(Video) APA AGENDA DAP-PH JUAL ASET NEGARA SEBEGITU RAKUS?

(RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam)

Dalam tempoh 22 bulan, PH yang didominasi oleh DAP,  begitu rakus sekali menjual aset negara, tanpa ada tindakan alternatif untuk menambahkannya.

Memang benar bahawa kerajaan BN juga telah menjual aset Khazanah tetapi penjualan itu adalah untuk menampung pembelian aset baru, atau pelaburan baru yang membawa keuntungan jangka panjang.

Namun kerajaan PH yang didominasi DAP menjual aset negara secara rakus dan wewenangnya tanpa ada alternatif untuk pelaburan baru atau rancangan keuntungan jangka panjang.

Ketika PH berkuasa, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menjual aset negara bernilai kira-kira RM20 bilion. Secara purata setiap hari sebanyak RM51 juta, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam.

Dimuat naik daripada YouTube

Aset negara yang dijual termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Healthcare Berhad – RM8.42 bilion, Sapura Upstream – RM3.7 bilion, Acibadem Sigort – RM1.25 bilion, Telco M1 – RM1.65 bilion), saham TNB – RM1.05 bilion, Boustead Plantation – RM1.2 bilion, Axiata Digital -RM0.579 bilion, BDO Unibank – RM0.415 bilion, CIMB -RM0.364 bilion, Hotel Royale Chulan -RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China dengan nilai RM1.6 bilion.

Tidak cukup dengan apa yang disenaraikan itu, The Edge Markets melaporkan bahawa PH telah merancang untuk menjual aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS),  pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Malaysia Airlines Berhad (MAS).

PH juga dikatakan bertanggungjawab menjual 14 anak syarikat Tabung Haji Plantation (THP) pemilik ladang kelapa sawit seluas 76,975 hektar kepada Tamaco Plantation, syarikat kroni DAP.

Sebaliknya seperti yang didakwa oleh Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hasan, wang jualan aset yang dibuat oleh Lim Guan Eng, tidak direkodkan dalam perbelanjaan negara.

Lantas, ke manakah perginya wang tersebut?

Apa yang dilaporkan oleh akhbar ialah, Tun M menyokong tindakan Lim Guan Eng untuk melangsaikan hutang negara yang telah dicanangnya berjumlah RM1 trilion.

Hakikat sebenarnya, sebagaimana dibentangkan sendiri oleh Lim Guan Eng pada Pembentangan Bajet 2019 di parlimen ialah RM686 bilion dan bukannya RM1 trilion sebagaimana fitnah Mahathir.

Nampak sangat bahawa tindakan Lim Guan Eng dan Mahathir adalah satu komplot untuk menghebahkan kepada dunia bahawa BN telah berhutang sedemikian banyak, sehingga dikatakan negara hampir bankrap.

Kontradik dengan dakwaan kerajaan PH, Malaysia sebenarnya mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, sebagaimana diperakui oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dan disokong oleh Bank Dunia.

Menteri Kewangan PN, Tengku Zafrul Aziz

Apakah agenda tersembunyi mereka yang sebenarnya?

Lim Guan Eng memberi alasan untuk membayar warisan hutang kerajaan BN, tetapi mengapakah hutang negara bertambah, sedangkan hutang sebelumnya tidak menyusut?

“Selepas PH mengambil alih, hutang kerajaan naik RM54.2 bilion pada tahun 2018 menjadi RM741.1 bilion. Ini kadar kenaikan yang jauh lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini,” jelas mantan PM, DS Najib yang merujuk data daripada laman sesawang Bank Negara Malaysia.

Syukur sangat apabila dengan kuasa Allah, kerajaan PH yang didominasi DAP di bawah pimpinan Mahathir telah tumbang.

Apabila Mahathir mengaku dia hanya boneka DAP, adakah ia salah satu strategi ‘escapism’ untuk mengelak daripada dipersalahkan?

Adakah pemimpin begini yang masih didewa-dewakan oleh rakyat Melayu, sebagai pembela bangsa?

Di manakah dia meletakkan kuasa yang diamanahkan kepadanya sebagai pemimpin negara?

Kini dakwaan PH bahawa negara akan bankrap, amat jelas sebagai fitnah. Hutang negara di bawah kerajaan BN berjumlah RM1 trilion juga merupakan fitnah.

Adakah DAP dengan kerjasama Mahathir mahu negara ini benar-benar bangkrap dan hancur?

Hari ini, kontradik dengan fitnah komplot Lim Guan Eng DAP-Mahathir, PM TS Muhyiddin Yassin tanpa banyak bicara telah megumumkan Pakej Ransangan Ekonomi berjumlah RM250 bilion dengan tambahan RM10 bilion untuk (IKS).

Tindakan TS Muhyiddin dengan jelasnya menafikan fitnah Mahathir dan Lim Guan Eng bahawa negara akan bangkrap.

Adakah PN akan melepaskan pemfitnah-pemfitnah ini begitu sahaja?

*****

2 thoughts on “(Video) APA AGENDA DAP-PH JUAL ASET NEGARA SEBEGITU RAKUS?

Add yours

  1. 1. Mahathir+ limguaneng = REGU UTAMA PEMUSNAH NEGARA. 2.KEDUA DUANYA PENYEBAB KENAIKKAN HUTANG NEGARA DAN CORONAVIRUS19, PENJUALAN IC BIRU KPD ORG DR CHINA DAN INDIA , SINDIKET WANG PALSU MSIA.. 3. LIM GUAN ENG+DAP ,DGN SOKONGAN MAHATHIR JUGA PUNCA MELAYU,ISLAM,RAJA2 DAN NEGARA DI HINA, LTTE DI BEBASKAN,PENJENAYAH DEBDAPPH DI BEBASKAN SEWENANGNYA, KEBAJIKAN RAKYAT DI TAHAN DI SEKAT DI MANSUHKAN. #- MEREKA BERDUA, WAJIB DISIASAT, DIDAKWA DAN PARTI MEREKA DIHARAMKAN TERUS DARI MUKABUMI INI.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: