(Video) TERESA KOK LABELKAN MUHYIDDIN ‘PENAKUT’ SEBENARNYA DIA GELABAH DENGAN KERAJAAN TANPA DAP

Oleh Dr Mamat Desa

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok membangkitkan kelucuan dalam kalangan pemerhati politik, apabila cuba melabelkan PM TS Muhyiddin Yassin sebagai ‘penakut’ kerana telah memaklumkan bahawa sidang Parlimen pertama kerajaan Perikatan Nasional akan berlangsung hanya satu hari.

Dia seperti dikejutkan dari tidur lena di tengah malam, apabila menerima notis Setiausaha Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa sidang parlimen hanya akan diadakan selama sehari.

Sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, dalam keadaan terkejut dan masih mamai itu, Teresa cuba beretorik dan cuba menjadikan sidang parlimen 18 Mei itu sebagai isu panas untuk menonjolkan kelemahan Muhyiddin.

Bagi Teresa, sidang selama sehari itu tidak munasabah dan tidak masuk akal, sedangkan dia lupa tentang pengisytiharan WHO bahawa pandemik Covid-19 sebagai satu ‘Darurat Dunia’ yang kini telah membunuh lebih 150,000 manusia sejak ia meletus di Wuhan China pada Disember tahun lalu.

Teresa cuba membangkitkan kebencian kepada PN apabila dia berkata, “Ini sama sekali tidak dapat diterima dan bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen yang sudah lama wujud. Kerajaan Perikatan Nasional tidak memiliki asas yang sah untuk mengehadkan sesi parlimen hanya satu hari kerana walaupun terdapat perintah kawalan berikutan pandemik Covid-19, akhir-akhir ini kita melihat banyak negara demokrasi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat mengadakan sesi parlimen biasa.”

Teresa sengaja ‘menangguk di air yang keruh’ kerana dia tidak sedar bahawa kematian akibat serangan wabak Covid-19 di United Kingdom dan Amerika Syarikat berpuluh kali ganda daripada kematian di Malaysia.

Jangankan kata parlimen bersidang seperti biasa, rakyat mereka juga bersidang seperti biasa di tepi-tepi pantai, sehinggakan kerabat DiRaja juga disahkan positif kerana dijangkiti Covid-19.

Perkara yang Teresa lupa kritik ialah sidang Dewan Undangan Negeri DAP, Pulau Pinang yang hanya berlangsung selama DUA JAM. Begitu juga Sidang DUN Kedah yang hanya berlangsung selama dua jam.

Mengapakah Teresa tidak menghalakan kritikannya kepada KM DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow sebagai penakut?

Kenapa tidak mengkritik anak manja Tun M, DS Mukhriz yang menerajui negeri Kedah sebagai penakut walaupun sememangnya dia jenis manja dan penakut.

Teresa juga membangkitkan isu Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) bagi membantu rakyat menghadapi Covid-19 apabila dia menuduh, “Kerajaan sedang berusaha menghalang dan melemahkan peranan Parlimen yang sah dan konsep pemisahan kuasa dalam menghalang perbahasan mengenai pakej rangsangan.”

Apakah sebenarnya agenda tersembunyi DAP sebagaimana yang cuba dicetuskan oleh Teresa?

Adakah Pakej Rangsangan Ekonomi Muhyiddin yang menjadi agenda penting DAP?

Adakah DAP mahu pakej rangsangan bernilai RM250 bilion dan tambahan RM10 bilion untuk SME, didebatkan agar ia berkebarangkalian boleh dihentikan?

Jika DAP mahu Pakej Rangsangan Ekonomi itu dihentikan, maka DAP boleh berbuat sedemikian dalam tempoh sidang meskipun Sidang Parlimen hanya berlangsung sehari! (Sebagaimana didakwa oleh MalaysiaToday)

Adakah DAP mahu membela pembohongan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa negara akan bankrap, lantas DAP mahu lagi sekali mendesak kerajaan PN berhutang sana-sini dan menggadai aset penting negara meskipun dalam status kerugian yang tinggi?

Adakah DAP mahu PN membuka tabung “Bantuan PN” sebagaimana “Tabung Harapan” PH yang kini dipersoalkan entah kemana perginya sumbangan rakyat itu?

Adakah DAP mahu kekal dengan pembohongan Lim Guan Eng dan Mahathir bahawa hutang yang ditinggalkan BN adalah berjumlah RM1 trilion, dan mengesahkan bahawa sebenar-benarnya hutang negara yang dijarah oleh PH adalah mencecah RM1 trilion? Lantas PRE Muhyiddin tidak relevan?

Tidakkah Pakej Rangsangan Ekonomi RM260 bilion Muhyiddin jelas menafikan segala tuduhan Guan Eng, Mahathir dan DAP?

Ahli Parlimen PH lebih suka ponteng tidur daripada mengikuti sesi perdebatan dalam sidang: satu hipokrasi Teresa Kok

Ahli Parlimen PH lebih suka tidur daripada mengikuti sesi perdebatan dalam sidang. Tidakkah ia membangkitkan hipokrasi Teresa?

Video dimuat naik daripada YouTube: Anehnya Ahli Parlimen seringkali tidur dalam
dewan, ponteng sidang, dan membiarkan sidang kosong dengan hanya
dipenuhi oleh wakil-wakil UMNO, PAS dan BN.

Hakikatnya Teresa Kok amat gelabah, sengsara, murung dan tertekan dengan kerajaan tanpa DAP, kerana tiada lagi jalan bagi mereka untuk menganiaya rakyat kerana mereka telah kehilangan kuasa.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: