KERAJAAN PH KEDAH AKAN TUMBANG

Awal pagi 6 Mei, media maya dikejutkan dengan berita kerajaan Kedah pimpinan Mukhriz Mahathir yang dikatakan akan kehilangan kuasa majoriti ADUN apabila terdapat ADUN PKR negeri yang akan beralih sokongan.

Sebelum ini Mukhriz dikritik dan difitnah menjadi dalang kepada isu serangan ke atas Ustaz Ebit Lew yang proaktif membantu golongan miskin yang terjejas sara hidup mereka akibat pandemik Covid-19 dan PKP.

ADUN Sidam PKR, Dr. Robert Ling Kui Ee pada Isnin, 4 Mei lalu telah mempertikaikan keputusan PKR pusat menggantung dan memecat timbalannya di Cabang PKR Sungai Petani dan beberapa lagi kepimpinan cabang di Kedah.

Malah Dr Robert mencabar melalui FB-nya, “Bila mau gantung saya pula? Takut untuk pecat saya ka? Saya akan pertahan anggota yang setia dengan saya di Kedah. Wait n see..”

Terdapat tujuh ADUN PKR di Kedah. Ekoran pendirian Dr Robert Ling itu, beberapa lagi ADUN PKR Kedah juga akan turut mengikuti jejak langkahnya beralih sokongan.

Landskap kepimpinan PKR sebenarnya dikusutkan lagi dengan isu pengurusan Mukhriz yang lemah sebagai Menteri Besar Kedah seperti yang didakwa oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Hj Ahmad Yahaya.

Meskipun terdapat 6 ADUN Bersatu, namun tidak sampai separuh yang masih setia dengan Mukhriz sedangkan majoritinya berada dalam kem TS Muhyiddin Yassin.

Adakah mereka akan menongkah arus menentang Perdana Menteri, sedangkan MB tidak menunjukkan kesetiaannya terhadap kerajaan pusat?

Menurut Hj Ahmad Yahaya, “Dr Robert Ling juga memperlihatkan bahawa beliau sudah tidak sehaluan dengan kepimpinan PH Kedah.”

Sekiranya Dr Robert Ling nekad meninggalkan PKR serta berpendirian tidak akan bekerjasama dengan PH negeri, maka terdapat kebarangkalian bahawa beberapa ADUN PKR yang lain di Kedah yang akan mengikut jejak langkahnya.

Komposisi DUN Kedah adalah seperti berikut:

Dengan itu PH-Bersatu Kedah akan kehilangan majoriti kerusi DUN dan kuasa pentadbiran negeri.

Kebanyakan ADUN Kedah juga tidak selesa dengan sikap Mukhriz di peringkat negeri yang masih bekerjasama dengan PH untuk menjadi negeri pembangkang, lantas berlawan arus dengan apa jua dasar dan keputusan PM di peringkat pusat.

Inilah dilema apabila terdapat dua puak dalam PH, satu bersetia dengan PM TS Muhyiddin Yassin dan satu puak lagi cenderung menyokong Tun Mahathir yang tidak sehaluan dengan Muhyiddin dan berpihak kepada PH.

Akibatnya PAS Kedah menggambarkan kerajaan PH Kedah sebagai tempang dan kehilangan sokongan majoriti ADUN untuk memimpin kerajaan negeri.

Senario pada landskap politik Kedah ini pastinya mendorong perubahan kepada kuasa negeri yang tidak lagi relevan berada di tangan Mukhriz.

Menurut Hj Ahmad lagi, kecelaruan iklim politik yang dipamerkan PH di bawah kepimpinan Mukhriz telah memberikan dampak negatif terhadap penumpuan memajukan negeri dan rakyat Kedah telah merasai tempias buruk akibat perbalahan dalam PH.

Seandainya Dr Robert Ling dan beberapa ADUN lain keluar daripada PH, pastinya kuasa kerajaan negeri tidak lagi relevan berada di tangan PH.

Kuasa majoriti akan jatuh kepada Muafakat Nasional.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: