
Nampaknya watak sesumpah Anwar terus tekal dalam dirinya.
Sebagaimana disiarkan dalam rencana TTF, Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim, dikritik kerana bertindak seperti diktator apabila memecat orang-orang kanan PKR.
Demokrasi dalam PKR juga kelihatan sudah hilang, selari dengan kewujudan PKR yang telah melahirkan ramai samseng jalanan, kerana ia sendiri lahir di jalanan.

TTF telah menghebahkan tindakan Anwar menggantung Ketua Wanitanya, yang juga merupakan ADUN Lembah Jaya, Haniza Talha, sehari selepas parti berkenaan memecat bekas Setiausaha Akhbar PKR, Baru Bian, dan Setiausaha PKR Sarawak, Vernon Kedit, tanpa diberi peluang pembelaan.
Menurut Aniza Talha, dia digantung hanya kerana mengadakan pertemuan dengan bekas pemimpin PKR DS Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.
Aniza mempersoalkan, tidakkah Anwar juga telah mengadap Presiden Bersatu, juga merangkap PM, TS Muhyiddin Yassin yang ditafsirkan Aniza sebagai ‘tokoh yang telah memainkan peranan dalam kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, manakala Azmin dan Zuraida telah keluar PKR untuk menyertai Bersatu’?
Jika Anwar boleh mengadap Muhyiddin, mengapa pula Aniza tidak boleh bertemu Azmin dan Zuraida?
PKR juga telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Naib Presidennya, Tian Chua yang juga merupakan bekas Penasihat Politik kepada Baru Bian (bekas Menteri Kerjaraya PH) kerana bersekongkol dengan Azmin.
Sebelum ini, PKR bertindak memecat Azmin dan Zuraida apabila kedua-dua mereka bertindak keluar parti sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.
Ketua Penerangan Wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah juga popular sebagai ‘Ratu Naga’ turut dipecat daripada PKR.
Syarul Ema juga dilihat rapat dengan Azmin malah kini sibuk berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai frontliner membantu melawan pandemik Covid-19.
Pada November lalu, PKR juga telah membuat kejutan bertindak menggugurkan jawatan Muhamad Mizan Adli Mohd Nor dan Mohd Ramly Ahmad sebagai Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Pemuda PKR.
Ironinya tingkah Anwar bagaikan ‘kucing parsi’ yang jinak dan manja sebagaimana dilukiskan oleh DS Khairuddin Abu Hassan apabila mengulas sikap merendah diri Anwar ketika mengadap PM TS Muhyiddin Yassin.
Selari dengan berpuluh videonya yang muncul dalam media sosial akhir-akhir ini, Anwar tidak lagi angkuh, garang serta lantang sekarang.
Khairuddin mempersoalkan, adakah Anwar gelabah dan berubah apabila dia sedar bahawa DS Azmin dan YB Zuraidah kini semakin mantap sebagai menteri dalam kabinet Muhyiddin?
Adakah juga kerana musuh tradisinya seperti DS Hamzah Zainuddin yang kini merupakan Menteri Dalam Negeri, manakala DS Hishamuddin Tun Hussein yang diangkat sebagai Menteri Luar Negeri, telah menjadikan Anwar tokoh yang tidak lagi relevan pada landskap politik negara?
Khairuddin turut mengingatkan orang ramai supaya jangan percaya terhadap Anwar yang disifatkannya “sebagai manusia lidah bercabang dan licik.”
“Bila tahu dirinya lemah dia (Anwar) mula tagih simpati tetapi apabila sedar dirinya semakin kuat, ‘tocang’ serta ‘tanduk’nya akan keluar.
Gambaran negatif yang diberikan oleh Khairuddin bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Anwar sudah lama dikenali sebagai ‘sesumpah’ yang boleh berubah mengikut latar habitat.

Meskipun Anwar gagal mengubah pendirian Tun Mahathir untuk mengangkatnya sebagai PM ke-8, namun nampaknya dia masih cuba untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia masih relevan.
Kajian yang dijalankan oleh badan penyelidik, Merdeka Center, telah mendapati bahawa hanya 13% kaum Melayu menyokong Anwar, dan hanya 32% sokongan daripada semua kaum untuk mengangkat Anwar sebagai PM ke-8, tempoh hari.

Jelaslah bahawa tindakan Mahathir untuk tidak menyerahkan kerusi PM kepada Anwar adalah tepat sekali.
Walau bagaimanapun nampaknya Anwar kini sedang bertungkus-lumus untuk menjadi PM media sosial apabila saban hari wajah dan videonya terpampang dalam FB.
Itupun majoriti warganet menghentam dan tidak menunjukkan sokongan mereka kepada Anwar.
*****
Tinggalkan Jawapan