(Video) MyKAD PALSU ANCAMAN KEPADA NEGARA

NGO Gabungan Gerak Padu Selangor (GGPS) mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh bekas Menteri Dalam Negeri September lalu, bahawa seramai 200,000 warga asing dijangka mendapat sijil kewarganegaraan.

Walau bagaimanapun pihak JPN telah menafikan jumlah tersebut, kerana jumlah yang sebenarnya adalah sekitar 20,000 permohonan.

Menurut FMT, JPN telah mengesahkan bahawa antara Mei 2018 sehingga September 2019, hanya 19,788 yang memohon untuk mendapatkan sijil kewarganegaraan. Daripada jumlah tersebut hanya 4,422 yang layak diberikan kerakyatan.

GGPS juga membangkitkan isu penularan status kerakyatan wanita warganegara China yang menjadi satu isu kontroversial dan perlu diperjelaskan oleh JPN.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh telah mengesahkan bahawa wanita warganegara China itu sah diberikan kerakyatan kerana telah berkahwin dengan warganegara Malaysia.

Namun pihak GGPS masih melahirkan kebimbangan kerana isu pemberian kerakyatan kepada pendatang China adalah sensitif dan boleh dimanipulasikan.

Bagaimana pula sekiranya perkahwinan tersebut hanyalah satu muslihat dan bersifat sementara?

Bagaimana jika puluhan ribu lelaki Cina Malaysia mendaftar perkahwinan dengan wanita China, lantas melayakkan mereka diberikan kewarganegaraan dan mengundi nanti?

Penasihat Undang-Undang GGPS, Datuk Imran Tamrin berkata, kerajaan perlu menjelaskan sekiranya terdapat perubahan dasar dari segi syarat yang perlu dipatuhi untuk permohonan kewarganegaraan.

Meskipun KDN pada Disember tahun lalu, telah melaksanankan operasi memburu pelancong China dan India yang tinggal lebih masa di negara ini, namun masih ada pihak yang tidak berpuas hati kerana 100,000 pelawat China masih tidak dapat dikesan.

Anehnya sebagaimana dilaporkan oleh bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, pada sidang parlimen November lalu, hanya 9 sahaja warga China yang ditangkap kerana memiliki MyKad atau dokumen palsu, sedangkan terdapat 100,000 warga China yang masuk tetapi tiada rekod keluar.

Satu petisyen telah disalurkan melalui Internet oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) untuk mendapatkan 150,000 tandatangan rakyat Malaysia untuk mendesak kerajaan bertindak ke atas kakitangan JPN yang telah bersubahat dalam kes menjual Mykad palsu kepada pendatang asing.

Setakat artikel ini ditulis, PEMBELA, telah memperoleh 109,000 tandatangan warganet meskipun kempen petisyen baru bermula dua hari yang lalu, dan mereka mensasarkan 150,000 tandatangan.

Di samping itu PEMBELA juga mendesak kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat siapakah atau puak manakah yang menjadi dalang kepada penjualan MyKad palsu yang berkenaan.

Timbalan Presiden Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim melalui rakaman video dalam FB-nya juga telah membangkitkan isu MyKad palsu dengan kebimbangannya sekiranya ia menjadi satu agenda tersembunyi pihak tertentu.

Terdapat kes-kes pemilikan MyKad palsu di Pulau Pinang dan Sabah yang amat membimbangkan.

Bagi Zamil, gejala ini diributkan lagi dengan kes ‘blackout sistem’ elektronik di KLIA pada 21 Ogos yang memaksa Jabatan Imigresen menggunakan sistem manual untuk pemeriksaan masuk warga asing ke negara ini.

Namun pelbagai kecurigaan telah terbangkit, kerana ketika PH-DAP berkuasa, kes penglibatan pemimpin DAP dalam LTTE dilihat tidak begitu diberikan perhatian yang serius oleh Peguam Negara, Thommy Thomas.

Malahan Timbalan Presiden PAN (Amanah), Sallahuddin Ayub membangkitkan gejala ‘perkauman’ apabila terdapat NGO yang mencadangkan agar pihak berkuasa menyemak kembali status kerakyatan kaum bukan Melayu di negara ini.

Sallahuddin juga pernah dilabelkan oleh warganet sebagai jurucakap kepada DAP.

Bagi warga asing yang memiliki MyKad palsu, pastinya mereka boleh mendaftar sebagai pengundi dan memihak kepada kaum dan parti tertentu.

Walau bagaimanapun pihak JPN tidaklah mendiamkan diri kerana pada November tahun lalu sebanyak 1,047 tangkapan melibatkan orang awam telah dibuat hasil daripada 2,100 operasi penguatkuasaan yang dijalankan terhadap sindiket penipuan dan pemilikan dokumen pengenalan diri palsu atau milik orang lain, sejak 2013.

Pada September tahun lalu, polis telah menahan 20 individu yang dikaitkan dengan penjualan MyKad palsu dan seorang pegawai JPN Pulau Pinang disyaki sebagai dalang kepada sindiket tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamad, modus operandi sindiket adalah dengan mencari warga asing sebelum maklumat mereka diserahkan kepada pegawai JPN untuk proses pengeluaran kad pengenalan secara tidak sah.

Bayaran yang diperolehi hasil sindiket tersebut daripada warga asing adalah antara RM100,000 hingga RM600,000.

Beberapa pegawai kerajaan berpangkat tinggi juga telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan menjual MyKad kepada warga China di Pulau Pinang.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: