(Video) 9 MEI 2018 – ‘TARIKH MUSIBAH’ DAN KESILAPAN BESAR RAKYAT MALAYSIA

PRU14, 9 Mei 2020, adalah satu tarikh musibah kepada rakyat Malaysia, kecuali bagi mereka yang mahu melihat keruntuhan institusi Melayu-Islam, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu dan agama Islam, serta agenda tersembunyi golongan cauvinis Cina DAP untuk menjadikan negara ini sebuah republik.

Apa yang jelas ialah tarikh musibah itu telah mengangkat penipuan janji-jani manifesto PH, dominasi politik DAP, pencabulan sistem kehakiman negara dengan campur tangan Tommy Thomas, kemunculan dakyah komunisme, timbulnya sokongan terhadap LTTE yang telah banyak membunuh orang Islam di Sri Lanka, fitnah hutang negara RM1 trilion, fitnah negara akan bankrap, membuang penjawat awam yang majoritinya Melayu, dan menjarah aset Tabung Haji dan Khazanah.

Dipetik daripada Twitter

Rakyat telah termakan dengan propaganda dan retorik politik yang ditafsirkan sebagai pembohongan, janji palsu yang lewah dengan fitnah, sedangkan semangat integrasi nasional terus malap, kos sara hidup meningkat apabila nilai ringgit jatuh, ramai pelabur lari, dan saban hari diumumkan penjualan aset Tabung Haji dan Khazanah dengan kadar RM2.1 juta terjual setiap jam.

Malah Mahathir dan Menteri Kewangannya mencanangkan bahawa negara akan bankrap.

Sebaliknya di tengah-tengah gejala pandemik Covid-19, Bank Dunia memperakui bahawa Malaysia mampu berdepan dengan tekanan luaran kerana rizab kewangan yang kukuh.

Apa sebenarnya tujuan PH menyembunyikan kedudukan kewangan negara sehingga menjual banyak aset penting dan mencanangkan bahawa negara akan ‘bankrap’?

Adakah tindakan Lim Guan Eng sebagai strategi yang diatur oleh pertubuhan Yahudi seperti NED yang telah membantu DAP sejak 2002 untuk menjatuhkan kerajaan BN dan bagaimana hendak mengekalkan kuasanya setelah memang PRU14?

Video berikut membuktikan sebahagian daripadanya.

Penderitaan rakyat tidak sahaja mencakupi kehidupan golongan berpendapatan rendah yang sebelumnya dibantu melalui program bantuan rakyat seperti BR1M dan lain-lain lagi, tetapi simpanan umat Islam dalam Tabung Haji (TH) untuk tujuan menunaikan rukun Islam yang ke-5 turut dijarah, malah difitnah sebagai keuntungan yang ‘haram’.

Ia amat mengecewakan 3 juta umat Islam yang menabung pada TH demi agama.

PH hanya membenarkan hibah TH sebanyak 1.25 peratus pada April 2019, sedangkan sebelumnya pada 2016 adalah 5.75 peratus dan pada 2017 adalah 6.25 peratus. Ia merupakan satu bentuk sabotaj yang amat mengecewakan, sehingga Pembangkang menggesa diwujudkan RCI (Suruhanjaya Siasatan Di-Raja) untuk siasat fitnah ke atas TH.

Sebagaimana biasa, Menteri agama PH, Mujahid Yusuf Rawa terus gelabah menolak usul penubuhan RCI tersebut.

PH gagal melihat bahawa TH tidak terangkum dalam akta Bank sebaliknya dimaktubkan dalam Akta TH yang tersendiri.

Kemudian terdedah pula agenda tersembunyi DAP mahu menjadikan Malaysia sebuah ‘Republik Kristian’ sebagaimana yang dilontarkan oleh Senator TS Dr Ibrahim Abu Shah.

Dimuat naik daripada YouTube

Dakwaan tersebut selari dengan syarahan propaganda ulamak DAP, Wan Ji Wan Hussin yang mengatur strategi untuk menghapuskan sistem beraja dan menghina pihak istana.

Malahan bekas Pengarah Strategik DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman juga telah mendedahkan perkara yang sama, di samping dana DAP yang dibiayai oleh pertubuhan Yahudi sejumlah RM2 bilion.

Gejala mendewa-dewakan pejuang komunis yang menjadi musuh negara pada zaman Darurat, tiba-tiba muncul apabila cucu Shamsiah Fakih diangkat menjadi calon DAP pada PRU 2018.

Kemudian riuh pula apabila Presiden Amanah, Mat Sabu secara terbuka mengangkat gerila komunis, ‘Mat Indera’ sebagai pejuang kemerdekaan tanpa melihat bagaimana gerila komunis menyembelih kaum Melayu dalam pejuangan mereka.

“Ayah saya diseksa sebelum disembelih gerila komunis” – Prof Dr Amat Juhari Moain

Negara juga dikejutkan dengan kes pemimpin DAP yang bersekongkol dengan pengganas LTTE, namun kes tersebut segera ditutup oleh Peguam Negara beberapa minggu sebelum PH tumbang. Kes pembunuhan anggota Bomba, Adip Mohd Kassim juga cair begitu sahaja.

Banyaklah terbongkar satu-persatu Manifesto PH yang penuh dengan pembohongan dan janji palsu, sehingga rakyat meluahkan kekecewaan mereka.

Manifestasi kepada perasaan kecewa rakyat tersimbah dalam 5 PRK, Semenyih, Cameron Highlands, Rantau, Tanjung Piai, dan Kimanis sebelum Tun Mahathir sedar bahawa dirinya tiada lagi mendapat sokongan rakyat.

Malahan kajian Merdeka Centre telah mendapati bahawa populariti Mahathir dan Anwar dalam kalangan rakyat amat rendah.

Sebuah firma pengiklanan, Nobleman Creation telah menjalankan kajian media sosial dengan memberikan tumpuan kepada populariti pemimpin politik khususnya DS Najib Razak, DS Hadi Awang, DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir. Kajian populariti pemimpin tersebut mengambil kira dua garis masa pada Mei 2018 dan Jan 2019.

Tidak hairanlah sekiranya Mahathir telah mengadap DYMM SPB YDP Agong untuk mengumumkan peletakan jawatannya sebagai PM pada Februari lalu, dan sekali gus mengeluarkan Bersatu daripada PH yang membawa kepada tumbangnya kerajaan ‘penipu dan pemfitnah hebat’ dalam sejarah Malaysia.

Tidak gunalah PH mencanangkan tentang ‘mandat rakyat’ sekiranya mandat itu diberikan atas paksi pembohongan, fitnah dan janji palsu.

Lebih mengejutkan apabila Mahathir mengakui bahawa dia hanyalah PM boneka DAP.

*****

Advertisement

2 thoughts on “(Video) 9 MEI 2018 – ‘TARIKH MUSIBAH’ DAN KESILAPAN BESAR RAKYAT MALAYSIA

Add yours

  1. Org melayu kena bangkit dan bertindak beramai ramai mempertahan kan hak agama dan bangsa melayu… ITU saja.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: