Oleh Dr Mamat Desa
Meskipun baru sebulan setengah PN berkuasa, namun TS Muhyiddin nampaknya telah lebih jauh ke hadapan dalam soal memenangi hati rakyat berbanding dengan Tun Mahathir.
Apatah lagi dalam landskap politik PH yang rakyat lihat lebih lintang-pukang dengan kancah politik mereka daripada berjuang bersama-sama rakyat menentang serangan pandemik dunia Covid-19.
Iltizam dan komitmen Muhyiddin, kerajaan PN, dan ‘frontliner’ baik di hospital mahu pun di jalanan, dalam hal menentang wabak tersebut, adalah jauh lebih jelas daripada komitmen pembangkang yang masih hiruk-pikuk bagaikan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Mahathir dan pemimpin PH yang lain masih bertelingkah dalam suasana politik yang huru-hara tanpa mahu cuba merasai dan empati dengan penderitaan rakyat di saat genting menentang pandemik pembunuh itu.
Pastinya Mahathir masih dengan dogma genjotnya bahawa ‘rakyat miskin jangan lagi mengharapkan bantuan kerajaan’, ‘Melayu malas’, ‘negara akan bankrap di bawah BN’, dan ‘hutang negara RM1 trilion’ sedangkan sejarah politiknya penuh dengan nepotisme, kronisme dan kediktatoran yang dia sendiri akui.
Rakyat tidak hairan sekiranya Barry Wain dalam bukunya, ‘Malaysian Maverick’ mendakwa Mahathir telah berjoli dengan wang rakyat sejumlah RM100 bilion, manakala George Soros yang melihat Mahathir sebagai ‘a corrupt moron’ telah mentafsirkan Menara Kembar Petronas sebagai simbol rasuah Mahathir yang hebat menungkat langit.

Mahathir masih ego jika tidak sombong dan angkuh, bahawa dialah yang hebat di tengah-tengah kebencian rakyat yang menolaknya kerana dia ‘boneka’ DAP, parti cauvinis yang sudah tersohor sebagai anti-Melayu dan anti-Islam dengan agenda tersembunyi untuk menjadikan negara ini ‘Republik Kristian Evangelis’.

Meskipun PH sudah tumbang, perbicaraan di mahkamah masih berjalan, dan tiada apa-apa sabitan ke atas tuduhan yang bertimpa-timpa menindih DS Najib, namun Mahathir terus-terusan masih dengan laungan klisenya bahawa DS Najib adalah perompak, sedangkan kenyataan sedemikian adalah subjudis kepada perbicaraan yang sedang berjalan.
Adakah dia ‘Tuhan’ yang menentukan dosa-pahala seseorang tanpa mahu mencermin diri sebagaimana pengakuannya bahawa dia adalah diktator dan dia adalah boneka DAP? Tidak hairanlah sekiranya aktivis reformasi melabelkan dirinya sebagai ‘Mahafiraun’ yang bijak menghukum tetapi jahil dalam memuhasabahkan dirinya meskipun kubor sudah terlalu dekat dengannya.
Daripada kaca mata rakyat marhaen, kami cuba melihat kelebihan Mahathir berbanding Muhyiddin, namun apa yang kami temui, adalah sebaliknya.
Di sini kami paparkan pandangan kami sebagai rakyat marhaen, 10 perbandingan antara Muhyiddin dan Mahathir.




Rakyat masih ingat sumpahan Mahathir bahawa ‘Melayu pemalas’ mungkin kerana dia melihat kaum Melayu itu miskin, sedangkan apa yang jelas ialah dia tidak melihat dirinya Melayu, sebaliknya dia adalah manusia yang lewah dengan darah India berasal dari Kerala.

Bangsanya adalah satu bangsa yang rajin dan hebat, sebagaimana dunia melihat India di Tamil Nadu hari ini, yang tidak tahu apa itu ‘social distancing’ dan apa itu ‘lockdown’ sehingga polis di sana terpaksa menggunakan rotan untuk membalun manusia ‘tamadun hebat’ itu.

Apa jua persepsi yang dilemparkan kepada Muhyiddin mahupun Mahathir, hakikatnya ialah majoriti rakyat telah menolak Mahathir, dan rakyat sudah sedar siapakah Mahathir sebenarnya.
Sebuah firma pengiklanan, Nobleman Creation telah menjalankan kajian media sosial dengan memberikan tumpuan kepada populariti pemimpin politik khususnya DS Najib Razak, DS Hadi Awang, DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir. Kajian populariti pemimpin tersebut mengambil kira dua garis masa pada Mei 2018 dan Jan 2019.
Dapatan kajian menunjukkan pada Jan 2019, populariti Mahathir jatuh merudum kepada hanya 154 ribu berbanding 5 juta pada May 2018.


Cukuplah 22 tahun dia memerintah atas nama parti UMNO, dan kini dia menuding jari bahawa UMNO adalah rasuah, sedangkan kemanakah hala bahteranya jika bukan nakhoda yang kemudikan.
Lihatlah selama 22 bulan Mahathir berkuasa atas panji PH, kemanakah hala tuju ekonomi dan kewangan negara yang dikendalikannya? Pastinya dia akan menuding jari kepada bangsa DAP, dan Lim Guan Eng atas kegagalannya, sebagaimana dia menyalahkan UMNO sebelumnya.
*****
Tinggalkan Jawapan