PH MENUNTUT KEMBALIKAN ‘MANDAT MENIPU RAKYAT’

(Disertakan Video)

Pada 24 Feb lalu, Tun Mahathir, memperakui bahawa dia tidak lagi mendapat sokongan dalam PH, lantas dia wajar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM).

Perakuan peletakan jawatan Mahathir telah dipersembahkan dalam sepucuk warkah kepada DYMM Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri.

Lantas dengan itu, Mahathir turut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi PPBM (Bersatu) melalui surat rasmi kepada ibu pejabat parti.

Pada 9 Mei baru-baru ini pula, gempar bahawa Mahathir dan DS Anwar bersepakat untuk mengembalikan mandat rakyat yang telah diamanahkan kepada PH-DAP pada PRU-14 dahulu.

Nampaknya kedua-duanya sama-sama diserang sawan setelah PH-DAP tumbang dalam gerbang istana DYMM Agong kerana Mahathir tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagaimana yang dia isytiharkan.

Kini mereka cuba beretorik untuk memadamkan kesalahan Mahathir yang telah menodai mandat yang rakyat berikan pada 9 Mei 2018.

Mandat rakyat yang diamanahkan kepada mereka bukan sahaja dinodai melalui peletakan jawatan Mahathir sebagai PM, tetapi ia dinodai jauh lebih awal selama tempoh 22 bulan PH berkuasa apabila Mahathir memperakui bahawa dirinya adalah ‘PM boneka DAP’.

Sebagaimana dibuktikan oleh 5 PRK yang telah berlangsung sebelum PH tersungkur, kaum Cina sendiri telah menolak DAP, sebagaimana referendum yang mereka tonjolkan melalui PRK Tanjung Piai apabila calon Bersatu-PH kalah teruk.

Malahan ada yang mengatakan bahawa DAP membawa sial kepada PH kerana terlalu banyak kecelakaan yang dibuat oleh DAP yang mencabul amanah rakyat, dan memperkosa semangat perpaduan kaum. Itulah hakikat ‘mandat menipu rakyat’.

‘Mandat menipu rakyat’ PH terungkap dalam manifesto janji palsu, fitnah GST, fitnah 1MDB, fitnah hutang negara RM1 trilion, fitnah DS Najib perompak, fitnah negara akan bankrap, dan seribu satu lagi pembohongan.

Klise negara hampir bankrap, lantas mewajarkan DAP-Lim Guan Eng menjual aset negara dengan rakusnya sehingga pada tahap penjualan RM2 juta pada setiap jam PH berkuasa.

‘Hakikat negara akan bankrap’ juga memperkukuhkan rasional Mahathir meminta ‘rakyat miskin supaya jangan lagi mengharapkan bantuan kerajaan’, Mukhriz pula mahu ‘rakyat ikat perut’ dan mewajarkan kenyataan Lim Guan Eng bahawa ‘tiada yang diberikan percuma’ manakala Khaled Samad pula menjaja ‘kerajaan tak ada duit.’

Kerajaan PH tak ada duit – dimuat naik daripada YouTube

Anehnya apabila PH tumbang, mampu pula TS Muhyiddin Yassin memperuntukkan RM250 bilion dan tambahan RM10 bilion untuk program ‘Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.’

Di samping itu Bank Dunia pula memperakui bahawa kedudukan ekonomi Malaysia adalah kukuh.

Mahathir mencanangkan kononnya rakyat tidak suka PH kerana ‘PH tidak mengamalkan rasuah’ dan ‘PH berjaya mengekang rasuah’.

Kontradiknya PH-DAP sebenarnya telah mempergunakan Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya yang kedua-duanya merupakan pelantikan politik dalam agenda halus PH-DAP, untuk menutup semua kes rasuah pemimpin mereka.

Rakyat tidak lupa dengan kes pembelian banglo murah Lim Guan Eng yang dibalas dengan ‘gula-gula’ projek kerajaan PP kepada penjual banglo.

Penganalisis politik juga masih menunggu tindakan SPRM untuk bertindak ke atas kes rasuah Lim Guan Eng dalam projek Terowong Dasar Laut yang perancangan pembinaannya sahaja sudah memakan belanja RM305 juta.

Kemudian rakyat dan semua ahli parlimen melihat bagaimana skandal rasuah parti Amanah yang melibatkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, didedahkan oleh AP Air Hitam, DS Dr Wee Ka Siong yang juga merupakan Presiden MCA.

Sebelum itu rakyat juga didedahkan dengan kes rasuah orang kanan Menteri Pertahanan, Mat Sabu yang telah bankrap namun hutangnya diselesaikan oleh pihak tertentu bagi membolehkan orang berkenaan dilantik sebagai setiausaha politik.

Selain itu kes monopoli kontrak perolehan kementerian oleh anak kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Muhammadin Ketapi juga didedahkan.

Kes arahan Menteri Kabinet PH terhadap penerima kontrak kerajaan dengan ugutan untuk menarik balik kontrak jika gagal menyalurkan dana kepada pihak PH, juga masih menjadi tanda tanya rakyat.

Banyaklah lagi kes yang penat untuk dibincangkan di sini, sedangkan 9 kes pemimpin PH-DAP telah digugurkan oleh Tommy Thomas sebagai satu tindakan tindakan tidak bermaruah yang menodai kesucian sistem kehakiman negara.

Lantas di manakah letaknya rasional yang Mahathir canangkan bahawa rakyat benci PH kerana pemimpin PH tiada rasuah, dan PH berjaya melawan rasuah?

Adakah Mahathir sudah rabun, tuli atau buta?

Bukan sahaja kes rasuah, malah dalam tempoh 22 bulan ‘mandat menipu rakyat’ itu, pemimpin PH terdedah dengan penglibatan mereka bersekongkol dengan pengganas antarabangsa LTTE, ideologi komunisme yang cuba diserapkan ke sekoalah-sekolah melalui komik propaganda komunis, penyeludupan abu mayat Chin Peng yang menjadi musuh utama negara, perhimpunan gerila komunis yang cuba digambarkan sebagai pejuang negara, dan propaganda mendewa-dewa gerila komunis seperti Mat Indera.

Pendedahan Prof Dr Amat Juhari Moain
-“Ayah saya diseksa gerila komunis sebelum disembelih”.

Adakah PH-DAP dan Mahathir cuba memadamkan hakikat siapakah komunis sebenarnya pada kaca mata PDRM, ATM dan rakyat?

Pemimpin d’Facto DAP, Lim Kit Siang adalah bekas gerila komunis

Selain itu ‘mandat menipu rakyat’ juga telah mengheret negara kepada kemelesetan ekonomi, Bursa KL tercorot di dunia, nilai ringgit jatuh, harga minyak yang dijanjikan tidak turun, penjawat awam dibuang kerja, bantuan BR1M ditiadakan, menghapuskan tol hanyalah retorik kotor PH, kes Mykad palsu, kes lambakan ratusan ribu warga China, hutang negara yang bertambah, kos sara hidup meningkat dan yang paling trajis ialah, indeks kebahagiaan rakyat jatuh merudum di bawah kuasa PH.

Justeru adakah Mahathir dan Anwar mahu ‘mandat menipu rakyat’ dikembalikan kepada PH?

Dengan itu juga tarikh 9 Mei wajar dijenamakan sebagai tarikh celaka dan musibah ‘mandat menipu rakyat’.

*****

3 thoughts on “PH MENUNTUT KEMBALIKAN ‘MANDAT MENIPU RAKYAT’

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: