
Sejumlah 36 laporan polis telah dibuat terhadap EMPAT pemimpin Pakatan Harapan kerana didakwa menghina Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Laporan polis itu dibuat berhubung kenyataan empat pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang didakwa berbaur hasutan ketidaksetiaan dan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong serta Institusi Raja- Raja Melayu.

Salah satu laporan berkenaan telah dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, supaya siasatan dilakukan terhadap kenyataan empat bekas menteri daripada PH yang berbaur hasutan menerusi ucapan kepada orang ramai pada Mac lalu.
Empat pemimpin berkenaan ialah:
- Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu;
- Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad;
- Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan
- Pengarah Strategi Amanah, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.


Menurut wakil NGO, Ummah Johor, Roslan Nikmat, ucapan mereka boleh mencetus ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
“Terutama dalam ucapan itu boleh disimpulkan seolah-seolah ada penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” kata Roslan yang merupakan jurucakap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.
Beliau berkata, tujuan laporan itu dibuat supaya pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap empat pemimpin PH tersebut di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan agar tidak menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.
Salah satu laporan polis dibuat terhadap Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad atas kata-katanya yang seolah-olah mempersoalkan kredibiliti Yang di-Pertuan Agong.
Khalid Samad pada satu ceramahnya, setelah TS Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri (PM) telah memperlekehkan istana sebagai mengamalkan pilih kasih kaum.
Jelaslah Khalid telah turut menghina Perlembagaan yang memperuntukkan hak kepada DYMM YDP Agong dalam perkara melantik PM.
Amatlah salah baginya untuk mempersoalkan kredibiliti DYMM Agong.
Dalam satu klip video yang tersebar dalam media sosial, Khalid mendakwa Pakatan Harapan, yang menamakan Anwar Ibrahim untuk memimpin kerajaan baru, mempunyai bilangan secukupnya.
Kata Khalid, “Tapi Agong tak yakin. Kerana apa? Kerana 100 lebih itu, hanya dalam 40 sahaja orang Melayu dan yang bukan Melayu 60 lebih.”
Sebelum ini dilaporkan kira-kira 2/3 ahli Parlimen yang menyokong PH adalah bukan Melayu.
Ketika PH menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri, gabungan itu ada sekurang-kurangnya 92 ahli Parlimen dari DAP, PKR, dan Amanah. Daripada jumlah tersebut, 59 bukan Islam, hanya 33 Melayu/Islam.
Hakikatnya Muhyiddin mempunyai lebih dari cukup akuan berkanun yang menyokongnya sebelum bertemu DYMM YDP Agong.
Ucapan Khalid juga mengundang kritikan daripada bekas Perdana Menteri Najib Razak, yang menggolongkan bekas menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai “tidak bertanggungjawab”.
Ucapan Khalid diterjemahkan sebagai menghasut rakyat bukan Melayu supaya membenci DYMM YDP Agong.
Presiden PAN (Amanah) pula menterjemahkan pertabalan TS Muhyiddin Yassin sebagai ‘perompak di tengah jalan’.
Adakah Mat Sabu lupa bahawa Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai PM, dan turut mengisytihar PPBM keluar daripada Pakatan Harapan, lantas dia telah mengosongkan kerusi PM?
Lantas, siapakah yang merompak? Atau ada perompak yang telah menyerahkan diri?
*****
Mykad palsu atau yg dibeli adalah Musibah besar utk NEGARA…. Kerana rata rata Warga China yg Masuk secara Haram mahupun sewaktu kerajaan lama atau pun baru.. mempunyai IC yg sah dari segi record tapi PALSU dari segi undang undang Negara…
Maka dgn ic Tersebut amat MUDAH utk mereka mengundi Dan memperoleh kemenangan spt mana AGENDA mereka utk menakluk sepenuhnya Malaysia.
Kalau nak menang boleh.. .. kena jalan yg Lurus…bukannya melalui tipu muslihat jual beli ic Dan sebagainya……
Kesimpulan…..
ISU ic ni kalau kerajaan Tak bertindak tepat….. PRU 15 nanti Tak hairankah mereka akan menguasai banyak kawasan negeri…. silap silap jd pemerintah Negara… Na’uuzubillaah..semoga Allah Melindungi Negara Kita dari pencemaran….
Sy berharap Sgt Sgt kerajaan PEKA terhadap ISU ic NI sebelum PARAH…
Sebagai Warga Negara Dan rakyat Malaysia… ini pandangan Saya….. Saya sayangkan Negara Saya Serta Agong Agama Bangsa Dan Negara Keseluruhannya….
Sekian TERIMAKASIH…
sebagai rakyat Malaysia yg Bertanggung jawab terhadap Negara… Sy menyuarakan pandangan Sy…..
Terima Kasih
LikeLike
SEBAB ITU KITA HARUS HARUS BERSATU DAN TOLAK KERAJAAN YG DIDOMINASI DAP. MEREKA BERGERAK SECARA HALUS DAN JUGA TERANG-TERANGAN.
LikeLike
Siasat sampai kelubang caci jika mahu negara kekal aman satu hari nanti. kita semua sdh mati. yg tinggal generasi kita. jika tidak dibendung dari sekarang… aktiviti oemalsuan akan trus bermaharajalela. penyangak akan kebal dn pti cina india myanmar akan menopoli pusat2 tertentu. melayu …… kelaut. fikir2kan.
LikeLike
Kami amat bersetuju dgn pandangan jauh tuan.
Terima kasih.
LikeLike