(Video) ROHINGYA – KITA MASIH BELUM SERIK DENGAN PENDATANG HARAM

Isu pendatang asing Rohingya tiba-tiba meletus di tengah-tengah gejala pandemik Covid-19.

Belum sempat pihak keselamatan negara menyelesaikan masalah pemerdagangan pendatang Rohingya di Langkawi pada 5 April lalu, pada hari yang sama timbul pula isu jangkitan Covid-19 dalam kalangan etnik itu di Selayang.

Adalah dianggarkan 90% daripada pengendalian Pasar Borong Selayang, Pasar Borong Seri Kembangan, dan Kompleks Pasar Borong Klang dikuasai oleh pendatang Rohingya, Bangladesh, dan Myanmar.

Jelaslah bahawa tindakan pemutihan di kawasan pasar terbabit oleh pihak Imigresen dan badan penguatkuasa kerajaan nampaknya tidak berkesan.

Kaum pendatang berkenaan seakan-akan kebal kepada undang-undang negara meskipun pada pandangan kasar ketamadunan golongan ini adalah rendah dari aspek kebersihan, tempat tinggal dan tingkah-laku.

Apa akan jadi dengan negara ini, sekiranya urusan pasar yang menjadi nadi perniagaan makanan dikuasai oleh pendatang asing?

Pada hujung Mac lalu, rekod Zon Merah Covid-19 telah mencatatkan Selangor dan Kuala Lumpur sebagai lokasi yang paling signifikan kerana 6 daripada 14 Zon Merah berada dalam wilayah kedua-duanya.

Nampaknya Malaysia masih mahu berdiri atas prinsip ‘membela mangsa kezaliman regim Myanmar terhadap Rohingya’ sedangkan realitinya negara ini terbeban baik dari aspek sosial, politik dan ekonomi oleh golongan pendatang asing.

Kerajaan Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, tidak memberi muka kepada golongan ini, sebaliknya Malaysia seakan-akan menutup mata dan membisu terhadap kadar pengangguran masyarakat tempatan, tetapi mahu menjadi juara membela pendatang.

Setakat Oktober tahun lepas, direkodkan seramai 54,856 warga Rohingya berada di Malaysia selain pelarian Myanmar, daripada etnik Chin (41,420), Muslim Myanmar (10,928), Rakhine/Arakan serta etnik (5,221).

Menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia atau MTUC, pengambilan pekerja warga Rohingya atau mana-mana warga asing akan mewujudkan senario lambakan pendatang asing dan sekaligus mengabaikan isu pengangguran warga tempatan.

Faktor utama keengganan tenaga tempatan mengisi kekosongan atau permintaan dalam sektor pekerjaan adalah kerana gaji yang ditawarkan adalah rendah, tetapi menjadi persepsi ‘mewah’ kepada pendatang asing.

Isu ini harus dipandang serius kerana fenomena pekerja sedemikian akan menyumbang kepada berlakunya masalah sosial dan jenayah ekoran peningkatan pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan akibat tekanan kos sara hidup..

Sekiranya benar ada kekosongan atau keperluan tenaga kerja, kenapa tidak diutamakan pekerja warga tempatan dahulu?

Soal nasionalisme dalam isu ini harus diutamakan sebelum kita sendiri membiarkan lambakan pendatang asing baik sebagai pendatang UNHCR mahupun pendatang haram, sedangkan tamadun mereka amat rendah dari aspek kebersihan dan amalan hidup.

Video YouTube- Rohingya bela kambing dalam rumah flat

Op Dalal (membanteras ejen darat) yang dikendalikan oleh pihak berkuasa Maritim Malaysia pada 16 April telah berjaya menahan dua dalang dari etnik Rohingya yang menjadi ketua kegiatan penyeludupan PATI Rohingya di sekitar perairan utara. 

Kedua-dua dalang ini juga terbabit dengan penyeludupan etnik Rohingya di perairan Langkawi, 5 April lalu.

Menurut pihak Maritim hasil tangkapan dua dalang etnik Rohingya pada 5 April lalu mendapati, setiap seorang pendatang haram membayar tidak kurang daripada RM15,000 kepada ejen untuk urusan kemasukan ke negara ini.

Isu Covid-19, isu penyeludupan pendatang Rohingya adalah perkara yang amat membebankan negara, tetapi di celah-celah kedua-dua itu timbul pula isu ‘diberi betis hendak paha’ oleh golongan berkenaan.

Lihat sahaja isu puak Rohingya ini di zon merah Covid-19 di Selayang yang sengaja ‘memekik’ bahawa mereka kekurangan makanan dan diabaikan, sedangkan bekalan makanan sebenarnya telah diagihkan kepada mereka.

Sebaliknya mereka sengaja mencari publisiti dengan agenda mereka untuk menuntut pelbagai keistimewaan, seakan-akan kehadiran mereka di negara ini adalah atas jemputan khas UNHCR.

Sebagaimana kandungan surat yang ditulis kepada Bekas Menteri Sumber Manusia, Kula Segaran ketika PH masih berkuasa dahulu, puak pendatang Rohingya ini menuntut beberapa layanan istimewa.

Antaranya mereka menuntut agar diberikan jaminan pekerjaan, perlindungan insurans kemalangan ketika bekerja, meskipun mereka tiada permit pekerjaan, dan menuntut kos rawatan hospital yang murah, bukan sebagaimana yang dikenakan kepada pendatang asing.

Dengan gejala perkahwinan dengan wanita tempatan sebagai sebahagian daripada agenda mereka, nampaknya warga tempatan, terpaksa berkongsi kemudahan sekolah, hospital, tempat kediaman, dan pekerjaan.

Malahan sebagaimana yang dilihat di pasar-pasar borong utama di Selangor dan Kuala Lumpur, mereka sebenarnya telah merampas hak warga tempatan dalam aspek peluang pekerjaan.

Malahan mereka dilindungi oleh puak samseng yang tidak berani diganggu-gugat oleh penduduk tempatan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: