ANWAR AKUI BERSATU TELAH KHIANATI PH

DS Anwar Ibrahim telah meletakkan syarat kepada Bersatu sekiranya mereka mahu kembali bersama Pakatan Harapan, maka mereka tidak boleh ‘mengkhianati PH’.

Syarat yang diletakkan oleh Anwar ialah,“Penyertaan kembali Bersatu ke dalam pakatan tertakluk kepada kesanggupan parti itu menjunjung agenda perjuangan dibawa PH. PH enggan mahu mengulangi kesilapan lalu di mana Bersatu bersikap mengkhianati perjuangan pakatan itu sehingga menyebabkan kerajaan ditadbir jatuh.”

Dengan kenyataan Anwar itu jelaslah bahawa PH dan dia sendiri memperakui bahawa PH tumbang akibat pengkhianatan Bersatu.

Siapakah yang telah mengkhianati PH?

Kemelut perbalahan dalam PH bermula apabila Tun Mahathir telah berjanji akan menyerahkan kerusi PM kepada Anwar dalam tempoh dua tahun PH berkuasa, tetapi kemudiannya Mahathir berdolak-dalik.

Pada September 2019, ketika di New York Mahathir tidak memberi jaminan bahawa penggantinya adalah Anwar.

Malahan Mahathir menyatakan bahawa dia akan menyerahkan kuasanya selepas PRU15, yang akan berlangsung pada 2023.

Mahathir mungkin terpaksa mengkhianati agenda PH kerana PH lebih banyak tunduk kepada agenda dan kehendak-kehendak DAP yang telah menjadi musuh Mahathir sejak sebelum 13 Mei 1969 lagi.

Setelah PH berkuasa, DAP telah menjadi rakus menjual aset negara termasuk aset Tabung Haji, dan menyerapkan kader-kadernya ke dalam jabatan kerajaan dengan agenda tersembunyinya.

Kemasukan ratusan ribu warga China ke negara ini tanpa ada rekod keluar adalah agenda DAP yang tidak boleh dipandang enteng kerana ia mengancam kedaulatan negara. Malahan DAP juga telah meletakkan orang-orangnya untuk mengetuai beberapa pelabuhan negara.

Tindakan Peguam Negara lantikan DAP, Tommy Thomas, mencampuri urusan kehakiman negara, dengan menutup kes pemimpin DAP yang dikaitkan dengan pengganas LTTE, kes rasuah Lim Guan Eng dan banyak lagi, amat terkesan kepada perasaan rakyat.

Malahan rakyat melihat perhimpunan bekas gerila komunis di Kajang, dan penyeludupan abu mayat Chin Peng yang menjadi musuh utama negara suatu ketika dahulu, adalah antara agenda DAP yang tidak boleh dikompromi.

Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman pernah mendedahkan bahawa DAP mempunyai agenda untuk menjadikan negara ini negara Kristian.

Selain daripada itu, Senator, Dr TS Ibrahim Abu Shah mendedahkan bahawa DAP juga mempunyai agenda untuk menjadikan negara ini sebuah Republik, lantas menolak kuasa Raja-Raja Melayu.

Agenda DAP adalah agenda PH, kerana sebagaimana kata Mahathir, DAP mendominasi PH dan dia hanyalah PM boneka DAP.

Hari ini 7 Mei, Bersatu melalui, Ketua Penerangannya Radzi Jidin menegaskan bahawa Bersatu tetap berpegang teguh kepada keputusan yang telah dibuat pada 23 Februari lalu untuk tidak kembali kepada PH.

Media juga heboh mengatakan bahawa hanya tiga ahli parlimen Bersatu yang berada di luar kem TS Muhyiddin Yassin iaitu Mahathir, Mukhriz dan Syed Saddiq, manakala yang lain-lainnya setia bersama Muhyiddin.

Pendirian Bersatu (kem Mahathir) untuk menjadi pembangkang tetapi bukan dalam gabungan PH, amat jelas menunjukkan bahawa PH tiada kuasa majoriti untuk membawa usul ‘undi tidak percaya’ kepada Muhyiddin’ sebagaimana yang menjadi propaganda sesetengah daripada pemimpin mereka.

Malahan kenyataan bersyarat Anwar sekiranya Bersatu mahu bergabung semula dengan PH, bagaikan melayan Mahathir seperti pengemis, sedangkan Mahathir adalah PM ketika bersama PH.

Majoriti sayap pemuda Bersatu, Armada atau Angkatan Bersatu Anak Muda juga telah menetapkan pendirian mereka untuk tidak menyokong agenda Ketuanya, Syed Saddiq, kembali bersama PH.

Ahli Exco Armada, Muzzammil Ismail mendedahkan bahawa 144 daripada 191 bahagian menolak cadangan untuk kembali bersama PH.

Mereka juga telah menyatakan kesetiaan mereka kepada TS Muhyiddin Yassin dan bukannya Mahathir.

Lantas, sekiranya Parlimen bersidang, dengan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, Mahathir akan dilihat sebagai ‘melukut di tepi gantang’ kerana tersisih daripada pembangkang yang lain dalam gabungan PH.

Usul ‘undi tidak percaya’ ke atas Muhyiddin juga hanyalah retorik dan omongan kosong balaci-balaci PH.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: