(Video) STRATEGI MALAYSIA TANGANI COVID-19 ANTARA TERBAIK DI DUNIA

Apabila Pengarah Jabatan Alegi dan Jangkitan Kuman, Institut Nasional AS, Anthony Fuaci, membuat jangkaan empirikal bahawa 100,000-200,000 akan terbunuh akibat jangkitan Covid-19 di AS, ada pemimpin pembangkang yang percaya bahawa 10,000-20,000 pula rakyat Malaysia yang akan mati akibat yang sama.

Jangkaan tersebut dibuat kerana pendudukan Malaysia adalah 10% kadar bandingan dengan jumlah penduduk AS.

Video jangkitan Covid-19 di seluruh dunia – daripada YouTube

JP Morgan pula meramalkan bahawa pada pertengahan April, jumlah kes di Malaysia akan mencecah 6,300 tanpa menilai strategi yang diambil oleh KKM dalam menangani pandemik Covid-19.

Setakat 14 April, sejumlah 709,000 rakyat AS telah dijangkiti, dan 37,000 yang telah terkorban dengan kadar kematian 1446 sehari mengikut rekod pada 14 April.

Sekiranya angka kematian di AS kekal 1446 sehari maka dalam jangka 43 hari lagi kematian di negara kuasa besar itu akan mencapai 100,000 sebagaimana yang diramalkan Fuaci.

Namun keadaan berbeza di Malaysia kerana strategi mencegah melalui PKP fasa 1, 2 dan 3 telah menunjukkan kesan yang amat efisien.

Hari ini 18 April, jumlah kes jangkitan di Malaysia adalah 5251 dengan hanya 86 kematian manakala 2967 yang terjangkit telah pulih. Keberkesanan strategi Malaysia adalah amat baik berbanding dengan negara maju dunia dengan melihat kadar bandingan penduduk.

Jelaslah bahawa jangkaan awal ahli politik pembangkang yang suka memandang rendah usaha kerajaan dengan ramalan bahawa 10,000 rakyat Malaysia akan mati akibat jangkitan pandemik itu, adalah meleset sama sekali.

JP Morgan meramalkan 6300 akan terjangkit pada 15 April, tetapi rekod menunjukkan angka yang jauh lebih rendah iaitu 4817 sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Strategi kerahan PKP yang dilaksanakan oleh MKN, KKM, PDRM, ATM, Rela dan juga FRU nampaknya amat berkesan dalam konteks perbandingan dengan negara kuasa besar seperti AS.

Prof Jason Hassenstab dari Washigton University kagum dengan Malaysia yang ditafsirkan sebagai negara dunia ketiga, tetapi mempunyai kemampuan komunikasi dan pelaksanaan PKP sehingga pemakluman sampai ke kawasan pedalaman.

Bagi Prof Hassenstab tindakan Malaysia jauh lebih berkesan berbanding AS dan beberapa negara Eropah yang lain.

Spanyol yang mempunyai populasi sebanyak 47 juta, telah menerima jangkitan sejumlah 191,000 dengan kematian 20,000, manakala Italy yang mempunyai populasi dua kali ganda Malaysia (60.36 juta) telah mengalami kematian 22,745 sedangkan Malaysia hanya 86 kematian.

Jika perkiraan ramalan mengikut kadar populasi berbanding Italy, pastinya kematian di Malaysia sudah menjangkau 11,000 nyawa.

Jelaslah PKP, fasa 1, 2 dan kini 3 telah menunjukkan kesan yang efisien.

Bekas PM, Tun Mahathir pada awal merebaknya wabak Covid-19, tidak begitu menunjukkan keprihatinannya yang jelas, mungkin kerana menjangkakan serangan Covid-19 tidak jauh bezanya dengan serangan SARS.

Kini Tun Mahathir sendiri menekankan bahawa Malaysia harus melaksanakan fasa 3 dan tidak tergopoh-gopoh hentikan perintah kawalan itu.

Ia amat membimbangkan kerana kadar kematian akibat jangkitan telah meningkat semula di China setelah langkah lockdown seluruh negara ditamatkan. Pada 17 April kematian di Wuhan sahaja telah meningkat kepada 3869.

Dengan itu juga China tidak boleh dijadikan contoh terbaik dalam hal menangani Covid-19.

Budaya hidup masyarakat Barat yang pada awalnya tidak mempedulikan pandemik ganas yang dianggap oleh Britain sebagai ‘peperangan’ amat terkesan kepada jumlah jangkitan dan kematian.

Malaysia harus pertahankan budaya ketimurannya yang taat kepada Yang Maha Berkuasa dan taat pada pemerintah.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: