(Video) SOALAN KEPADA ONG KIAN MING, DAP YANG BERDILEMA ATAU UMNO?

Oleh Dr Mamat Desa

Beberapa hari lalu, Ahli Parlimen DAP Bangi, Dr Ong Kian Ming telah menerbitkan pandangan genjotnya dalam Malaysiakini melalui dua siri artikel yang membangkitkan ‘Dilema UMNO dalam kerajaan PN.

Hakikatnya kerajaan ‘tanpa DAP’ melalui Perikatan Nasional (PN), telah menyebabkan kegelabahan, dan dilema bangat kepada DAP.

Lebih besar lagi dilema DAP, apabila Bersatu mengisytiharkan keluar daripada PH.

Tun Mahathir sendiri sedar bahawa DAP adalah liabiliti kepada PH, dan amat tidak relevan bagi parti Melayu bekerjasama dengan DAP.

Oleh kerana DAP tidak mahu keluar daripada PH, maka lebih baiklah Bersatu yang keluar daripada PH.

‘Anak luar nikah’ DAP iaitu PAN, tidak boleh diharap untuk menarik sokongan kaum Melayu-Bumiputera dan masyarakat Islam, apatah lagi apabila presidennya didakwa sebagai pengikut ajaran sesat Syiah.

Rakyat tidak lupa dengan pendedahan bekas Pengarah Strategik Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman bahawa DAP mempunyai agenda menjadikan negara ini sebuah sebuah republik, lantas mahu menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu.

Demikian juga dengan pendedahan bekas Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad, dan Bekas Timbalan Pengerusi DAP, YM Tunku Abdul Aziz  tentang gejala rasisme, cauvinisme dan anti-Islam dalam kalangan pemimpin DAP.

Justeru, DAP-lah yang berdilema setelah PH kehilangan sokongan Melayu dan tersungkur hanya dalam tempoh 22 bulan mereka berkuasa.

Tidak ada jalan lain lagi bagi DAP untuk memperjuangkan survivalnya kecuali terus-terusan melaga-lagakan parti komponen dalam PN.

Pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang, telah beberapa kali mendesak supaya PN mengadakan sidang parlimen supaya Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) RM250 bilion, dapat diperdebatkan dan berkebarangkalian boleh dibatalkan.

Kit Siang melihat PRE telah membongkar fitnah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa negara hampir bankrap kerana hutang dan kekurangan dana, lantas banyak aset negara terpaksa dijual.

Kian Ming pula cuba menjadikan kritikan pemimpin UMNO terhadap menteri tertentu dalam PN, sebagai bukti bahawa UMNO menentang PN.

Kian Ming tidak nampak bahawa UMNO cuba mengangkat kebebasan bersuara dan demokrasi dalam PN.

Ia amat berbeza dengan situasi apabila DAP menjadikan Tun Mahathir sebagai PM boneka.

Tidak ada mana-mana komponen dalam PH yang berani menegur DAP baik dalam hal penglibatan pemimpin mereka dalam isu pengganas LTTE, abu mayat Chin Peng, perhimpunan bekas gerila komunis, penjualan aset Tabung Haji, kemusnahan maruah kehakiman negara, janji palsu manifesto, dan banyak lagi kegenjotan DAP.

Kian Ming seperti masih mengigau apabila mencatatkan bahawa “pemimpin UMNO lebih suka berada dalam kerajaan bersama Bersatu berbanding berada dalam pembangkang”.

Dia lupa bahawa agenda utama UMNO adalah mewujudkan kerajaan tanpa DAP, lantas dengan itu, mengapakah UMNO perlu berada dalam kelompok pembangkang di mana DAP menjadi ‘warlord’?

Kian Ming juga mendakwa bahawa “Setelah memerintah negara lebih 60 tahun, UMNO tidak biasa memainkan peranan sebagai parti nombor dua dalam kerajaan.

Nampaknya dalam kenyataan tesebut Kian Ming secara tidak langsung telah memperakui bahawa ‘UMNO tetap utuh dan teguh pada hati rakyat selama lebih 60 tahun.’

Cuma apa yang berlaku pada PRU-14 adalah kesan  pembohongan, penipuan, janji palsu dan fitnah PH-DAP untuk mengalahkan UMNO-BN.

Kian Ming cuba melaga-lagakan UMNO dan Bersatu apabila dia mengatakan bahawa kewujudan “Bersatu adalah untuk menggantikan UMNO dalam arena politik sebagai parti Melayu yang dominan dalam kerajaan.”

Kian Ming buta apabila dia gagal melihat banyak bahagian Bersatu yang telah dibubarkan, dan dia juga buta bahawa UMNO-BN telah mengalahkan Bersatu-PH dalam 5 PRK.

Malah pada PRK di Tanjung Piai, BN telah membuktikan bahawa ia mendapat sokongan yang padu daripada kaum Cina untuk mengalahkan calon Bersatu.

Kian Ming juga cuba membilang angka-angka bilangan Menteri, Timbalan Menteri dan pemimpin GLC sebagai usaha PN melupuskan pengaruh UMNO.

Inilah yang menjadi masalah besar kepada DAP, kerana mereka masih dengan budaya angka dalam perjudian memiliki kuasa.

Kontradiknya Kian Ming gagal melihat PKR sebagai parti yang lebih banyak menyumbang dari aspek jumlah ahli parlimen, sebaliknya DAP yang mendominasi PH.

Kian Ming juga gagal melihat bahawa PN wujud secara ‘adhoc’ untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada huru-hara PH-DAP.

Dengan itulah Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hasan, menegaskan bahawa tiada sebarang dilema pada UMNO untuk bekerjasama dengan TS Muhyiddin demi menegakkan kerajaan ‘tanpa DAP’.

Jika UMNO tidak memberikan kerjasama, pastinya PAS juga akan menarik diri, lantas di manakah kedudukan PN sekarang?

Bagi DS Mohamad Hasan usaha jangka panjang yang menjadi keutamaan UMNO adalah untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) kerana UMNO-PAS telahpun mewujudkan piagam penyatuan.

Kian Ming harus faham bahawa UMNO adalah komponen yang membentuk kuasa majoriti dalam PN.

Malahan tegas DS Mohamad Hasan, PN bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional (BN).

Sebagai parti politik Melayu terbesar, UMNO akan terus relevan di “Malays’ heartland” danUMNO akan bekerja keras untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi pada PRU akan datang.

Jika DAP mahu membangkitkan soal rasuah, maka DAP harus tanya mengapakah kes-kes rasuah pemimpin DAP dilupuskan begitu sahaja oleh Tommy Thomas?

Jika DAP mahu menuduh UMNO sebagai parti perompak-lanun, tanyalah siapakah yang menjadi nakhoda dan mengemudi bahtera UMNO selama 22 tahun?

Buku ‘The BMF Scandal’ yang dikaitkan dengan rasuah Tun M, karya Lim Kit Siang

Tanyalah Lim Kit Siang siapakah orang yang dikaitkan dengan skandal Forex-BNM, Maminco, Perwaja Steel, BMF dan macam-macam lagi.

Orang itu ada di sisi Lim Kit Siang sekarang!

*****

6 thoughts on “(Video) SOALAN KEPADA ONG KIAN MING, DAP YANG BERDILEMA ATAU UMNO?

Add yours

  1. SEPATUTNYA BILA DPT TAHU SAJA AKN RANCANGAN DAP TRUS TUBUHKAN RCI,BILA TERBUKTI BENAR,TRUS SAJA HUKUM PEMIMPIN² DAP DAN TRUS HARAMKAN DAP.

    Like

  2. DAP DAN TUN M DAN PH MESTI DI PERTANGGUNGJAWABKAN ATAS SEMUA KEROSAKKAN YG TLH DILAKUKAN SELAMA 22 THN BERKUASA

    Like

  3. KEROSAKKAN DAN KERUGIAN JUGA MANGSA² COVID19 , YG DILAKUKAN DAP BERSAMA TUN M MESTI DIAMIBIL TINDAKKAN DGN MENDAKWA MEREKA DI MAHKAMH JUGA RAMPAS SEMUA HARTA YG DIMILIKI DAP TUN M SERTA KRONI² NYA BUAT MEMBANGUN KAN NEGARA SEMULA JUGA MEMBAYAR GANTIRUGI SELURUH RAKYAT MSIA YG TERKESAN SEMUA INI.

    Like

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑