS Shafie Apdal:

  • Undi ‘percaya’ kepada YB Langkawi yang mempunyai keyakinan majoriti ahli dewan rakyat.

Daripada YB Langkawi, Tun Mahathir Mohamad

  • Kekalkan pelantikan YDP Dewan Rakyat
  • YAB PM TS Muhyiddin Yassin, YB Pagoh tidak mendapat keyakinan majoriti ahli-ahli dewan rakyat.

Boleh disimpulkan bahawa daripada 7 usul tersebut, 4 usul daripada AP PH mahu kerajaan PN dijatuhkan dengan pandangan bahawa Mahathir mempunyai keyakinan majoriti, sedangkan TS Muhyiddin tidak.

Sebaliknya bertentangan dengan apa yang dicanangkan oleh Lim Kit Siang, tiada satu pun usul DAP-PH yang cuba membela rakyat, dan menghuraikan permasalahan rakyat sebagai mengangkat keprihatinan rakyat terutamanya dalam keadaan rakyat yang kritikal menghadapi pandemik Covid.

Apa yang dipentingkan oleh pihak PH adalah cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Lantas apa yang dijaja oleh Lim Kit Siang sebagai keprihatinan DAP untuk membela rakyat hanyalah satu hipokrasi semata-mata.

Sebagaimana ketika mereka berkuasa selama 22 bulan dengan dasar ‘tiada yang percuma untuk rakyat’, ‘rakyat hendaklah ikat perut’, ‘kerajaan tak ada duit’, ‘Melayu pemalas,’ dan ‘negara akan bankrap’, begitulah hakikatnya sikap DAP sekarang.

Sebaliknya Bank Dunia telah memperakui kedudukan ekonomi Malaysia yang mantap dan signifikan untuk menghadapi pandemik Covid-19.

Malahan semasa mereka berkuasa, AP PH sering ponteng sidang dewan, anehnya sekarang Lim Kit Siang mahu sidang dewan diperpanjangkan.

Ada juga pandangan bahawa AP PH ponteng sidang dewan kerana mereka memprotes Mahathir, justeru membuktikan bahawa Mahathir tiada sokongan meskipun daripada PH sendiri (sila rujuk video).

Sebagai parti cauvinis kaum, DAP sedar yang menderita kerana tekanan ekonomi adalah kaum Melayu, dan yang menderita kerana kemiskinan juga adalah kaum Melayu.

Malahan DAP sengaja mengurangkan jumlah penjawat awam kerana majoriti besar daripada penjawat awam adalah kaum Melayu.


Premis utama yang ditonjolkan oleh PH pada 7 usul yang dikemukakan kepada YDP Dewan adalah bahawasanya usaha para menteri PN serta frontliners (barisan hadapan) untuk melawan pandemik Covid-19 tidak pernah dihargai oleh PH-DAP.

Sebab itulah mereka lebih suka PN dijatuhkan, kononnya kerana tiada keyakinan ahli dewan terhadap PM TS Muhyiddin Yassin.

Tetapi puak rasis ini lupa tentang hakikat bahawa Tun Mahathirlah yang sebenarnya tidak mendapat keyakinan majoriti.

Lihatlah bagaimana negeri tadbiran anaknya DS Mukhriz jatuh setelah dua adun PH mengisytiharkan keluar parti dan menyokong kerajaan PN Kedah.

Malah keputusan Mahathir meletakkan jawatan PM pada Februari lalu adalah kerana dia tiada lagi mempunyai sokongan daripada ahli parti.

Sebagai AP Langkawi, Mahathir sepatutnya malu berada dalam PH-Kedah, sedangkan majoriti ahli Bersatu kini berada dalam kem TS Muhyiddin.

Nampaknya banyaklah musuh yang dicipta sendiri oleh Mahathir. Dahulu dia menentang PM, Tun Abdullah Badawi, kemudiannya DS Najib Razak dan kini sebagaimana biasa dia menentang pula TS Muhyiddin Yassin, kerana dia adalah boneka dan kaldai DAP.

******

Advertisement

2 thoughts on “(Video) HIPOKRASI LKS, TIADA PUN USUL DAP MEMBELA RAKYAT DI PARLIMEN

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: