(Video) DAP BELA LANTIKAN POLITIK MEREKA

Sebelum PH menang PRU14, mereka amat serius menentang pelantikan politik dalam badan-badan kerajaan, sehinggakan dimasukkan sebagai ‘fatwa’ dalam manifesto mereka bahawa tidak akan ada lantikan politik.

Tiba-tiba setelah mereka berkuasa, banyak lantikan politik dibuat yang menolak ‘fatwa’ manifesto mereka, terutamanya lantikan orang-orang DAP.

Memang benarlah ‘manifesto bukan kitab bagi DAP’, tetapi sekadar kertas tisu tandas yang boleh dicampak ke longkang.

Lihatlah bagaimana GLC dikuasai oleh DAP serta kebanyakan pelabuhan dalam negara, berada dalam kuasa orang-orang DAP.

Misalnya:

  • ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang
  • Ahli Jawatankuasa CEC DAP, Dr John Brian Anthony dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Pelabuhan Bintulu
  • Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, Jeffrey Chew Gim Eam dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang  dan Suruhanjaya Pelabuhan Teluk Ewa
  • AP Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Pelabuhan Labuan
  • AP Bentong, Wong Tack telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
  • AP Klang, Charles Santiago dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
  • AP Ipoh Timur, Wong Kah Woh, Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, SEDA
  • AP Lanang, Alice Lau dilantik sebagai Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Senarai lantikan dipetik daripada Ismaweb, kredit kepada Dr Kamarul Zaman Yusoff).

Banyaklah lagi lantikan politik daripada orang-orang DAP dan parti komponen PH yang bertentangan dengan Manifesto PH yang mencatatkan bahawa “Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam syarikat milik kerajaan persekutuan dan negeri adalah dari kalangan profesional, bukan berdasarkan kaitan politik mereka”.

Adakah mereka itu semua profesional atau sebenarnya cuba menguasai urus tadbir negara untuk kepentingan kuasa politik mereka.

Agak musykil kenapakah DAP mahu menguasai kebanyakan pelabuhan negara, sedangkan isu kemasukan pendatang China, dan isu kad pengenalan palsu yang melayakkan mereka untuk mengundi telah menjadi isu hangat negara.

Hari ini DAP amat marah apabila lantikan politik itu semua ditamatkan oleh kerajaan PN yang menjadi penyelamat kepada keserakahan nafsu kuasa DAP, kemusnahan integrasi nasional, kemusnahan ekonomi negara serta semangat saling menghormati agama kaum masing-masing.

Sebagaimana pelantikan dan penabalan PM, TS Muhyiddin Yassin, kerajaan tanpa DAP telah perkukuhkan kuasa politik Melayu, yang sebelum PRU14 telah dilihat jauh lebih baik daripada urus tadbir kerajaan yang didominasi DAP.

Semasa DAP berkuasa, mereka tidak fikirkan langsung penamatan jawatan golongan profesional.

Lihatlah bagaimana Menteri Kewangan yang tidak profesional menguruskan dasar kewangan negara dan lihatlah bagaimana Menteri Pertahanan Malaysia dijadikan bahan lawak kerana hanya sekadar pandai memasak di dapur.

Rakyat juga menjadi saksi bagaimana sistem kehakiman negara dirosakkan oleh Tommy Thomas, Peguam Negara yang merupakan lantikan politik DAP.

Kini DAP juga mempersoalkan lantikan Presiden PAS sebagai Duta Khas Malaysia ke Arab Saudi.

Adakah mereka mahu Lim Kit Siang yang dilantik sebagai Duta Malaysia ke Arab Saudi?

Tidakkah mereka lupa tentang pelantikan Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai sebagai Duta Khas Malaysia di China menggantikan TS Ong Ka Ting dari MCA?

Rakyat juga tidak lupa bagaimana angkuhnya Kok Wai dengan pelantikannya dengan janji mahu memperkukuhkan hubungan Beijing-Putrajaya sedangkan banyak projek kerjasama China-Malaysia yang menguntungkan rakyat telah dibatalkan.

Kini Kok Wai dikatakan tidak mahu melepaskan jawatannya kerana dia menterjemahkan penabalan TS Muhyiddin sebagai PM baharu dan kewujudan kerajaan PN sebagai ‘kerajaan pintu belakang’.

Tidakkah kenyataan Kok Wai sebagai penderhakaan terhadap kuasa DYMM SPB YDP Agong sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan?

Sewajarnya pelantikan orang-orang DAP dalam GLC mahupun badan-badan utama kerajaan harus ditamatkan supaya urus tadbir negara tidak lintang-pukang kerana terdapat parasit yang mengganggu dari dalam.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: