(Video) TUN MAHATHIR AKAN JADI MELUKUT DI TEPI PARLIMEN

Oleh Dr Mamat Desa

Parti Bersatu (PPBM) kini, sebagaimana diperakui oleh Tun Mahathir telah berpecah dua.

Satu membentuk kem TS Muhyiddin Yassin, dan satu lagi yang masih mahu berada di bawah payung Mahathir.

Ramai penganalisis politik dan media, percaya bahawa hanya 3 wakil parlimen yang berada pada pihak Tun Mahathir iaitu, dirinya sendiri, anaknya Mukhriz dan Syed Saddiq.

Kami percaya bahawa kem di bawah Muhyiddin adalah lebih besar, kerana itulah antara faktor yang mengheret Mahathir untuk meletakkan jawatan sebagai PM, kerana dia mendakwa bahawa “tiada lagi sokongan terhadapnya.” Pastinya bukan sahaja dalam kalangan komponen PH malah dalam kalangan pemimpin tertinggi Bersatu sendiri.

Jika tidak masakan DYMM YDP Agong memilih TS Muhyiddin sebagai PM untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada huru-hara dan lintang-pukangnya PH dalam mengendalikan pentadbiran semasa mereka berkuasa sebelum hujung Februari lalu.

Bukan itu sahaja, kajian empirikal Merdeka Centre dan Nobleman Creation, telah menunjukkan bahawa Mahathir telah kehilangan populariti dalam kalangan rakyat. Lihat sahaja kekalahan PH dalam 5 PRK.

Bahagian Bersatu di banyak negeri telah dibubarkan. Malahan rakyat melihat bagaimana Mahathir merayu ahli-ahli parlimen UMNO supaya melompat parti untuk mengukuhkan Bersatu.

Ada dalam kalangan pemimpin UMNO yang menerima sahutan Mahathir semasa PH berkuasa, tetapi kini ramai yang menyesal. Namun mereka masih mempunyai peluang untuk menjauhkan diri daripada Mahathir dengan meloloskan diri masuk ke dalam kem Muhyiddin.

PH menjemput Mahathir dan Bersatu kembali menyertai mereka, namun Bersatu melalui, Ketua Penerangannya Radzi Jidin menegaskan bahawa Bersatu tetap berpegang teguh kepada keputusan yang telah dibuat pada 23 Februari lalu untuk tidak kembali kepada PH.

Anwar telah memberi syarat sekiranya Bersatu mahu bergabung semula dengan PH, bagaikan melayan Mahathir seperti pengemis, sedangkan Mahathir adalah PM ketika bersama PH.

Majoriti sayap pemuda Bersatu, Armada atau Angkatan Bersatu Anak Muda juga telah telah menetapkan pendirian mereka untuk tidak menyokong agenda Ketuanya kembali bersama PH.

Ahli Exco Armada, Muzzammil Ismail mendedahkan bahawa 144 daripada 191 bahagian menolak cadangan untuk kembali bersama PH.

Mereka juga telah menyatakan kesetiaan mereka kepada TS Muhyiddin Yassin dan bukannya Mahathir.

Pada 21 April, orang kuat Mahathir, DS Khairuddin Abu Hassan telah menasihatkan Mahathir supaya ‘tidak membuang masa untuk bersama PH’ atas alasan utama ‘DS Anwar Ibrahim tidak pernah menunjukkan keikhlasan kepada Mahathir’.

Bolehkah Anwar menunjukkan keikhlasan pada manusia yang telah menyumbatnya ke dalam penjara?

Apatah lagi Mahathir telah mengkhianati Anwar kerana memungkiri janji untuk menyerahkan kerusi PM kepadanya.

Selari dengan itu, Anwar pula telah mencanangkan bahawa dia akan menjadi ‘Ketua Pembangkang’ di Parlimen.

Sepekara lagi Mahathir juga telah mengisytiharkan bahawa dia telah keluar daripada PH dan akan berdiri sebagai pembangkang ‘solo’ di parlimen kelak.

Dengan itu arena politik dalam parlimen nanti akan memperlihatkan Perikatan Nasional berdepan dengan PH (DAP, PKR dan PAN) dan serpihan Bersatu.

Sekiranya Mahathir dengan konco-konconya yang tinggal tidak seberapa itu mahu berdiri atas nama parti pembangkang, maka nampak jelaslah bahawa dia akan kelihatan sebagai ‘melukut di tepi gantang’.

Mungkin dalam arena parlimen sedemikian, ego dan keangkuhan Mahathir akan cair, apatah lagi sebagai ahli politik yang amat gemar membina musuh untuk mengangkat dirinya sebagai yang terbaik tanpa menghormati kewibawaan dan kemampuan orang lain.

Selama 22 tahun Mahathir menguasai UMNO dan selama 22 tahun itulah dia menjadi nakhoda, tetapi anehnya dia menuduh UMNO rasuah, perompak dan lanun, sedangkan selama 22 tahun itulah kronisme, nepotisme dan kolusi berleluasa dalam UMNO.

Malah tersingkirnya Anwar adalah kerana kritikannya terhadap Mahathir dan amalan kronismenya dan nepotismenya sehingga Anwar melahirkan gerakan ‘Reformasi’.

Jika tidak masakan George Soros melabelkan Mahathir sebagai ‘the Corrupt Moron’ yang menjadikan Menara Kembar Petronas sebagai lambang kronisme dan nepotismenya.

Barry Wain dalam bukunya ‘The Malaysian Maverick’ juga membangkitkan bagaimana RM100 bilion lesap dijoli oleh PM ke-4 Malaysia .

Lim Kit Siang juga pasti tahu apabila suatu ketika dahulu dia menjerit-jerit malah tertulis dalam buku tulisannya tentang skandal Forex-BNM yang dimainkan Mahathir.

Kata PM Singapura, Lee Kuan Yew, jika pemimpin teratas (nakhoda) sudah rasuah apatah lagi anak-anak kapalnya yang di bawah.

Rakyat masih tertanya-tanya tentang skandal Forex-BNM, BMF, Perwaja Steel, Maminco, kematian Tun Fuad Stephen dan seluruh anggota tertinggi politik Sabah, skandal ‘bail-out’ pelbagai syarikat milik kroni dan banyak lagi skandal yang senyap begitu sahaja.

Hanya Allah yang tahu.

*****

Advertisement

2 thoughts on “(Video) TUN MAHATHIR AKAN JADI MELUKUT DI TEPI PARLIMEN

Add yours

  1. Tun M seorang pemimpin yg sukar diganti. Kemampuan berfikir dan strategi sukar di ramal. Peribadi yang bersih dan tertib. Tokoh barat ramai yang anti terutama soros dan rakan rakan beliau. Senang melakar Tun dengan berbagai persepsi tapi semuanya tanpa bukti. Long live Tun

    Like

    1. Itu pandangan Sdr..cuba baca Malaysian Marverick, cuba lihat komentar George Soros tentang rasuah Mahathir, cuba selidik kes BMF, knapa CIA dakwa mereka ada bukti Mahathir terlibat? Siapakah pmimpin yg memulakan dasar penswastaan yg menjarah wang rakyat? RANKER dan FANDOM senaraikan Mahathir antara DIKTATOR dunia.

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: